Friday, 21 November 2025

Telur separuh masak @ Nasi Kandar Raihana Signature

Sejak akhir-akhir ini saya selalu pastikan sarapan dengan (lebih) protein supaya kenyangnya lebih lama. Alhamdulillah setakat ini teori itu menjadi. Dan protein utama saya haruslah daripada telur. Saya lebih suka makan telur separuh masak berbanding telur rebus atau goreng atau scramble atau yang sewaktu dengannya. Dan telur separuh masak ini saya suka makan begitu sahaja. Walaupun ada menu roti telur goyang, masuk dalam mee atau kuah kacang pol dan sebagainya, saya tetap setia dengan telur separuh masak on its own. 

Setakat ini saya hanya suka telur separuh masak di kedai mamak, sangat menepati selera saya... telur putihnya separuh masak dan telur kuning separa cair. 

Roti canai telur for hubby.

Hubby tidak pernah suka telur separuh masak dalam apa jua menu. Dia boleh makan apa sahaja menu telur kecuali yang separuh masak. Geli katanya. So setiap saya makan telur separuh, terpaksalah hubby memandang ke tempat lain. Kadang-kadang kesian pulak bila nampak hubby macam terbantut selera. Tapi apakan daya, “Demi isteri terchenta kugagahi jua".  Begitulah adat berumahtangga.

Telur separuh masak yang yummy.

Biasanya juga kalau ke kedai Mamak saya akan order air teh tarik. Tapi sejak akhir-akhir ini selera terhadap teh tarik ini mulai dapat dikekang demi kemaslahatan kesihatan saya. Sebagai ganti saya hanya ambik teh-O ais. Walaupun tetap manis, dapatlah kita kurangkan sedikit intake kolestrol ke dalam badan. Slow and steady, kata orang kampung saya. Semoga Allah sentiasa kurniakan kita nikmat makan dan kesihatan yang baik. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Study @Coffee Beans & Lunch Nasi Padang

  21hb November 2025 Setiap minggu akan ada satu atau dua hari saya akan menemani hubby buat kerja di kedai kopi. Kalau rajin saya akan buat...