Monday, 24 June 2013

Benda baru.

Saya belum pernah lagi ikut orang kawen 'belaghak'. Siap berkompang bagai. Biasanya orang panggil bertandang. Pengantin dan keluarga mereka diarak masuk ke tempat persandingan (sekiranya ada) seterusnya ke meja santapan beradab.

Biasanya saya pergi sebagai tetamu biasa je. Datang, jumpa tuan rumah. Bagi duit. Makan pastu balik. Saya jarang bawa hadiah sebab tak tau nak beli apa. Bagi duit lebih senang. Suka hati depa lah nak beli apa.

Hari Sabtu hari tu kebetulan ada saudara terdekat Hubby ajak pi bertandang kenduri pihak lelaki. Anak dia perempuan. Majlis pihak perempuan dah buat kat Kelantan. Kami tak dapat hadir sebab tak cuti. Kebetulan pulak pengantin lelakinya orang Gombak bolah la kami ikut pi bertandang. Kira masuk kuota tetamu kehormat lah. Pihak pengantin lelaki tu tak kenal pun. Depa buat kat Taman Tasik Titiwangsa. Ala-ala kenduri dalam taman gitu.

Ikut je la... 
Pengantin diarak masuk

Biasanya bila pengantin dah masuk bapa pengantin atau wakilnya akan baca doa selamat. Kali ni lain pulak. Pengantin lelaki yang volunteer baca doa. Semua tetamu pun kata ini kali pertama depa jumpa pengantin lelaki sendiri yang baca doa. Bagus la kan. Dia doa untuk keberkatan rumahtangga sendiri. Itu yang lebih afdhal.
Hubby merenung jauh. Macamana la rupa kenduri anak-anak nanti...

Cuti lagi....!

Hari ni semua sekolah di Selangor diarahkan tutup. Sebab? Jerebu makin teruk. Masa buka pintu hantar hubby tadi pun terasa asap dan bau hangitnya. Duduk dalam rumah pun dah terasa macam nak batuk2. Hidung pun rasa tersumbat. Kepala pun macam berat. Dalam cuaca macam ni orang kata kena banyakkan minum air suam. Tapi saya lebih suka air kosong biasa (pada suhu bilik). Air suam macam tak hilang dahaga. Air sejuk pun kurang minat.

Pandangan dari tingkap bilik saya pukul 8.30 am. Bukit yang biasanya menghijau tu pun dah kelam. 
Matahari pun nampak macam titik putih je.......

Lepas pi hantar dayah ke UIA tadi terus singgah kedai runcit. Nak stock-up barang makan takut2 ada darurat pulak. Memang keadaan jerebu sangat teruk. Tak pasti UIA cuti ke tidak. Budak2 sibuk kata cuti. Tapi unofficial announcement pada pukul 11 malam tadi. Dayah pulak baru first day nak mula kelas kat Gombak ni. Pergi je lah... kalau tak ada kelas boleh rehat kat bilik.

Alhamdulillah saya dah beli topeng muka siap-siap. Saya beli sekotak yang ada 50 pieces. Harga RM20 sekotak. Kalau satu piece harga 90 sen. Jimat tuh. .Beli topeng biasa je. Jenis kain dua warna (putih dan biru). Bila pakai letak yang warna putih kat dalam. Yang berwarna tu kat luar. Yang ada berbesi tu kena laraskan kat hidung. Topeng ni hanya sesuai untuk menghalang partikel yang besar, sesuai untuk orang biasa. Dengar kata sekarang ni harga dah naik jadi RM2 per piece. Hmm... Bagi yang ada alahan atau masalah kesihatan kena pakai yang lebih bagus. Depa panggil topeng N95 untuk tapis partikel yang lebih kecil.

Haish...Asyik cuti je. Bila la nak habis silibus. Dah la minggu depan dah nak mula PUI. Pastu nak puasa, lepas tu cuti raya. Lepas tu terus periksa percubaan. Hmm...

