Monday, 24 June 2013

Benda baru.

Saya belum pernah lagi ikut orang kawen 'belaghak'. Siap berkompang bagai. Biasanya orang panggil bertandang. Pengantin dan keluarga mereka diarak masuk ke tempat persandingan (sekiranya ada) seterusnya ke meja santapan beradab.

Biasanya saya pergi sebagai tetamu biasa je. Datang, jumpa tuan rumah. Bagi duit. Makan pastu balik. Saya jarang bawa hadiah sebab tak tau nak beli apa. Bagi duit lebih senang. Suka hati depa lah nak beli apa.

Hari Sabtu hari tu kebetulan ada saudara terdekat Hubby ajak pi bertandang kenduri pihak lelaki. Anak dia perempuan. Majlis pihak perempuan dah buat kat Kelantan. Kami tak dapat hadir sebab tak cuti. Kebetulan pulak pengantin lelakinya orang Gombak bolah la kami ikut pi bertandang. Kira masuk kuota tetamu kehormat lah. Pihak pengantin lelaki tu tak kenal pun. Depa buat kat Taman Tasik Titiwangsa. Ala-ala kenduri dalam taman gitu.

Ikut je la... 
Pengantin diarak masuk

Biasanya bila pengantin dah masuk bapa pengantin atau wakilnya akan baca doa selamat. Kali ni lain pulak. Pengantin lelaki yang volunteer baca doa. Semua tetamu pun kata ini kali pertama depa jumpa pengantin lelaki sendiri yang baca doa. Bagus la kan. Dia doa untuk keberkatan rumahtangga sendiri. Itu yang lebih afdhal.
Hubby merenung jauh. Macamana la rupa kenduri anak-anak nanti...

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...