Sunday, 5 February 2023

Azam lagi, sambung jogging dan jogging

Sejak dapat banyak komen tentang pengembangan diri ini maka saya dengan penuh semangat memperbaharui azam yang belum kesampaian ini. Sejak dah pencen ni makin mencanak-canak pulak bacaan mesin timbang itu. 

Alhamdulillah setakat ini saya dah konsistan ambik sesenduk nasi sahaja setiap kali makan dengan sedikit lauk dan sayur. Selebihnya saya top up dengan buah dan air kosong. Menu pun dah mula bertukar kepada makanan kurang lemak walau perit nak meninggalkan masak lemak dan teh tarik. Namun begitu hingga kini pengembangan body ini masih tidak boleh dibawa berbincang. Macam takde kesan je. Agaknya sebab dah berusia begini, metabolisma dah menurun maka apa sahaja yang masuk dalam mulut terus kekal dalam badan tak mau keluar.

Maka pada tahun ini saya dan hubby meneruskan perjalanan ke arah hidup sihat kami. Dan seperti biasa juga rutin destinasi kami ialah Taman Tasik Ampang Hilir. Awalnya semangat tinggi menggunung nak berjogging sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali keluar berjogging. Tapi rupa-rupanya dapat bertahan dengan berjalan kaki sahaja. Tak larat nak catch-up berjogging dengan hubby. Gemuk-gemuk hubby pun masih boleh berjogging dengan konsisten. 


Cantik pulak nampak ikan-ikan dalam tasik ni.
 

Lagi pulak bila dah tinggal berdua ni hubby asyik ajak makan kat luar sahaja maka apalah gunanya jaga makan di rumah tapi di kedai kita bedal semua benda depan mata. 

"Seimbang la tu... kalu kat rumah pun bedal semua benda lagi la haru..." begitulah.


Sekian. Semoga terus istiqamah menjaga kesihatan hingga akhirnya.😊

Saturday, 4 February 2023

Jalan-jalan hujung minggu: Jamaica Blue & Pasar Malam.

"Jom Melawati Mall... rasa nak minum kopi." Walau dah mengopi sejak pagi, masih lagi mencari alasan untuk keluar dengan isteri terchentanya ini.

Maka usai solat Asar tadi, kami ke Melawati Mall, masuk Jamaica Blue Fine Coffee, minum dan makan ringan-ringan sambil borak. Sejak tinggal berdua ni baru nak dapat chemistry baru. Banyak pulak hal-hal dan isu-isu baru untuk masing-masing mula mengenali diri. Benarlah kata orang, selama mana pun kita mengenali seseorang akan sentiasa ada benda baru untuk kita saling memahami.🥰

Long Black coffee and fruits scones.

Fruits scones plus jam and sweet cream.

Pomgranate lemonade.

Spagetti (Pasta Boscaiola)

Pasar malam Melawati.

Pandangan dari Melawati Mall.

"Cantik pulak nampak payung-payung pasar malam tu. Jom tengok..." Dah namanya pasar malam, tak kan nak tengok sahaja. Baru sekali pusing, tiba-tiba sahaja ada 2 beg plastik dalam tangan... siap dengan satay, murtabak, apam balik dan lokcing. Begitulah.😁😄

Sekian cerita petang tadi.😊

Upgrade belakang rumah: Pasang wire mesh

Sebelum ini bahagian belakang rumah ni saya tutup dengan bidai pasang sendiri. Tapi bila ianya tidak berfungsi menghalang haiwanan daripada menyibuk dan membuat onar di kawasan ini maka terpaksalah saya tutup macam penjara. Rasa kelakar pulak bila fikirkan yang semua haiwanan itu lepas bebas tapi saya yang macam duduk dalam penjara. Tak kisahlah, apa-apa sahaja asalkan saya bahagia.😁

Saya pernah cerita tentang bidai saya tahun lepas. Now exactly lepas setahun saya dah tukar semua area berbidai itu kepada wire mesh.

Cerita bidai boleh baca di sini. 

Bidai asal yang multicolour.😁

Habis terkurung.😁

Kosong lepas ganti bumbung.

Pintu asal.

Saya berbelah bagi samada nak pilih warna hitam atau putih. Selepas banyak perkiraan akhirnya saya pilih warna putih. Depa buat ukuran lepas tu potong dan pasang di kilang. Selepas dah siap sembur cat baru depa bawa dan pasang di rumah.