Bagus jugak. Alang-alang dah cuti ni boleh la sambung kemas rumah sempena menyambut kedatangan Ramadhan......

Saturday, 22 June 2013

Pulut kacau merah

Saya dah lama tak jumpa pulut kacau warna merah. Biasanya orang buat pulut kacau warna coklat pekat tu. Ada yang macam nak hitam. Pulut kacau ni, orang lain panggil pulut wajik. Depa guna gula perang. Saya hanya suka pulut kacau yang nenek saya buat. Sebab tu dah lama tak jumpa.......huhu.

Nenek hanya akan buat pulut kacau ni masa musim raya puasa. Semua bahan dan peralatan menyediakan pulut kacau ni nenek buat awal-awal. Nenek is a very good planner walaupun tak pernah sekolah.

Petang-petang sebelum maghrib nenek akan basuh beras pulut dan rendam. Lepas subuh esoknya nenek akan kukus pulut tu sampai masak. Lepas tu tuang dalam talam besar dan biarkan ianya sejuk sampai petang. Petang tu lepas asar nenek akan masak air gula sampai agak pekat. Nenek guna gula pasir, daun pandan dan sedikit pewarna merah. Lepas tu nenek akan tuangkan pulut yang dah sejuk tadi tu beserta santan kelapa. Lepas tu dia kacau sampai likat dan berkilat. Kemudian dia akan tuangkan pulut yang dah masak tu ke dalam talam besar, ratakan anggaran 1 inci dan tekan-tekan biar padat. Dia akan tutup bawah tudung saji. Selagi tak ada pengumuman raya tak ada sapa boleh usik pulut tu.

Pagi sebelum solat raya dia akan potong dan edar-edarkan pada jiran tetangga. Saya la tukang agih-agihkan pulut tu pada jiran-jiran. Macam berbalas-balas hantaran pulak. At the end of the day semua rumah akan dapat merasa bermacam-macam juadah raya. Kalau kat rumah saya, wajib ada agar2 merah, air sirap merah and of course pulut kacau merah....Hmm....! sampai sekarang saya tak tahu kenapa nenek suka masak makanan merah-merah. Yang paling saya kagum pulut kacau nenek tu tak pernah basi walaupun dah seminggu hari raya. Bila saya tanya resepi dan apa petuanya, nenek hanya jawab.

"Hang masak elok-elok, elok lah jadinya....."

Sungguh...nenek mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan sesuatu juadah. saya masih ingat salah satu petak bendang kat kampung saya dulu dikhaskan untuk tanam padi pulut. Bila musim menuai semua orang kampung akan turun ke bendang. Bila siap dituai, beras pulut tu akan di bahagi-bahagikan sebagai upah. Pulut tu la yang nenek simpan untuk juadah raya. Santan pulak kena tunggu buah kelapa masak. Kait, buang sabut, belah, kukur lepas tu perah untuk dapat santan. Dapur pakai kayu api. Ignite guna getah sekerap. Yang beli cuma gula, pewarna merah, garam dan mancis je kot.

Masa hantar ibu mertuaku balik Kelantan hari tu sempat singgah pasar besar KB. Biasa la kalau singgah sini beli makanan je lah.. Kelantan delights. Favourite saya lompat tikam, akok, buah tanjung dan jala mas, Kuih-muih yang sangat la manis, banyak gula dan telur.

Lompat tikam....tanpa kuih hijaunya. Ala-ala pulut kacau merah.

Sekarang saya dah kurangkan makan pulut. Maklum la dah berumur. Makan banyak2 kang sakit urat pulak. Makanan manis pun saya dah kurangkan..... Hmm..



Sunday, 9 June 2013

Cuti tak cuti...

Diam tak diam cuti sekolah dah pun berakhir. Esok dah kena pi sekolah semula. Secara rasmi. Tapi sebenarnya masa cuti pun kena pi sekolah juga untuk kursus, bengkel, kelas tambahan dan sebagainya. Biasa la... cikgu mana ada cuti. Yang cuti budak sekolah je. 

