Sunday, 10 December 2017

Move on..... moving forward

Semalam kami ke Tangkak lagi, menghantar anak bujangku selepas tamat cuti semester. Keadaan jam sepanjang jalan memberi ruang bicara yang luas untuk saya dan hubby bersembang apa sahaja. Borak, borak dan borak sahaja sepanjang perjalanan selama 8 jam pergi dan balik tanpa gangguan anak-anak.

Alhamdulillah, walaupun kereta bergerak macam siput b*** kami masih bertenang dan bertabah.  Tak cool lah jadi orang KL kalau tak tahan dengan jalan jam. Rutin biasa kami akan berhenti sarapan di Serdang, tiba di Tangkak dalam tengahari, pergi lunch kat deretan gerai stesen bas Tangkak yang femes tu. Lepas makan tengahari kami pi hantar Amin kat asrama lepas tu terus balik.

Masa on the way balik kami singgah USIM sebab hubby nak setelkan kerja-kerja sebelum pi Oman nanti. Sempat singgah melihat keindahan Masjid USIM. Pertama kali berenti solat di sana. Rasa muda pulak dikelilingi students USIM..... :D

Biasanya, walau macamana mengantuk pun dalam mana-mana trip saya tidak akan tidur. Itu undang-undang. Hubby akan drive sensorang sepanjang masa. Sebagai co-driver saya kena keep him alert and alive all the way. Kami tidak pernah gunakan konsep tukar-tukar driver atau sorang drive sorang tidur. Kalau ngantuk sesangat kami akan berenti kat mana-mana pit-stop untuk tidur sekejap, maksimum dalam 10 minit sahaja. Lepas tu pi basuh muka, beli makanan ringan dan air untuk kudapan sambil sambung borak dalam kereta.

"Dah habis dah anak kita sekolah al-Amin......"
"Ha ah. 5 orang. Semuanya grad al-Amin......"

"Lama juga tu kat al-Amin. Dari Iman darjah satu hingga Nina tingkatan 3......"
"Ha ah. Dari Januari tahun 1999 hingga Disember 2017....."

"Uish! 19 tahun. Macam tak percaya....."
"Banyak jugak tu kita invest. Dari yuran bulanan seratus lebih hingga lima ratus lebih....."

"Tu lah..... dengan harapan dan keyakinan al-Amin memberi sistem pengajian yang terbaik......"

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan kami dapat menjalankan tanggungjawab menghantar anak-anak ke sekolah yang baik. Sebanyak manapun yuran yang dikenakan hubby tetap mencari jalan untuk menyediakan peruntukan sekolah anak-anak.

"Macamana Kak Masniah jadi parent dan dalam masa yang sama jadi guru kat sekolah eh?" Saya pernah ditanya.

Susah jugak nak jawab sebenarnya, apabila kita terpaksa memakai dua topi dalam satu masa. Tapi seboleh mungkin saya akan sentisasa mendahulukan topi saya sebagai guru, daripada topi saya sebagai parent. Menjadi guru menuntut tanggungjawab yang perlu saya penuhi. Oleh kerana setiap anak Adam akan ditanya tentang tanggungjawapnya di hadapan Allah nanti maka saya seboleh mungkin akan cuba memenuhi tuntutan tanggungjawab tersebut melebihi daripada menuntut hak saya sebagai parent. Walaupun sebagai parent saya mempunyai hak terhadap sekolah, akan tetapi hak itu boleh dilepaskan bila-bila masa sahaja. Dan saya sangat yakin Allah akan sentiasa menggantikan hak itu dengan yang lebih baik. Alhamdulillah setakat ini janji Allah itu sentiasa benar. Banyak kebaikan lain yang Allah gantikan apabila saya melepaskan hak saya sepanjang perjalanan saya memegang title guru dan parent al-Amin.
Hari terakhir sebagai guru dan parent al-Amin.....


