Saturday, 1 October 2016

Jarum

Suatu pagi, tiba-tiba sahaja pagi tu puteri bongsu saya meraung sakit tapak kaki. Bila saya tengok tak nampak apa-apa pun. Licin elok je tapak kakinya. Bila saya tekan makin kuat pulak jeritannya, meraung macam orang nak kena hukum gantung. Pelik sungguh. Nak letak tapak kaki pijak lantai pun sakit katanya. So saya sapu minyak ubat dan suruh dia berehat dulu. Tengok apa akan berlaku selepas dua jam. 

Usai solat zohor tetiba sahaja dia nampak sisa pangkal jarum patah kat atas karpet. Terus saya berhipotesis bahawa dia terpijak jarum hingga patah dan bahagian yang hujung jarum tu terbenam kat tapak kaki comelnya. So saya tekan-tekan lagi tapak kaki nak cari tang mana lubang tusukan tu. Bila Nina mula menjerit sakan maka terbuktilah hipotesis saya. Segera saya bawa dia ke klinik swasta terdekat. Doktor sembur ubat bius lepas tu cuba korek keluar jarum tu. Doktor main cuba jaya sahaja sebab tak dapat nak pastikan exactly kat mana letak duduk jarum patah tu. Malangnya makin dikorek makin dalam pulak jarum tu masuk. Nina dah mula mengalirkan air mata menahan sakit. Kesian pulak saya tengok.

"Takpe lah doktor. Doktor bagi je referral letter. Saya bawa dia gi hospital......"

Masa tu dia dah tak boleh berdiri. Dah la saya sensorang je. Nak papah tak leh nak jalan. Nak dukung dah besar gajah. Terpaksa minta kerusi roda untuk ke kereta. Tanpa membuang masa saya terus pecut ke KPJ Ampang Putri A&E. Tawakkal je parking kat situ walaupun 'NO PARKING' tertera dengan jelasnya. Nasib baik pegawai sekuriti tu pejam mata je sambil merasa belas kasihan dalam hati tengok saya kelam kabut sensorang. Turun kereta terus capai kerusi roda spare kat situ. Terus tolak ke tempat pesakit luar. Suruh Nina bersabar dan tunggu sekejap sementara saya pi parking kereta properly. Lepas register terus masuk ke dayward sementara tunggu doktor pakar. Masa tu dah menghampiri jam 5 petang. Alhamdulilllah kebetulan doktor baru habis buat ward round so terus dia datang buat assessment. Depa bagi ubat tahan sakit sementara tunggu panggilan dari jabatan x-ray. By kol 6 dah dapat result x-ray.
Susah payah pulak nak kena tolak wheelchair dia.
Buat x-ray untuk pastikan letak duduk jarum keramat itu.
Dalam juga rupanya. Panjang jarum lebih kurang 1 inci.

"Masuk ward. Esok kita operate..."

Mudah sungguh depa buat keputusan. Kalut pulak saya nak kena setelkan proses masuk ward. Alhamdulillah hubby dah sediakan plan insuran untuk keluarga tercinta. Terima kasih untuk suamiku.....(^-^). Pihak hospital hanya perlu hubungi syarikat insuran untuk confirmation. Sementara tunggu katil siap kami pi makan dulu dan beli sedikit bekal untuk makan malam. Doktor target untuk slot in operate pagi esoknya. So last makan mesti sebelum pukul 12 malam. Lepas tu kena puasa hingga tiba waktu operate.

Kesan tusukan dah mula membengkak

Esoknya dalam pukul 11 pagi depa dah suruh ready untuk ke dewan bedah. Cuak pulak bila fikirkan terpaksa bedah bagai. Padahal tercucuk jarum je pun. General anesthetic pulak tu. Pengsan terus. Padahal boleh je kot pengsan separuh ataupun local anesthatic sahaja. Apa-apalah. Asalkan boleh claim insuran biar jelah depa buat apa yang patut.

Saspen juga nak lepaskan puteriku ke dewan bedah.

Selepas menunggu lebih 2 jam akhirnya Nina keluar dari dewan bedah. Melepek macam orang sakit tenat. Sabor jelah. Tak glamour langsung masuk dewan bedah sebab tercucuk jarum.
Guru kelas Nina (dua dari kiri) dan cikgu-cikgu comel datang melawat. 
Terimakasih cikgu.....(^-^)

Selepas dua malam berkampung di hospital akhirnya boleh discharge. Proses nak keluar ward pun makan  masa juga. Nak tunggu clearence insuran tu makan separuh hari. Patut dah boleh keluar kol 2 petang. Kol 6 baru dapat balik rumah. 
Kaunter bayaran yang friendly...

*****
Saya suka menjahit. Alhamdulillah bakat menjahit dah mula menurun kat anak dara bongsu saya tu. Setakat nak jahit baju koyak atau repair mana-mana baju yang tidak menepati citarasa tu takde masalah. Saya biarkan aje dia usaha sendiri apa yang patut.

*****


PS: Alhamdulillah selepas dua minggu luka jahitan sembuh sepenuhnya.....


No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...