Cuti kali ni banyak based kat rumah je. Tak ada program bercuti-cutian pun. Rancangan tu ada. Namun kita hanya merancang. Allah yang menentukan segalanya.......hmm. Lagi pun nak kena marking exam paper. 

Sebagai penutup cuti, malam tadi pi la round-round KL.Jalan-jalan sambil cari makan. Kebetulan semua anak-anak ada kat rumah. Cukup korum kata hubby
Haha.....boleh pegang je lah Dayah oooii...(maha supa bedil)
Warna-warna pelangi.......?
Dari kecik sampai besar depa ni dengan teletubbies...
Iman n Dayah siap ada patung teletubbies ni sejak kecil. lagi...simpan kat mana tah sekarang ni.
3 dara umi......
Sian...nak capture semua tak muat camera pulak...
Ewah...konon2 nak nampak romantik.... gelap gelemat la pulak.

Saya ni memang tak suka jalan memalam. Rugi masa tidur. Kata nenek saya, sleeping beauty mesti dapat tidur yang cukup. Ni kes terpaksa lah ni. Ikut juga demi kemaslahatan keluarga. Punya la ramai manusia. Nak cari tempat duduk nak makan pun susah. Terdetik juga kat hati saya ni tak cukup KL rupanya. Hmm...apa-apa lah.

Friday, 7 June 2013

Cekodok....( Improved version....)

Sepatutnya sepanjang hari ni ada kursus guru tapi dibatalkan disaat akhir. Saya baru siap-siap nak keluar rumah pagi tadi. Dah siap pesan ngan Iman n Dayah. Hangpa masak lah apa yang patut makan ngan adik2. Umi nak pi kursus. Tetiba dapat wassup kata penceramah call tak dapat datang. Kursus dibatalkan. Terdetik jugak la perasaan halus saya.."boleh pulak buat camtu..." Huh! Kesian kat penganjur. Tapi elok la cikgu2 datang juga sebab sarapan dah disediakan

Look on the bright side. Bersangka baik dalam semua hal. Okay okay. Semua orang ada hak untuk di 'husnudzon'kan. Sebenarnya ada juga hikmahnya dipihak saya.....

Dah alang- alang saya ada kat rumah saya carilah apa benda yang nak di masak. Jumpa la 2 biji pisang cavendish yang dah lebam. Nak buang sayang. Nak makan gitu je dah tak lalu pulak. Apa lagi mencekodok je la...

2 biji pisang cavendish (ewah....pisang lain pun boleh)
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar susu segar
4 sudu besar tepung gandum

Pisang dilenyek kemudian masukan gula. Kacau hingga rata. Lepas tu masukkan soda bikabonat di susuli dengan susu segar. Kacau lagi. Bila dah sebati masukkan tepung. Kacau. Kemudia jemput-jemputkan dan goreng dalam minyak yang panas. Kacau selalu supaya bentuknya jadi bulat cantik. Angkat bila dah agak keperangan.

Dapat la dalam 15 biji....
* (Hari tu saya sukat pakai cawan sebab pisang banyak. Pisang apa tah. Yang selalu jual bergantungan kat kedai runcit tu. Hari ni sukat pakai sudu je. Tapi texture hari ni lebih bagus dari yang dulu. Kurang serap minyak. Tapi mungkin juga sebab lain jenis pisang.)

Amin siap bagi-bagikan sorang patut makan berapa biji. Sapa bangun awal dapat makan banyak. Haha...banyak mana la sangat. Ada pun 15 biji aje. Cumel-cumel pulak tu....

Nina: Eh...umi kata nak gi kursus.
Umi: Cancel. Tu ada cekodok
Nina: Umi buat ke beli?
Umi: Nina rasa?
Nina: Umi buat..
Umi: Kenapa?
Nina: Sebab sedap......

Hmm nak masak apa pulak tengahari ni..............

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...