PS: Lepas ni nak fikir tentang diri sendiri pulak

Friday, 8 December 2017

Jalan-jalan Expo Negaraku 2017

Sejak ternampak promosi Expo Negaraku ini dalam TV1 (rasanya) tetiba teringin nak pi tengok. Mati-mati saya ingatkan depa buat expo tu kat Melaka maka saya pendamkan sahaja hasrat di hati. Entah mana la datangnya idea dalam kepala saya mengatakan expo tu kat Melaka. Hari Rabu baru ni tiba-tiba je teringin nak google tentang expo ni. Laaa.... depa buat kat Dataran Merdeka je rupa-rupanya, buka dari 15 November-15 Disember 2017. Dekat sangat dengan rumah. Ikut AKLEH ambik masa tak sampai setengah jam. Rasa rugi pulak tidak mengambil peluang menghadiri expo di tempat sendiri. 

Tanpa planning beriya-iya saya terus sahaja heret Nina dalam cerah mentari pukul 11.30 pagi. Alhamdulillah cuaca sangat baik. Walaupun cuaca sangat terang dan agak panas tapi keadaan dalam khemah pameran sangat selesa. Depa sediakan kipas besar dengan pengudaraan yang sangat bagus. Sejuk dan nyaman sahaja dalam khemah tu. Tak pasti pulak samada depa sediakan air-condition atau tidak. Yang paling best, masuk adalah percuma.

Depa sediakan 5 khemah untuk 5 jenis pameran. Kena beratur sebelum boleh masuk ke dalam khemah, tak boleh redah je nak masuk memana khemah. Kena ikut urutan khemah 1,2 hingga 5 sebab katanya ada penceritaan yang bersambung-sambung.

Dalam khemah pertama depa sediakan tayangan cerita pendek tentang aspirasi/impian seorang budak dyslexia membayangkan pembangunan negara Malaysia untuk suatu masa nanti.
Bersedia untuk tayangan....

Dalam khemah kedua depa cerita tentang perkembangan sistem pengangkutan. Saya rasa depa dok cerita tentang MRT. Tapi tak dapat nak dengar sangat penerangannya sebab kalut dengan pengunjung yang sangat ramai. Kita akan naik simulation train konon-konon tengah travel dari utara hingga ke selatan Malaysia. Khemah yang ketiga tentang telekomunikasi dan yang keempat mengenai flora, eko-sistem rasanya, entah saya pun tak pasti. Tak sempat nak baca sangat sebab pengunjung agak ramai.

Akhir sekali dalam khemah yang kelima ada tayangan lagi sekali tentang kemungkinan tercapainya aspirasi/impian budak dyslexia dari khemah pertama tadi. Tayangan ala-ala kat Planetarium. Pengunjung boleh duduk dan baring untuk melihat dan menghayati tayangan dengan lebih jelas. Alhamdulillah saya dan Nina dapat duduk atas sofa lunjur....

Alhamdulillah kami spent masa lebih kurang 45 minit untuk menghabiskan rutin pusingan kelima-lima khemah tersebut. Keluar sahaja dari khemah badan tetiba rasa seram sejuk sebab kontras  sangat suhu dalam khemah yang sejuk dengan cuaca panas di luar khemah. 

"Nina takut demam la sejuk panas sejuk panas camni...."

Kami berlegar-legar di tempat teduh dulu untuk neutralise suhu badan. Bila dah agak selesa baru kami pi cari makanan kat foodtruck sekitar Dataran Merdeka. Lepas tu pi jalan-jalan sekitar Masjid Jamek. 
Makcik semangat bergambar buat kenangan.... :D

Baru tahu, cantik rupanya Masjid Jamek ni.....


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga merasa teduhan payung bumbung ala-ala kat Masjid Nabawi ni. Masa kat Madinah hari tu dok tunggu-tunggu depa tak buka.


PS: Jauh berjalan pun tak akan sama dengan tempat sendiri.....



Thursday, 7 December 2017

Ke Penang pulak.....

