Pada hari Jumaat yang lepas, tiba-tiba saya rasa tidak sihat. Pukul 2:30 pagi saya terjaga dari tidur. Perut rasa tidak selesa dan kepala rasa pening. Saya telan panadol sebiji dan cuba sambung tidur semula kerana badan terasa sangat lemah. Hampir subuh saya terjaga semula kerana tekak rasa kering. Kemudian keluarlah segala peralatan asas untuk test kesihatan badan. Alhamdulillah BP normal dan bacaan glukos pun normal. Cuma heart rate dan suhu badan sedikit terlebih.
![]() |
| Self care at home. |
Pukul 7:00 pagi saya ambik sebiji lagi panadol dan gagahkan diri untuk goreng mihun buat sarapan. By pukul 11 pagi saya dah surrender... terpaksa berehat sepenuhnya. Hubby orderkan bubur nasi via Grab untuk lunch sebelum keluar untuk Solat Jumaat dan meeting di KL hingga pukul 6:00 petang. By the time hubby tiba di rumah semula saya masih tak sihat. Badan makin panas dan tekak makin kering despite dah telan lagi 2 biji panadol dan minum Redoxon. Saya juga keep on minum air kosong hampir 3 liter sebagai tambahan. Hubby order sup tulang dan daging via Grab untuk makan malam. Alhamdulillah by tengah malam badan dah kurang panas dan by pagi esoknya (Sabtu) saya mula beransur segar. Dapatlah saya dan hubby memenuhi undangan kenduri kahwin anak-anak sahabat kami. Namun begitu bahagian telinga saya mula terasa sakit terutama bila menelan air dan makanan. Usai kenduri kami ke Cyberjaya berjumpa anak-anak dan cucu-cucu pulak. Sementara hubby melayan cucu-cucu saya berehat sambil mencari info dari Pakcik Google.
Hasil carian Google dapatlah saya simpulkan info penting tentang masalah yang sedang saya hadapi ini. Melihatkan kepada symptoms yang ada saya sangat yakin tonsil saya sudah membekak.
Info daripada Google:
Setelah yakin dengan diagnosis sendiri, saya ke klinik di Cyberjaya ditemani hubby dan anak no-2. Saya hanya perlukan ubat antibiotik sahaja so saya mudahkan kerja doktor untuk prescribe ubat yang perlu. Lagipun anak no-2, yang juga seorang doktor sudah mengesahkan sejak dari rumah lagi. Kita hanya perlukan official prescription dari (doktor) klinik sahaja. Alhamdulillah, urusan di klinik sangat laju dan mudah. Doktor bagi dua jenis ubat. Satu untuk sembur dalam tekak dan satu lagi tablet antibiotik untuk dimakan.
![]() |
| Ubat spray untuk sakit tekak dan tablet Augmentin untuk antibiotik. |
![]() |
| Tablet Augmentin, 2 biji sehari untuk 5 hari. Saya dah makan 5 biji. |
![]() |
| Throat Spray... mudah sahaja... nganga, spray, siap. |
Hari ini, selepas 3 hari mengambil ubat antibiotik dan spray tekak mengikut arahan, Alhamdulillah, tekak (tonsil) saya semakin pulih dengan izin Allah. Saya dah boleh makan dan minum dengan selesa. Semoga Allah terus memberi kesihatan yang baik hingga akhirnya. Aamiin.🌹
Sekian.😊




No comments:
Post a Comment