Wednesday, 23 November 2016

Akhirnya tumbang jua.....

Dah beberapa orang dok komen pasal pokok depan rumah saya ni. Depa kata cantik. Tapi bahaya sebab besar sangat. Takut akarnya membesar nanti lama-lama pecah lantai rumah saya. Saya akui itu. Silap saya juga pi tanam dalam pagar rumah. Sepatutnya tanam kat luar pagar. Tapi sebab saya suka sangat tu yang tanam kat dalam pagar. Setiap hari keluar dan balik kerja pokok itu lah yang saya tegur dulu. Agaknya hasil limpahan kasih sayang saya menyebabkan ia galak membesar dengan cepatnya. Dalam masa 5 tahun dah melonjak naik mencapai bumbung rumah.
Sejak ia membesar begitu saya dah berangan nak letak meja dan kerusi batu kat bawah pokok tu. Buat port untuk berehat dan minum petang. Kadang-kadang berangan nak gantung buaian boleh berayun petang-petang. Anganan yang asyik berubah-ubah, hanya dia dan saya saja yang memahami....:( 

Tapi bak kata orang kita hidup bermasyarakat, kenalah akur dengan keluh kesah mereka. Akhirnya saya ambil keputusan untuk tebang pokok kesayangan saya itu sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku. Lagi pulak sekarang ni musim hujan ribut, angin menderu-deru..... kang tumbang, rosak pulak rumah jiran-jiran.

Masa awal pindah rumah ni dulu saya pernah ambik servis sorang pakcik ni untuk potong pokok. Berbaloi dan sangat puas hati. Sayang, saya dah terlupa nombor talipon dia. Puas saya cari tak jumpa. So saya pun google cari service potong pokok. Rata-rata agak mahal. Pastu kena sewa lori pulak. So saya pun upah pakcik yang biasa potong rumput tu. Dia minta saya bayar seikhlas hati. Bila saya congak-congak semua seikhlas hati saya setuju bayar RM300. Dia ajak sorang lagi kawan untuk tolong punggah semua sisa pokok tu. Depa tak pakai mesin. Redah pakai parang dan gergaji sahaja. 
Depa start potong dahan-dahan dulu.

Dah nampak macam penyangak pulak. Lagak nak mengintai anak dara orang. Saya nak snap gambar dekat-dekat pun segan, takut kang terperanjat jatuh ke tanah pulak.


Lepas potong dahan, depa punggah semua guna tulang empat kerat juga. Heret dahan-dahan tu pi buang kat hutan mana tah. Risau pulak saya tengok.

"Kakak jangan risau. Ini pokok saya kasi potong, kasi buang semua kirija saya. takda sewa lori, itu mahal, kita kirija, upah ada kongsi-kongsi....." Apa-apa la labu, yang penting kerja siap.

Togel, dah tinggal batang.

Last sekali depa tebang batang pokok tu guna parang, potong pendek-pendek. Lepas tu pikul sorang sikit pi campak buang. Sapu bersih semua sisa yang tinggal. Melihatkan hasil kerja yang depa buat tu tak sampai hati pulak nak bagi RM300 sahaja. So hubby top-up lagi RM100 sebagai sedekah katanya. Mudah-mudahan Allah ganti rezeki yang lebih baik.

@@@@@

Saya tak pernah tahu apa nama sebenar pokok ni. Menurut Google namanya pokok tadah doa...
Awal kehadirannya.....
Dulu: Teduh, tenang dan damai...
Kini: Kosong, kosong, kosong...... 

@@@@@

Setiap kali balik rumah automatik saya akan melihat kesan tinggalan pokok tadah doa itu. Setiap kali juga rasa terkilan datang menerpa.....
Bila tah nak buang tunggul ni...

Tinggal kenangan....



PS: Apa-apa pun hidup mesti diteruskan.....
      

Tuesday, 22 November 2016

Kunci Terkunci.....