Sejak saya kengkonon dah pencen ni hubby dah siap susun program hingga akhir tahun. Minggu lepas bertindan-tindan pulak programnya. Pada masa yang sama ada program kerja hubby di Kelantan dan program famili saya di Penang. Sebenarnya takde masalah bagi saya sebab kitakan dah tak ada komitmen kerja so ikut jelah apa-apa program yang telah dirancang. Oleh kerana hubby ada schedule kerja di Kelantan, siap dengan tiket flight pergi-balik so terpaksalah dahulukan komitmen kerja. Walaupun saya sepatutnya ikut sekali sebagai first lady (haha) tapi terpaksa batalkan sebab nak uruskan banyak benda sebelum ke Penang. Terpaksalah hubby sensorang pi setelkan kerja-kerja kat Kelantan pada hari Rabu, balik KL hari Khamis lepas tu bertolak sesama ke Penang hari Jumaat. Cadangan asal kami akan bertolak ke Penang pagi Jumaat dengan kereta. 

Bayangkan situasi hubby:

Rabu, 10.30pm: KLIA-KB(Setelah seharian lecture kat USIM)
Khamis, 5.30pm: KB-KLIA (Setelah seharian attend program kat sana)
Tiba KLIA dalam jam 6.30, lepas tu nak drive balik Ampang pulak. Nak menempoh jalan jam lagi. Maunya dalam pukul 9.00 malam baru tiba rumah. Esoknya pepagi nak kena drive ke Penang pulak. Huhu.... cubaan jugak tu. Sian Hubby.

Sebagai alternatif saya sediakan beberapa usul untuk dibincangkan. (ewah..... PA lah katakan)

Usul 1
Plan A: Hari Rabu hubby bertolak ke Kelantan. Pada hari yang sama saya drive ke Penang dengan anak-anak. Habis kerja hari Khamis hubby ambik flight terus dari Kota Bharu ke Penang, saya tunggu hubby kat airport Bayan Lepas. Kiranya tiket balik KLIA yang depa sediakan tu sia-sia jelah.

  • Usul ditolak dengan alasan hubby dah dapat flight ticket pergi balik. Takkan nak bazir. Nampak sombong pulak. Hubby pulak jenis tak tolak pemberian orang. Apa orang bagi itulah yang dia ambik. Redha aje. Lagipun hubby tak confident saya boleh drive ke Penang. Sabo jelah:(

Usul 2
Plan B: Hari Rabu hubby bertolak ke Kelantan, saya ambik flight ke Penang, sewa kereta kat airport,  stay kat Penang hingga Khamis. Lepas tu tunggu hubby kat airport seperti Plan A.

  • Usul ditolak tanpa alasan. Huhu.....

Finale :
Akhirnya kami tukar semua plan. Malam tu saya booking tiket Air Asia ke Penang pergi balik secara online. Petang Khamis tu saya ngan anak-anak  naik Uber tunggu hubby kat KLIA2. Hubby landed kat KLIA, (sebab flight MAS), ambik ERL ke KLIA2, pastu terus ke Penang sesama malam tu juga.

  • Usul diterima sebulat suara.

So pada hari Khamis saya gerak dari rumah dalam pukul 4.00 petang sebab nak elakkan traffic jam kat MMR2. Tiba KLIA2 dalam pukul 5.30pm. Masih banyak masa untuk bersantai ngan anak-anak sementara tunggu hubby tiba dari KB. Sementara menunggu tu sempatlah melayan anak-anak remajaku menggedik berselfie, wefie bagai.
Bukan senang nak posing ngan bujang sorang ni..... 

Seperti biasa dengan Miss Insta ni....

Sementara menunggu hubby tiba kami meneroka area yang selama ini tak perasan pun kewujudannya. Kami keluar dari departure area, ke kawasan macam anjung tinjau, boleh melepas pandangan hingga ke awan. Apa tah nama tempat tu. Lupa nak perati signboard. Nampak macam smoking area. Tapi macam tak ramai yang bertenggek untuk merokok kat situ. Agaknya masyarakat dah mula faham kepentingan menjaga kesihatan, jadi tak ramailah yang nak menghancurkan diri sendiri. Masih banyak ruang untuk kami sesama bertenggek kat situ.
Nak tunggu sunset tapi tenggelam di sebalik gerimis hujan. 

