Friday, 11 June 2021

Merah itu menawan.

Sejak hujan mula reda ni baru ada masa untuk saya turun ke laman. Sebelum ini saya biarkan sahaja semua makhluk di laman itu membawa diri sendiri. Alhamdulillah disuatu pagi yang nyaman bertambah serinya dengan kehadiran bunga-bungaan yang terang menawan. Asalnya saya cuma tanam suka-suka sahaja sebab saya lebih suka bunga-bunga putih/kuning yang berbau wangi. Tak sangka pulak kehadiran bunga pelbagai warna ini telah menambah seri halaman rindu ini.

Pokok sepit udang yang sentiasa merimbun.

Beberapa kali saya tanam kemboja putih tapi asyik mati sahaja so kita beralih kepada yang lain pula.

(Lupa nama spesis)

Bunga ros yang setia berbunga sejak dulu.

Pokok cili... saya selalu biarkan buahnya layu di pohon juga sebagai sedekah untuk sesiapa sahaja yang berminat.

Sejak musim covid ni apa lagi yang boleh dibuat selain mereput dalam rumah atau melepak di laman. Alhamdulillah setakat ini semuanya masih setia menemani saya bersembang. di halaman rindu.

PS: Moga Allah bantu.

Thursday, 10 June 2021

Pondok gazebo pulak.

Sejak musim covid ni saya banyak menghabiskan masa di belakang rumah. Sambil bercucuk tanam sambil berangan. Kerap kali saya suarakan nak letak meja dan kerusi batu di kawasan lapang yang sekangkang kera ini. Habuan duduk-duduk melepak waktu petang.

"Kita pasang gazebolah." Short and sweet je hubby bagi cadangan. Maka saya pun apa lagi, kecik tapak tangan nyiru ditadahkan. Terus saya cari beberapa supplier  dan minta quotation. Setelah buat shortlist akhirnya kami bersatu hati membeli gazebo dengan saiz 6x6 kaki. Oleh kerana permintaan tinggi kami kena place order dulu dan bayar 10% untuk lock order. Depa berjanji untuk buat delivery dalam masa 3 bulan. Saya komfem order hujung bulan Disember tahun lepas. Alhamdulillah hujung bulan Mac baru-baru ni depa buat delivery terus ke rumah.

"Kami on the way ni kak." Pada hari yang dijanjikan, dari pukul 11 pagi pagi depa dah bagitahu kata on the way. Rupa-rupanya depa angkut gazebo tu terus dari kilang di Kelantan. Patut la saya tunggu punya lama. Depa gerak lepas subuh dan tiba di rumah saya dalam pukul 3 petang. 

By lorry straight dari Kelantan.

Berhati-hati bawa turun dari lori.

Sedang elok sahaja melepasi bumbung awning kami.


Setelah bertungkus lumus selama lebih kurang 3 jam, akhirnya sebuah gazebo siap tersergam indah. Lepas ni tiada alasan untuk rasa bosan duduk di rumah. Kalau bosan duduk dalam rumah, kita lepak di luar rumah pulak.

"Nanti bila-bila boleh la berkelah minum-minum kopi sambil makan jemput-jemput..."

PS: Mudah-mudahan cepatlah masalah covid ini berlalu pergi. Moga Allah bantu.

Tuesday, 8 June 2021

Rak buku pulak

Setelah hubby decide untuk pindah dari Nilai hari tu banyak pulak buku-buku dan kertas serta fail yang dibawa balik. Tambah dengan buku-buku yang sedia ada maka kami terpaksa berkira-kira untuk menambah rak buku pulak. Oleh kerana saya jenis pengasih dan penyayang dengan semua buku yang ada maka banyaklah buku termasuk buku-buku sejak anak-anak masih kecil saya simpan buat kenangan. Asalkan ada yang masih elok saya akan simpan kerana semuanya ada memori tersendiri.

"Buang je semua... simpan saja semua kenangan itu di hati." begitulah akal fikiran bercongak-congak dan berdolak-dalik dengan hati sendiri.

Akhirnya kami ambik keputusan untuk tambah rak di bahagian TV sahaja. Lagipun rak yang asal tu dah lama dan rosak di sana sini. Dah alang-alang nak tukar kita pasang rak ala-ala wall mounted pulak. Biar penuh satu dinding.

Maka bermulalah kerja-kerja melukis plan rupa bentuk rak oleh anak bujangku. Umi tukang arah sahaja. Lepas tu baru cari tukang kayu yang sedia menerima tempahan dengan bajet kami. Alhamdulillah sejak masuk kerja haritu sibujang tu dah buat networking. So senang nak dapatkan kontraktor yang sudi ambik job dengan harga berpatutan. Setelah bersetuju dengan design yang kami sediakan, kami bayar deposit 50%. Depa datang pasang selepas sebulan kemudian. 

Seminggu sebelum hari kejadian saya dah mula mengemas rak sedia ada, re-arrange barang-barang yang ada ke dalam kotak dan angkut rak tu ke tempat lain. Apa yang perlu buang saya buang. Lepas tu saya lap dinding dan mop lantai sebagai persediaan tempat untuk pemasangan rak baru.

Tinggalkan rak TV sahaja sebagai centre-point.

Pada hari yang dijanjikan, depa datang bawa rak separa siap terus dari kilang. Depa cuma siapkan rangka utama sahaja. Bahagian-bahagian lain depa pasang di tempat kejadian. Kami pilih rak jenis kayu untuk matching dengan rak TV yang sedia ada.

Depa mulakan pemasangan rak di kiri dan kanan kabinet TV dahulu. 