Mengenangkan kejadian minggu lepas buat saya tergelak sensorang. Sepatutnya hari minggu kami dok berehat kat rumah tapi sebab dah ada projek yang nak dibuat, keluar lah jugak dengan Miss Nina, teman setia saya. Destinasi ke Nagoya, Aeon Big nak cari kain untuk buat sarung sofa sambil nak shopping barang dapur sekali. Malangnya parking penuh so kami double park tepi jalan. Laju-laju pergi beli kain sofa sahaja. Cancel planning nak shopping barang rumah kat sana. 

On the way balik saya singgah Hero Setiawangsa. First time masuk beli barang kat Hero. Boleh tahan juga tempatnya. Cukup keperluan dapur, barang kering dan basah. Lepas dah siap bayar cari kunci nak punggah barang ke kereta....

"Alamak....Nina..... mana kunci?
Sambil jalan tolak troli sambil cuba tenangkan hati, sambil fikir langkah seterusnya.

"Umi....kunci kat dalam kereta. Engine on!!!" 
Adus....macamana boleh lupa macam tu. Bibit-bibit awal alzheimerkah ini? Lama juga kami dok bersandar kat kereta. Alhamdulillah dapat parking kat bawah pokok so takdelah terdedah di bawah terik mentari kol 12 tengahari. Akhirnya dalam debaran kencang saya minta tolong pakcik security Hero tu. Depa banyak pengalaman buka kereta terkunci terutama kereta proton. Puas dia godeh-godeh lagak nak mencuri kereta tapi hampa. Rupa-rupanya kereta Unser punya tahap keselamatan yang sangat tinggi. Setakat guna cara nak curi kereta proton memang tak lut.
Hadapi dengan senyuman....

Akhirnya saya call hubby minta carikan kunci pendua kat rumah. Mana tah saya letak maklumlah dah lama. Puas jugak hubby dan bujangku dok mencari tak jumpa-jumpa. Akhirnya hubby datang pungah barang masuk kereta dia. Kami balik rumah simpan barang dan solat zohor dulu. Lepas tu keluar cari mana-mana workshop yang buka. Susah juga sebab hari Ahad. Sementara tu kami tinggal je Unser dengan engine masih on.

Alhamdulillah ada workshop yang buka kat area Keramat. So kami bawa pekerja/mekanik tu ke tempat kejadian. Dia tak guna teknik buka proton. Dia tuil pintu kereta dan masukkan dawai panjang untuk cangkuk kat lock pintu tu. Memang sukar sebab sistem keselamatan Unser yang tinggi. Punya la lama dok menunggu. Berpeluh dan berhempas pulas jugak dia nak buat sensorang. Sambil-sambil tu saya google teknik membuka pintu kereta yang terkunci. Banyak cara depa tunjuk dalam youtube. Kebanyakannya perlukan skill mekanik juga.

Alhamdulillah masyarakat Malaysia masih ramai yang prihatin. Makin lama makin ramai datang bertanya khabar. Ada sorang pakcik berbaju batik, (saya agak dia baru balik kenduri) siap keluarkan semua kunci yang dia ada. Kunci rumah, kunci opis, kunci bilik semua dia try godeh. Keliling pintu hingga ke bonet dia cuba. Risau pulak saya kot kunci dia terpatah dalam lubang kunci tu. Lagi haru. Apa-apa pun terima kasih pakcik atas usaha murni anda.

"Takde kunci pendua ke?" Ada juga yang terlebih peramah tanya soalan yang obvious. Kalu ada takde la kami bersusah macam ni bang oi. Jawapan dalam hati saya cuma....

"I'd suggest you duplicate a few keys....bla bla bla bla....." Pehal tah Encik tu susah payah nak membebel. Macam la saya ni anak dia. Ye Encik, lepas ni saya ikut nasihat Encik ye. Jawapan saya masih dalam hati.