Sebelum ni kalau gi KLIA2 tak sempat nak meneroka sebab asyik kalut mengejar masa. Tapi kali ini banyak pulak masa, boleh sempat nak minum-minum santai sambil melihat gelagat manusia.
Teh tarik as always. Bila tah nak diet.

Alhamdulillah kami depart KLIA2 at 8.15pm, safely landed at Penang International Airport @ 9.00 malam. Singgah makan dinner @ Nasi Kandar Line Clear kat sebelah arrival exit, sebelum ambik kereta sewa terus ke TH hotel. Saya booking TH hotel sebab kat sebelah airport je. Senang sebab nak terus berehat dan tidur awal. Takyah nak susah-susah tercari-cari kat pulau memalam hari. Esoknya lepas sarapan kami check-out dan meneruskan perjalanan ke Tanah Besar untuk program seterusnya.

Majlis akad nikah diadakan selepas solat Jumaat di Masjid. Kami tukang bawa dulang berisi mas kahwin dan cincin kahwin untuk sarung atas pelamin selepas akad nikah nanti.
Nina excited pegang dulang cincin dan mas kahwin
Antara dulang hantaran yang ada.

Sebelum pengantin bersanding kami dulu naik pelamin. Ambik peluang sebelum orang lain tiba. 
Sahabat-sahabat yang sekian lama tidak bersua.

Memang payah nak dapat capture gambar mamat sorang ni...
Rare.....

Dah nikah dah......Alhamdulillah.

Malam berikutnya kami check-in kat Hotel Sunway Seberang Jaya pulak. Esoknya kenduri sebelah pengantin perempuan. Kami hanya pergi duduk menyibuk je, tak perlu tolong apa-apa sebab semuanya dah setel. Ramai saudara mara lain yang datang menolong. 
Saja menyibuk susun bunga telur.




Selamat Pengantin baru Kak Cik. Semoga berbahagia hingga ke Syurga

Usai majlis petang tu kami terus gerak ke airport. Sempat melihat keindahan laut sepanjang menyeberangi jambatan Penang. Singgah sebentar di jeti George Town. Saja melihat-lihat suasana.



Alhamdulillah kami tiba di Penang International Airport dalam pukul 5.30 petang, janji pulangkan kereta sewa jam 6 petang.  Flight delay 45 minit so sempatlah kami duduk berehat-rehat dulu sebelum selamat tiba di KLIA2 pada jam 9.00 malam. Ambik ERL ke KLIA sebab hubby parking kereta kat sana. Alhamdulillah tiba di rumah seperti yang dirancang.

Sempat lagi menjamu selera atas ERL walaupun hanya satu hentian sahaja.
Muka penat tak sabar nak balik rumah.....


PS: Next time balik Penang bolehlah berholiday beriya-iya...



Wednesday, 6 December 2017

Nina Pindah Sekolah

Sejak saya dah decide untuk berhenti kerja ni banyak perancangan yang hubby dah set untuk kami.  Macam-macam plan dari A sampai Z. Yang pasti apabila saya dah berhenti kerja dari al-Amin Nina juga akan pindah sekolah. Or rather bila Nina pindah sekolah saya akan berhenti kerja. Whichever happen resultnya tetap sama. Saya dan Nina akan berhenti dari al-Amin. 

"Nina nak sekolah kat mana?"  Agak lama juga saya nak mencari jawapan. Perancangan hubby boleh berubah dari plan A sampai Z. Tapi bab sekolah Nina kena ikut satu plan sahaja.

"Kita cari sekolah kat Nilai je senang." Saya suka buat perancangan yang mudah-mudah sahaja. Maka bermulalah pencarian sekolah yang saya rasa sesuai untuk puteri bongsuku nan seorang itu. Alhamdulillah Allah mudahkan kami dalam membuat keputusan sebab Nina cuma, "Ikut Umi jelah....."

"Banyak jugak procedure nak pindah sekolah ni. Terutama daripada sekolah swasta...." Saya diberitahu. Okay. Kita selesaikan satu persatu. :)

First thing first kena selesaikan yuran sekolah sehingga akhir tahun, dapatkan surat berhenti sekolah, laporan kesihatan, laporan kokurikulum beserta sijil-sijil yang sepatutnya. Alhamdulillah hasil kerjasama semua pihak urusan berhenti sekolah selesai sebelum cuti lagi. Semua dokumen yang perlu ditandatangan pun siap dengan kadar segera. Thank you so much kepada kerani, guru kelas, dan Puan Pengetua.

