Sabtu, 26th Julai 2025
Pepagi lagi saya dan hubby dah bersedia untuk pergi kenduri sahabat Gojezes KB84 di Rimba Flora, Gombak. Kami plan nak datang awal supaya dapat tempat yang selesa dan tidak serabut dengan tetamu yang ramai masa peak hours nanti. Tapi tiba-tiba pulak anak cucu nak balik, nak ajak Tok Ayah naik train. So terpaksalah kami tunggu depa sampai dan angkut sekali bawak pergi kenduri dan tiba di tempat kenduri hampir pukul 1:00 tengahari.
Asalnya saya cuma RSVP untuk saya dan hubby sahaja. Tapi bila nak bawak anak cucu sekali terpaksalah saya wasap minta izin daripada tuan rumah.
Hubby dah siap pesan, "Dah pergi ramai-ramai ni kenalah bagi angpau tebal sikit...". Begitulah. Dan sungguh bagai dijangka... kami tiba masa peak hours. Tetamu sangat ramai. Alhamdulillah dapat jugak tempat duduk. Yang penting dapat beramah mesra dengan tuan rumah yang baik hati.
![]() |
Dengan tuan rumah yang peramah. |
![]() |
Sahabat Gojezes... sempat berselisih jalan, kita sempat hai-hai, bye-bye sahaja. |
![]() |
Sahabat Gojezes... satu dorm masa sekolah dulu. |
Usai menjamu selera kami penuhi hajat cucunda nak jalan-jalan naik train dengan Tok Ayah. Kami bawa kereta dan parking di Datum Jelatek. Kemudian beli tiket LRT ke Nu Sentral. Jalan-jalan di sana sebentar ambik vibe sebelum patah balik ke Datum Jelatek semula untuk makan-makan famili. Yang penting hajat cucu nak naik train tercapai.
![]() |
Stesen LRT Nu Sentral. |
![]() |
Semua happy dapat naik train walau bersesak dengan orang ramai. |
![]() |
Menunggu makanan tiba. |
Semasa makan di situ saya terasa/tergigit sesuatu yang sangat keras dan gigi geraham saya terasa sangat sakit. Terpaksa saya duduk diam seketika untuk 'proses' rasa sakit itu agar tidak mengganggu ketenangan bersama keluarga. (Of course lah tiada siapa yang perasan yang Ummi depa sedang menahan kesakitan yang amat sangat... mengikut kata orang, sakit gigi ini adalah kesakitan no-2 selepas beranak). Entahlah.. saya rasa gigi saya mungkin retak dek tekanan benda keras yang saya rasakan tadi. Sehingga cerita ini ditulis selepas sebulan) sakit gigi saya masih terasa terutama bila tergigit benda keras. So saya kena sentiasa berhati-hati bila makan. Mudah-mudahan ianya tidak melarat. Aamiin.🌹
Sekian.😊