Hmm.. dah besar panjang anak saudara saya yang sorang ni. Teringat lagi masa dia baby dulu. Kecik comel jer. Rasa macam tak percaya pulak sekarang dah jadi suami orang. Apa-apa pun Asu ucapkan selamat pengantin baru. Moga rumahtangga yang dibina ni akan dilimpahi rahmat bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu.
Friday, 18 December 2009
Selamat pengantin baru Angah.
Sejak cuti sekolah ni ramai benor orang buat kerja kahwin. Last Saturday we were in Penang for kenduri anak kakak saya. Patutnya nak pergi earlier sebab boleh makan angin sekali. Tapi hubby ada kelas dengan masters student on Sat morning. So lepas zohor baru la boleh bertolak. Nak stay longer pun tak boleh juga sebab Iman masih ada exam PSI (last paper for SPM) on Wednesday. So dapat stay satu malam je. Masa kenduri tu la dapat jumpa saudara mara yang dah bertahun tak jumpa. Yang tak pernah kenal sebelum ni pun ada. Maklumlah duduk jauh-jauh ni kalau tak ada hal memang tak bersua muka. Bagus juga ada kenduri-kendara macam ni, dapat juga menghubungkan silatulrahim.

House hunting
Semenjak dua menjak ni sibuk benor mencari dan melihat rumah untuk dibeli. Sebenarnya dah lama hubby berhajat nak menyediakan tempat tinggal yg lebih selesa untuk keluarga. Padahal rumah yang dah ada sekarang ni pun dah cukup selesa. Tapi dah orang nak beli yang lain tak kan nak tolak pulak kan. Penat sebenarnya nak mencari yang sesuai dengan jiwa sebab saya selalu nak compare dengan rumah yang dah ada sekarang. Saya suka yang ada Malay community, easy access, banyak kemudahan, dekat surau dsb. Maklumlah kita kan nak tua kat situ. So nak lah yang boleh menyelesakan kita dihari tua nanti. Hish.. banyak pulak demand, mengada-ngada. Padahal saya bukannya mampu nak bayar pun. Semuanya hubby kena sponsor. Apa-apa pun mudah-mudahan semuanya dipermudahkan Allah.
Tuesday, 8 December 2009
What a day.. happy bday.
Tadi baru balik klinik utk buka clamp anak bujang saya yg 10 tahun tu. After a week bersunat dia dah nampak macam anak teruna dah. Huh..rasa macam dah tua la pulak.
Semalam agak sibuk. Pepagi lg dah settledkan rumahtangga. Lepas tu temankan hubby gi Gombak, pastu gi Melawati, then carikan baju sekolah baru untuk puteri saya nak pi exam MRSM kat KKB @ 2 pm. (Hubby yg hantar dia ke KKB). Saya kena hantar n ambik puteri sulung for PQS exam pulak. Petang tu buat surprise bday for hubby. Tak ada la special pun. Masak nasi pilau je. Beli kek n kerepek. Hajatnya nak dine out tapi sebab anak saya masih ada paper SPM (Chemistry) pagi esoknya, so kenalah postpone.
Apa2 pun for hubby, moga pertambahan usia makin mematang kita. Dah 40s yek. Hmm...
Semalam agak sibuk. Pepagi lg dah settledkan rumahtangga. Lepas tu temankan hubby gi Gombak, pastu gi Melawati, then carikan baju sekolah baru untuk puteri saya nak pi exam MRSM kat KKB @ 2 pm. (Hubby yg hantar dia ke KKB). Saya kena hantar n ambik puteri sulung for PQS exam pulak. Petang tu buat surprise bday for hubby. Tak ada la special pun. Masak nasi pilau je. Beli kek n kerepek. Hajatnya nak dine out tapi sebab anak saya masih ada paper SPM (Chemistry) pagi esoknya, so kenalah postpone.
Apa2 pun for hubby, moga pertambahan usia makin mematang kita. Dah 40s yek. Hmm...
Thursday, 3 December 2009
Muslimah dan rumahtangga.
Ooo! takutnya tengok tajuk. Gempak jer tu. Sebenarnya itu tajuk penyampaian untuk usrah saya hari tu. Lama dah tak ingat bila. Kebetulan dah kena prepare utk usrah best jugak kalau boleh letak dalam blog, boleh kongsi pendapat dengan orang lain juga. Dah lama sebenarnya tak buat penyampaian mcm tu. Tu yang kena prepare beriya pastu gabra semacam je masa present tu. Tak patut betul..
Bila bercakap tentang rumahtangga, automatic org akan ingat tugas muslimah adalah sebagai isteri yg mesti taat pada suami. Betul ler tuh. Dan org akan quote Hadis Nabi SAW,
"Perempuan yang terbaik itu ialah apabila kau lihat menyenangkan, bila kau perintah dia mematuhi dan bila kau pergi, dirinya dan hartamu dijaga dengan baik"
(Riwayat Nasa'i dll)
Nampak simple tapi berat sebenarnya sbb penilaiannya more on suami. Suami yang nak tengok, suami yang nak perintah, dan nak kena jaga harta suami. Kalaupun kita dah rasa dah buat yang terbaik tapi suami masih tak puas hati... nasib badan ler. Sapa suruh gatal nak kahwin.
Tapi saya lebih tertarik dengan hadis dibawah ni.
"Semua kamu adalah pengembala(pemimpin) dan semua kamu dipertanggungjawabkan terhadap apa yang digembalakan(dipimpin).......Wanita adalah pengembala(pemimpin) rumahtangga suaminya dan bertanggungjawab atas pengurusannya."