Penyambungan rak di bahagian atas pulak.

Pemasangan pintu kaca.

Final touch.

Setelkan touch-up di sana sini.

Alhamdulillah semua kerja-kerja pemasangan siap dalam masa lebih kurang 5 jam. Selepas dah siap pasang depa sapu minyak tanah ke atas semua permukaan kayu supaya berkilat dan juga sebagai ubat anti anai-anai. Bau minyak tanah tu sangat kuat. Jenuh saya pasang perfume dan sembur pewangi setiap hari dan ambik masa dalam dua minggu juga untuk menghilangkan baunya. 

Sesi perasmian..

Saya ambik masa lebih seminggu untuk susun semula buku-buku yang ada ke dalam rak. Kerja-kerja mengemas semua saya lakukan semasa hubby tiada di rumah. Mudah untuk saya decide sendiri apa yang nak dibuang dan apa yang tinggal.

Hasilnya saya terpaksa berpisah dengan separuh daripada buku-buku dan barang-barang yang tersimpan kemas selama ini. Tiba masanya saya simpan semua kenangan itu dalam hati sahaja. Rak buku yang asal saya pindahkan ke dalam bilik bawah dan satu lagi di dapur sebagai tapak untuk mencipta kenangan yang baru pulak.

Dulu...
Ruang keluarga yang kini hanya tersimpan kemas dalam memori.

Kini...

PS: Mudah-mudahan tercipta momen-momen yang lebih indah selepas ini. Moga Allah berkati.

Sunday, 6 June 2021

Mother's day 2021

Tahun ini Hari Ibu jatuh pada 9hb Mei 2021. Jarang benar saya sambut hari ibu. Maklum la.. takkan la nak sambut untuk diri sendiri pulak. Masa anak-anak kecik dulu depa selalu bagi kad hasil kraftangan dari sekolah. Bila anak sulung saya dah masuk usia remaja depa mula berpakat kumpul duit belanja sekolah adik beradik untuk beli kad hari ibu. Banyak jugak kad-kad yang saya kumpul buat kenangan.

Sekarang bila anak-anak dah besar panjang, depa buat surprise pulak. Tiba-tiba sahaja ada orang datang hantar bunga dan kek untuk mak depa yang pengasih penyayang ini. Of course la kat mulut mak depa kata "Buat apa la hangpa susah susah bagi bunga bagai...." padahal dalam hati mak depa ni siap jadi kebun bunga... 


Kemain lebar sengihnya.


Dah siap makan kek, bunga kita simpan dalam vase.  Rendam dalam air sahaja. Alhamdulillah masih segar walau dah lebih seminggu.

Mudah-mudahan mak depa ni sentiasa menjadi ibu yang baik sehingga ke akhir hayat dan mendapat doa yang baik-baik dari anak-cucu yang ditinggalkan.

Saturday, 5 June 2021

Ganti kepala paip sinki dapur pulak.

Saya dah tak ingat bila last saya service paip air kat sinki dapur ni. Tapi yang pasti dah agak lama saya bertahan dengan kerenah paip air itu dengan prinsip selagi dapat bersabar kita sabar je. Lagipun sekarang masih dalam musim Covid dan PKP masih berlangsung, tambah dengan lockdown lagi, payah pulak nak panggil plumber datang rumah. Tapi bila handle tap pun dah tanggal maka terpaksalah saya berusaha sehabis baik. Kalau setakat saya seorang, boleh sahaja saya bertahan sampai bila-bila. Tapi kesian pulak anak-anak tersiksa setiap kali nak buka paip. 

Handle sebelah kiri tu asyik tertanggal hingga haus geriginya.

First thing first, haruslah ada peralatan untuk membaik pulih. Spanar dan tali tape putih memang sentiasa tersedia dalam rumah saya. So saya cuma beli kepala paip yang baru sahaja. Alhamdulillah ada  kedai hardware yang berdekatan dalam radius 10 km dari rumah saya. Harga RM125 sahaja untuk batang paip dua kepala.

Ini sahaja barang-barang yang perlu.

Satu lagi masalah ialah saya masih menggunakan penapis air tradisional. Pasang sendiri wayar kat kepala paip tu kemudian tadah air dan masak untuk jadikan air masak sejuk.

Penapis air sejak zaman berzaman.

"Umi beli la Coway... senang."

Beberapa kali juga anak-anak suruh saya tukar penapis air tu kepada Coway, tapi saya lebih suka tapis air dan masak sendiri... sangat la old school.


Yang asyik tertanggal setiap kali saya tapis air.

Saya memang suka buat kerja-kerja sendiri. Ala-ala kemahiran hidup gitu. Mudah sangat kerjanya. Cuma kena cabut kepala paip lama dan ganti dengan kepala paip yang baru. Tapi sejak dah masuk usia emas ni, kudrat pun dah kurang, maka terpaksalah perturunkan ilmu kemahiran hidup tu kepada satu-satunya anak bujang yang ada kat rumah ni. Alhamdulillah dengan pertolongan anak bujang, kerja-kerja mengganti kepala paip yang dhaif sejak sekian lama siap dalam masa 15 minit sahaja. 

Sebelum

Selepas. Alhamdulillah.

PS: Bila dah masuk fasa lockdown ni akan banyak masa duduk rumah...maka akan banyak lagi cacat cela yang akan tersingkap. Kita sabar dulu... buat projek satu-satu.

Me-time Sekali Sekala

Semalam hubby ada program di Putrajaya dari pagi hingga lewat petang. Awalnya saya memang berhajat untuk ikut ke sana. Sementara menunggu hu...