Next, saya pi PPD Seremban sebab Nilai di bawah PPD Seremban. Depa akan agihkan murid ke sekolah berhampiran berdasarkan alamat rumah kita. Alhamdulillah agihan sekolah bertepatan dengan pilihan saya sendiri. Depa bagi borang untuk diisi beserta senarai dokumen yang perlu difotostat untuk dibawa ke sekolah baru nanti.

Servis kat PPD Seremban ni sangat bagus.


Tapi disebabkan Nina daripada sekolah swasta di Selangor, untuk pindah ke sekolah kerajaan di Negeri Sembilan memerlukan kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri dahulu. Jadi kami kena berurusan dengan JPN Negeri Sembilan sebelum dapat berurusan dengan pihak sekolah. Untuk ke JPN ni banyak jugak borang dan dokumen yang perlu difotostat.
  • Sijil lahir murid
  • IC murid
  • IC ibu dan IC bapa
  • Surat nikah ibubapa
  • Surat berhenti sekolah rendah dan sijil berkaitan
  • Surat berhenti sekolah menengah dan sijil berkaitan
  • Akuan Guru Besar sekolah Rendah dan Menengah

Saya dah lupa dokumen apa lagi. Depa ada bagi senarai. Semua fotostat dokumen tu kena disahkan true copy. Saya hanya dapatkan tandatangan true copy daripada guru besar sekolah sahaja.


Seminggu kemudian kami ke Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pula. Alhamdulillah mudah saja nak cari tempatnya. Parking pun mudah. Saya terus ke tempat pertanyaan. Depa suruh tinggalkan lesen memandu untuk dapatkan pas masuk ke pejabat Unit Sekolah Menengah. Maknanya kita kena ada lesen memandu kalau nak berurusan dengan JPN ni. (Guna IC pun boleh kot kalau takde lesen, entahlah, lupa nak tanya sebab takde kaitan.) Lepas tu terus je ke bangunan Unit Sekolah Menengah. Masuk Ofis terus ke kaunter dan serahkan semua dokumen yang diperlukan. Depa akan semak satu-satu. Kalau tak cukup fotostat, depa akan tolong fotostat, free je. Tapi pastikan dokumen tu ada. Lepas serahan tu boleh balik. Tunggu je, depa akan call bila-bila masa surat kelulusan itu ready.


Surat kelulusan kami siap dalam masa 2 hari tapi tertangguh pengambilannya sebab masa tu kami berada di Penang. So, minggu berikutnya baru kami ada peluang ke JPN semula. Sekali lagi melalui rutin masuk yang sama. Tapi kali ni kena tandatangan buku register sebagai bukti kita dah ambik surat pengesahan tu.


Alhamdulillah surat daripada JPN dah siap. Sedia untuk dibawa sekolah baru semasa nak register nanti. Semua dokumen lain pun siap sedia, hanya menunggu result PT3 sahaja.


Yeay. Nina dah boleh pindah sekolah.

Lepas ni boleh pi cari baju baru, kasut baru dan serba-serbi baru untuk sekolah baru dengan azam baru. May she be strong in handling the character of being a new girl in a new school. She's my princess, of course she'll be inheriting my strong character after all. With Allah's guidance and mercy  I khow she'll survive.....

PS: Saya dan hubby??? Kami juga akan menjadi baru.....

Just you and me.....

Monday, 4 December 2017

Be there as always.....

Dah beberapa hari hubby komplen sakit dalam perut. More on tak selesa sebenarnya tapi only on certain position. Pergerakan daripada baring ke posisi duduk, ataupun daripada kerusi makan duduk ke sofa. Saya supect muscle strain je sebab movement yang macam tu perlukan kekuatan otot perut sebab tulah rasa tak selesa bila perut dalam keadaan tegang. Lagipun by tengahari sakitnya beransur pulih. Kalau orang perempuan boleh jadi juga sebab urat kembang. Kalau letak minyak angin, urut-urut sikit Insya Allah setel. Tapi yelah kitakan bukan doktor bertauliah so tak beranilah nak diagnos apa-apa kang takut ada penyakit kronik kang jenuh pulak. 