Akhirnya selepas lebih 2 jam bertungkus lumus pintu kereta selamat dibuka. Alhamdulillah semuanya selamat. Tapi habis jugak la minyak separuh tangki. Dari jam 12 tengahari hingga hampir jam 5 petang enjin terpasang. Dah boleh sampai Penang dah.... Pintu kereta jangan cakap lah. Habis calar-balar, cilir-bilir, culur-bulur. Insya Allah ada rezeki minta hubby cat baru.....:)
The experts....Tokey ngan 2 orang pekerja dia. 

Saya tak pasti berapa bayaran yang sebenarnya. Tokey tu pun tak sebut berapa harganya, so saya hulur je sekeping  note RM50. Dan dia terima tanpa bantahan.



PS: Saya dah buat kunci pendua. Kat kedai kunci biasa je. Harga RM8.50 satu. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Encik yang membebel hari tu.....:)

Wednesday, 2 November 2016

Jalan jalan Tesco Ampang

Dah lama saya tidak menjejakkan kaki ke Tesco Ampang. Masa tinggal kat Selayang dulu selalu juga hubby bawa kami anak-beranak ke sana. Gigih duduk Selayang datang shopping kat Ampang. Tapi sejak berpindah ke sini jarang pulak nak bertandang. 

Kebetulan hari ni masih cuti so saya ajak Nina pi buang masa window shopping sambil peghabih duit. Kami keluar lepas asar. Rupanya susun atur kedai kat Tesco Ampang ni sebijik macam kat Nilai. Kami selalu dok melepak buang masa kat Tesco Nilai setiap kali ikut hubby pi sana. 
Cuaca mendung tapi hujan tak jadi.....
Plan asal lepas balik Tesco ni nak singgah pasar malam nak cari dinner. Kebetulan hari ni hubby balik lewat malam so minat memasak saya tetiba hilang. Apatah lagi bila terpandangkan restoran JM Biryani kat deretan kedai makan tu. Biryani gam Johor adalah antara juadah favourite masa hubby bawa saya pi lunch date dulu-dulu. 

"Take away je umi. Balik ni tak yah masak dah...." Nina memang selalu suka mudahkan kerja saya....:) So saya order tiga set biryani kambing, biryani daging dan biryani ayam. Sementara tunggu order siap saya duduk dulu kat meja. Nina tinggalkan saya gi beli air soya. Tak sampai 10 minit waiter (Bangladesh) datang bawa bil RM51.30. Saya pun letakkan sekeping note RM50 dan 2 keping note RM2 dalam tray tu. Lepas tu dia bawa pi ke cashier. Kebetulan ada sorang pelanggan tengah beratur nak bayar. Tiba-tiba waiter tu datang balik kata duit tak cukup. Dia tunjuk duit dalam tray tu ada sekeping note RM20 dan 2 keping note RM2. Tanpa banyak cakap saya pun ambik balik note RM20 tu dan ganti dengan note RM50. 


"Biar betul Umi? Kan lain sangat duit RM20 ngan RM50. Tak kan la umi silap tadi?" Sungguh Nina sentiasa yakin umi selalu benar. Entah lah malas nak komen. Saya cuma nak balik cepat memandangkan dah dekat waktu Maghrib. Baru je keluar dari Tesco ada pulak seorang makcik Cina menyapa saya.

"Adik minta RM10. Saya tak cukup duit......bla bla... ada breast canser...baru sudah bedah.... bla..bla.." Makcik Cina tu siap selak baju nak tunjuk luka bekas pembedahan. Adoyai..... Cepat-cepat saya keluarkan RM10 bagi kat dia. Malu pulak takut dia buat scene tanggalkan baju kat situ. Lepas tu cepat-cepat saya menuju ke kereta. Baru je nak buka bonet kereta datang pulak sorang budak perempuan India dalam lingkungan 10 tahun.