(Riwayat Bukhari)
Ni baru bagus. Wanita adalah pengurus rumahtangga suaminya. Kan glamour bunyinya tuh. Memang Nabi SAW dah bersabda lama dulu, wanita ni atau lebih tepat muslimah ni adalah pengurus rumahtangga. So kalau nak jadi pengurus mestilah ada kelulusan yang bersesuaian. Mesti educated tak kisahlah secara formal atau tidak. So pandangan org tua yg wanita ni tak perlu belajar tinggi, nanti masuk ceruk dapur juga tu salah, salah, salah! Wanita mesti educated, lepas tu dia nak masuk dapur ke tak nak masuk ke, itu masalah lain.
Pengurus mesti tahu macamana nak memastikan rumahtangganya bahagia. Kalau dia nak duduk rumah sepenuh masa, itu adalah hak dia. Tapi suami mesti mencukupkan segala keperluannya. Kalau nak berkarier diluar rumah pun tak jadi masalah asalkan dlm batasan syari'at. Apa yang penting dia mesti selesaikan urusan rumahtangga dulu.
Urusan rumahtangga ni bukanlah bermaksud dia kena buat semuanya dari bangun tidur kemas katil, buat breakfast, kemas dapur, kemas hall, basuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain, basuh pinggan mangkuk, mandikan anak, suap anak makan, mop lantai dapur, basuh toilet, pi pasar, masak lunch, bagi family makan, kemas dapur lg, masak dinner, bagi family makan pastu kemas dapur lg, tengok homework anak2, etc. etc.etc a never ending chores........zzzzzz.
Itulah perlunya pengurus yg cekap. Kalau dia yg kena buat semua, seperti yg dihajati oleh kebanyakan lelaki melayu terakhir tu, dah masuk taraf hamba abdi ler pulak. Tu yang ramai lelaki dan segelintir muslimah tak faham. Muslimah kena bijak membahagi tugas. Suami mesti membantu atau sediakan pembantu. Pembantu ni tidak semestinya bibik. Beli jer barangan automatik. Atau cipta mesin yg bila masuk je kain baju busuk, bila keluar terus siap berlipat. Melampau la pulak. Ataupun dapur yg boleh masuk jer ikan/ayam terus siap jadi nasi biryani. Tapi kalau isteri sanggup buat sume tu walaupun sesama bekerja, suami sepatutnya berterima kasih dan bersyukur pada Allah yg telah mengurniakan isteri sebaik itu.... Tapi jgn harap ler nak nampak menyenangkan bila melihat si isteri tuh nanti. Mesti serabut serabai tak sempat nak menghias diri. Oh lupa pulak..beauty is on the eyes of the beholder...kalau dah sayang tu tak mandi seminggu pun bau wangi jer....pakai t-shirt buruk ngan kain batik pun nampak cam tuan puteri....
Hihi....apa-apa pun selamat mengkoreksi rumahtangga yg telah dibina. Kepada yg baru nak menggatal tu, bawa-bawa ler bersabar. Belajar dulu ilmu rumahtangga macamana nak jadi isteri solehah. Tapi yg lebih penting cik-cik abang tu mesti belajar jadi suami mithali. Tak boleh sebelah pihak jer...barulah rumahtangga aman bahagia...
For hubby..... terimakasih kerana telah menjadi suami yang baik pada saya. Jgn putus asa membimbing saya utk jadi isteri yang lebih baik. Bukan cari yg lebih baik pulak.....huhu!
PS: Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga akhirnya.....amin.
Wednesday, 2 December 2009
Fb oh fb
Sejak cuti sekolah ni banyak pulak peluang nak mengadap computer. Setiap hari mesti nak tengok facebook eventhough for only 5 minutes. Bak kata anak bujang saya pandai betul orang Yahudi cipta facebook nak lekakan orang Islam... adus terasalah pulak. Memang betul pun. saya sendiri pun dah ter 'addicted' dengan facebook nih. Subhanalllah...tapi idak ler sampai terlupa tugas asasi...[ Hihi sori hubby]
Sebenarnya saya lebih suka kalau anak2 sekarang ni berblog drp berfb. Pada saya fb lebih banyak melalaikan. Kalau kat blog kita boleh mencurahkan idea dan perasaan. At least boleh polish cara penulisan esei. Sebelum ni saya sendiri pun terkial-kial nak buat karangan. Tapi sejak berblog nih 'terpaksa' la perah otak nak menulis. (Ewah! macam besar benar idea yg nak dikeluarkan, mengalahkan journalist)
Apa-apa pun itulah reality sekarang. Anak2 muda lebih suka benda yang lebih menyeronokan.. So agak penuhlah juga wall saya kat fb tuh. Maklumlah ramai kawan-kawan tu yang masih muda belia. Hihi terasa muda lah pulak..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Berangan & Mengawal Gula Dalam Darah
Dulu saya selalu berangan bangun pagi je dah ada makanan atas meja. Paling tidak pun saya dikejutkan dengan bau semerbak dari dapur. Namun k...
-
Awal tahun baru-baru ini saya decide untuk tukar Astro box baru. Sebenarnya dah lama orang astro tu asyik call suruh saya tukar dekoder astr...
-
"Kat Hospital Ampang tak boleh buat Puan. Boleh cuba Klinik Kesihatan Ampang ataupun kat Cheras Baru.Yang paling bagus Hospital Kuala ...
-
Diam tak diam dah lebih tiga tahun saya pindah ke rumah ni. Dalam masa tiga tahun tu dah masuk empat kali saya panggil plumber untuk repair...