Pasang siap dari kilang.

Pastikan tiada ruang untuk binatang yang tak diingini masuk.

Tutup semua.

Masih lagi terfikir macamana rupa kalau ambik warna hitam.😌

Saya tak pasti berapa harga pasaran untuk semua kos yang sepatutnya. Depa bagi sebut harga RM14000 untuk buat structure dan pasang bumbung baru, buang/cabut bumbung lama dan pasang wire mesh. Pada pandangan saya harganya sangat berpatutan maka saya terima/setuju sahaja tanpa mencari sebut harga lain. Depa minta deposit separuh harga (RM7000) sebelum memulakan kerja dan baki (RM7000) bila semua kerja dah siap dan kita berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Alhamdulillah semua kerja pemasangan siap pada pertengahan bulan September 2022 dan setakat ini saya berpuas hati dengan kerja mereka.

Sekian cerita yang dah tertunda hampir 5 bulan.😊

Thursday, 2 February 2023

Overnight @ Glenmarie Hotel & Golf Resort : part 2

Pagi ini kami hanya ingin bermalas-malas di persekitaran hotel sahaja. Usai sarapan kami lepak-lepak tepi kolam, menikmati kehijauan alam dan langit biru di celahan tompokan awan. Hajat hati nak swimming tapi segan pulak nanti makcik sensorang terapung dalam air. Hubby pulak sah-sah takkan mengaku bini kalau  nampak makcik dok bergalak dalam kolam. So kita tengok sahaja air kolam yang menggamit mesra dari jauh.


Menu sarapan pagi ini.😘

Nasi Tomato ayam masak merah.

Coffee, freshly brewed.

Suasana hari ini agak tenang tanpa pengunjung. Semua orang dah pulang over the weekend gamaknya. Tinggal kami dua ketul makcik pakcik menikmati kedamaian alam di tengah kota.



(Abaikan filter melampau itu).



Dalam bayanganmu.👻

Dari jendela bilik hotel.

By pukul 12 tengahari kami check-out dan gerak balik Ampang. Sebelum balik rumah kita singgah lunch di restoran Omak Den, Taman Melawati dulu. By the time sampai rumah dah setel bab makan minum.

Sekian cerita pada hari Isnin 9hb Januari 2023.😊

Wednesday, 1 February 2023

Overnight @Glenmarie Hotel & Golf Resort Part 1

"Jom check-in kat Glenmarie lepas kenuri." Tetiba pulak hubby bagi cadangan. Tak sempat menikmati kehijauan padang golf sebelum ini katanya. Apa lagi... terus sahaja isteri terchenta ini packing luggage untuk satu malam. Jadi ke tak jadi ke, kita tolak tepi. Yang penting barang keperluan dah siap sedia bila diperlukan.

Sebetulnya haritu ada kenduri kawen anak kawan hubby di Dewan Kamalinda, Glenmarie, tak jauh dari kawasan hotel. 

Cerita kenduri di sini.

Dah alang-alang ke sana tidak salah untuk melencong ke tempat lain. So, usai kenduri kami terus daftar masuk hotel.

Kawasan parking untuk hotel.

Kawasan depan pintu masuk lobi hotel

Sebelum masuk bilik, kita ngopi dulu di kafe hotel. Lepas dah setel unpack, kita keluar jalan-jalan sekitar hotel untuk melihat kehijauan alam seperti yang dihajati.

Cafe latte RM18 + Earl grey tea RM18.

Mushroom soup with garlic bread RM22.



Nak berangan konon kat Hawaii.😁





Dah puas melihat-lihat, kita cari early dinner di Q-Bistro pulak. Hubby memang suka makan kat rangkaian restoran ini. Tempatnya bersih dan servis pun laju. Kami biasa makan di cawangan Ampang.

Rojak mamak share sepinggan 2 orang.

Roti kosong for her, roti telur for him.

Final gambar depan entrance hotel.

Sekian catatan pada hari Ahad, 8hb Januari 2023. Nanti kita cerita part 2 pulak.😊

Malam malam di The Campus Ampang

Semalam, tiba-tiba sahaja semua anak-cucu balik memeriahkan rumah nenek. Seperti selalu kalau benda-benda unplanned  begini tidaklah nenek n...