"Aunty.....ada RM4?. Saya tak ada duit. Dah lama tak makan. Rumah takde makanan....bla bla bla..." Apakah yang sedang berlaku????? Apahal asyik jumpa manusia yang bersangkut dengan duit. Semua bangsa asing pulak tu....Hmm. Saya buang semua fikiran negatif terhadap perkara yang berlaku tadi. Sepanjang perjalanan pulang saya cuba mengambil sisi positif.

"Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu. Mungkin dalam tu ada duit yang tak bersih. So Allah bersihkan dengan cara kita terpaksa memberi kepada orang lain supaya duit yang tak bersih tu tak jadi darah daging kita nanti......Mudah-mudahan apa yang kita bagi tadi tu dianggap sedekah. Insya Allah kita dapat pahala.......bla bla bla.." Begitulah khutbah saya hari ini. Nina hanya mengangguk-angguk..

"Oh...boleh eh macam tu. Okay faham..." Nina, so sweet as always.

Dah namanya duduk Ampang memang wajiblah menempuh traffic jam memalam. Dan kami pun meneruskan perjalanan pulang dalam redha menempuh apa sahaja..... 


PS: Dan malam ni kami dinner tiga beranak sahaja. Saya, Amin dan Nina..... 

Monday, 3 October 2016

Sekali sekala...

Saya punya anak lima. 
Yang sulung ikut suami balik Kajang.
Ke dua dah balik Kuantan.
Ke tiga dah balik UM.
Ke empat ikut hubby pi main tenis
Yang bongsu berkurung dalam bilik sebab sakit pinggang. Terpaksa cancel niat jogging saya...

Pada tika dan saat ini, jam 5.00 petang, I have the house to myself..... Sian hubby beli rumah besar-besar untuk saya melihat suasana yang kosong. Hmm....

Alhamdulillah sejak dua menjak ni semangat berkebun datang semula. Back to normal. Di usia menginjak 50an ini saya sibukkan diri dengan perkara selain keluarga. Lebih 20 tahun sibuk dengan menguruskan anak-anak, berkepit 24 jam, kini tiba masa saya terpaksa relakan mereka meninggalkan rumah sorang demi sorang. So sebelum sindrome empty nesters to mengganggu jiwa biarlah saya isikan dengan hobi yang sedia ada ini. Tadi baru sudah berkebun. Ubah anak-anak pokok yang saya beli hari tu. Sekurang-kurangnya saya masih ada teman bicara apabila semua anak-anak meninggalkan rumah nanti. 

Memasak bukan lah hobi saya. Jadi pabila sendirian saya jamah je apa yang simple. 
Menu bujang.....

PS: Mudah-mudahan Allah panjangkan usia sehari lagi untuk melihat anak-anak murid saya esok....



Saturday, 1 October 2016

Jarum

Suatu pagi, tiba-tiba sahaja pagi tu puteri bongsu saya meraung sakit tapak kaki. Bila saya tengok tak nampak apa-apa pun. Licin elok je tapak kakinya. Bila saya tekan makin kuat pulak jeritannya, meraung macam orang nak kena hukum gantung. Pelik sungguh. Nak letak tapak kaki pijak lantai pun sakit katanya. So saya sapu minyak ubat dan suruh dia berehat dulu. Tengok apa akan berlaku selepas dua jam. 

Usai solat zohor tetiba sahaja dia nampak sisa pangkal jarum patah kat atas karpet. Terus saya berhipotesis bahawa dia terpijak jarum hingga patah dan bahagian yang hujung jarum tu terbenam kat tapak kaki comelnya. So saya tekan-tekan lagi tapak kaki nak cari tang mana lubang tusukan tu. Bila Nina mula menjerit sakan maka terbuktilah hipotesis saya. Segera saya bawa dia ke klinik swasta terdekat. Doktor sembur ubat bius lepas tu cuba korek keluar jarum tu. Doktor main cuba jaya sahaja sebab tak dapat nak pastikan exactly kat mana letak duduk jarum patah tu. Malangnya makin dikorek makin dalam pulak jarum tu masuk. Nina dah mula mengalirkan air mata menahan sakit. Kesian pulak saya tengok.