Hari Jumaat baru ni hubby tetiba pening kepala yang amat sangat sampai nak termuntah-muntah. Maka kalutlah saya pepagi hari bawa hubby pi A&E Ampang Putri. Alhamdulillah kebetulan cuti  hari Maulidur Rasul. So jalan tak jam langsung. Terus depa cucuk pain killer dan bagi ubat tahan muntah. Lepas tu ambik darah dan urin untuk ujian. Maka duduklah kami di dayward sementara menunggu keputusan ujian darah dan urin itu. Takleh nak pi memana sebab hubby pening seakan dunia ini sedang berputar. Sebagai isteri mithali saya sentiasa ada di sisi menemani. 



Bila hubby dah agak stabil doktor suruh pi buat CT scan sebab nak pastikan tiada masalah batu karang. Doktor cadangkan masuk wad terus untuk memudahkan urusan sekiranya perlu operate dan sebagainya. Ini yang paling saya tak gemar. Sikit-sikit nak kena masuk wad. Mudah sungguh depa ni buat duit. Tapi for the sake of peace of mind, saya turutkan saja walaupun dalam hati saya mengatakan tiada apa-apa penyakit kronik pun. It's more to doa sebenarnya. Sebab saya sangat pasti itu hanyalah sakit-sakit biasa. Dan saya sangat yakin dengan kata-kata 'We are what we think'. Dan apa yang kita fikir dan rasa itu adalah doa. Jadi, sentiasalah berfikir dan berasa yang baik-baik sahaja.

Just to rule out penyakit-penyakit yang bersangkutan permasalahan perut tu maka kami pun berkampunglah di Ampang Puteri selama satu malam.
Room with a view yang okay

Hubby memang dah ada history sakit batu karang sebab tu depa buat CT scan. Tapi, oleh kerana sakitnya banyak terasa di bahagian kanan perut maka doktor suspek mungkin apendik juga. So malam tu bermula jam 12 malam hubby kena start puasa sebab esoknya depa akan buat ultrasound scan pulak. Just in case ada masalah apendik atau batu karang depa boleh terus operate sebab tu depa suruh puasa siap-siap. 

Hasil ujian:

  • Urin test: Normal
  • Blood test: Normal
  • CT scan: Kidney Normal, ada batu kecik-kecik tapi nothing to worry
  • Ultrasound: Apendik Normal, and so as the rest of the abdomen.
  • Bood pressure: Normal

Setelah komfem tak ada apa-apa yang serius, maka kami pun boleh balik rumah. (How I miss my home). Dan hubby pun kembali ceria seperti sedia kala. Alhamdulillah.
(Kredit to Nina.....)

Kenapa hubby sakit perut dan pening kepala???..... Doktor pun tak boleh nak diagnos.

Tapi sebagai isteri, saya tahu..... Hubby sakit kepala sebab terlalu memikirkan tentang anak dan isteri sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini berpunca dari sakit perut tu.... Sakit perut? Muscle strain kot.....sebab hubby rajin jogging sejak akhir-akhir ni (kena paksa ngan saya sebenarnya sejak dah ada treadmill hari tu.)

Benarlah kata orang, saat paling gembira ialah apabila kita lulus ujian. Dan semua ujian harus dibayar. Total cost RM3700. Terpaksa swipe kad kredit sebab insuran tak cover. Insya Allah, mudah-mudahan Allah ganti yang rezeki yang lain yang lebih baik.



PS: Be it dalam apa jua bentuk, Allah datangkan ujian dalam berbagai cara. Lepas ni nak saspen pasal result ujian PT3 Nina pulak..... Huhu.

Me-time Sekali Sekala

Semalam hubby ada program di Putrajaya dari pagi hingga lewat petang. Awalnya saya memang berhajat untuk ikut ke sana. Sementara menunggu hu...