"Takpe lah doktor. Doktor bagi je referral letter. Saya bawa dia gi hospital......"

Masa tu dia dah tak boleh berdiri. Dah la saya sensorang je. Nak papah tak leh nak jalan. Nak dukung dah besar gajah. Terpaksa minta kerusi roda untuk ke kereta. Tanpa membuang masa saya terus pecut ke KPJ Ampang Putri A&E. Tawakkal je parking kat situ walaupun 'NO PARKING' tertera dengan jelasnya. Nasib baik pegawai sekuriti tu pejam mata je sambil merasa belas kasihan dalam hati tengok saya kelam kabut sensorang. Turun kereta terus capai kerusi roda spare kat situ. Terus tolak ke tempat pesakit luar. Suruh Nina bersabar dan tunggu sekejap sementara saya pi parking kereta properly. Lepas register terus masuk ke dayward sementara tunggu doktor pakar. Masa tu dah menghampiri jam 5 petang. Alhamdulilllah kebetulan doktor baru habis buat ward round so terus dia datang buat assessment. Depa bagi ubat tahan sakit sementara tunggu panggilan dari jabatan x-ray. By kol 6 dah dapat result x-ray.
Susah payah pulak nak kena tolak wheelchair dia.
Buat x-ray untuk pastikan letak duduk jarum keramat itu.
Dalam juga rupanya. Panjang jarum lebih kurang 1 inci.

"Masuk ward. Esok kita operate..."

Mudah sungguh depa buat keputusan. Kalut pulak saya nak kena setelkan proses masuk ward. Alhamdulillah hubby dah sediakan plan insuran untuk keluarga tercinta. Terima kasih untuk suamiku.....(^-^). Pihak hospital hanya perlu hubungi syarikat insuran untuk confirmation. Sementara tunggu katil siap kami pi makan dulu dan beli sedikit bekal untuk makan malam. Doktor target untuk slot in operate pagi esoknya. So last makan mesti sebelum pukul 12 malam. Lepas tu kena puasa hingga tiba waktu operate.

Kesan tusukan dah mula membengkak

Esoknya dalam pukul 11 pagi depa dah suruh ready untuk ke dewan bedah. Cuak pulak bila fikirkan terpaksa bedah bagai. Padahal tercucuk jarum je pun. General anesthetic pulak tu. Pengsan terus. Padahal boleh je kot pengsan separuh ataupun local anesthatic sahaja. Apa-apalah. Asalkan boleh claim insuran biar jelah depa buat apa yang patut.

Saspen juga nak lepaskan puteriku ke dewan bedah.

Selepas menunggu lebih 2 jam akhirnya Nina keluar dari dewan bedah. Melepek macam orang sakit tenat. Sabor jelah. Tak glamour langsung masuk dewan bedah sebab tercucuk jarum.
Guru kelas Nina (dua dari kiri) dan cikgu-cikgu comel datang melawat. 
Terimakasih cikgu.....(^-^)

Selepas dua malam berkampung di hospital akhirnya boleh discharge. Proses nak keluar ward pun makan  masa juga. Nak tunggu clearence insuran tu makan separuh hari. Patut dah boleh keluar kol 2 petang. Kol 6 baru dapat balik rumah. 
Kaunter bayaran yang friendly...

*****
Saya suka menjahit. Alhamdulillah bakat menjahit dah mula menurun kat anak dara bongsu saya tu. Setakat nak jahit baju koyak atau repair mana-mana baju yang tidak menepati citarasa tu takde masalah. Saya biarkan aje dia usaha sendiri apa yang patut.

*****


PS: Alhamdulillah selepas dua minggu luka jahitan sembuh sepenuhnya.....


Jogging @ KLCC Dan Kemas Kabinet Bawah Dapur

Dalam dua minggu ini perhatian saya banyak terarah kepada projek declutter dan menyusun semula barang-barang dalam rumah ini. Walaupun sibuk...