Showing posts with label famili. Famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Famili. Show all posts

Thursday, 4 September 2025

Girls Outing: Bangi-Putrajaya

Jarang saya dapat berkumpul dengan anak-anak perempuan. Namun setiap kali dapat berkumpul ceritanya macam tiada hari esok. Macam-macam perkara yang nak dikongsi.

Kebetulan anak no-5 pulang bercuti dari Jepun maka kita cari ruang untuk berkumpul dan bersembang girls only bersama-sama anak sulong dan anak no-2, make it a girls' day out. Kebetulan hubby ada meeting sepanjang hari so kita ambik peluang buat sampai jadi.

Walaupun anak no-2 sibuk dengan study kita kidnap dia dari library (PPAS) di Bangi dan pekena laksa yummy di Laksa Redup Rimba berdekatan Taman Chempaka, Bangi.

Perpustakaan Awam Selangor, Bangi.

Laksa Yummy. 😍

Tambah cendol.

Kemain sengih dapat makan laksa.

Anak bongsu masih dalam fasa pengantin baru.

Belum cukup korum.

Usai makan laksa kita ke IOI  Mall Putrajaya pulak, meeting point bersama anak sulong sambil makan di Thong Bowl. Saya cuma minum air tembikai dan ceduk sup sesudu dua buat raso-raso. Sepatutnya anak no-2 tu kena sambung study and buat revision tapi dah namanya nak outing, semua itu boleh tunggu. Jalan-jalan dengan Ummi lebih penting, katanya. Mudah-mudahan urusannya juga lebih mudah selepas menggembirakan hati seorang Ummi. 🌹

Ummi’s Girls missing Ciksa & Cikya.

Usai bersuka-ria di IOI Mall, Putrajaya kita hantar anak no-2 balik Bangi sebelum meneruskan perjalanan balik rumah di Ampang dan singgah di Pasar Malam beli makanan untuk dinner pulak. Alhamdulillah selesai satu hari yang panjang. Semoga menjadi kenangan indah dihari-hari mendatang. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Tuesday, 5 August 2025

Pickleball, Father's Day & Kelang

Ahad, 15 Jun 2025

Hampir dua bulan catatan ini tertunda tapi nak kena rakam jugak buat kenangan dihari tua.😁

Selepas beberapa kali anak-anak dok mengajak Ummi dan ayah main pickle ball, baru hari ini hajat tercapai. Seronok rupanya main pickle ball. Walau banyak pukul angin dan kutip bola, badan tetap berpeluh. Kami bermain di HYPR Ground Pickleball, Tamarind Square, Cyberjaya. Tak taulah berapa bayarannya kerana semuanya anak-anak yang uruskan.

Kemain posing macam menang dapat tropi.

Yang sempat hadir.



Lepak makan lepas penat bermain.

Usai bermain kami balik ke rumah anak sulong di Cyberjaya untuk acara potong kek Father's Day pulak.


Simple yet sweet. 🥰

Happy Father's Day untuk ayah kepada anak-anak saya. 😍

Petangnya kami melawat anak saudara hubby di Kelang pulak. 

Bersama kakak dan anak-anak saudara hubby serta cucu-cucu saudara.

Alhamdulillah, selesai satu hari yang panjang. Moga-moga Allah berkati segala aktiviti kekeluargaan yang telah dijalankan. Aamiin.🌹

Sekian. 😊

Friday, 10 January 2025

Happy Birthday Nenek-58th

Hari lahir saya sepatutnya pada 6th of January (hari Isnin). Tapi tiba-tiba pulak anak-anak buat surprise jamuan pada hari Ahad, mengambil kira semua orang bercuti.  

Depa dah siap buat perancangan. Maka, Ummi (yang budiman ini) pun layankan sahaja dengan rasa sebak di dada. Lepas program makan-makan tengahari di rumah akan disambung dengan makan malam santai-santai di luar pulak. 

Dan bila anak-menantu-cucu berkumpul penuh rumah, rasa-rasa yang kurang enak sentiasa menyelinap masuk ke sanubari. Dah tua rupanya diriku ini. Adakah ini pertemuan terakhir... 😔

Belon & aksesori by anak no-2.

Jus & drinks by anak no-4.

Nasi Arab by anak no-3

Laksa Kelantan by puteri sulong.

Kek Tiramisu by puteri bongsu.

Sepatutnya nak abadikan family photo tapi dek keletihan saya tertidur hingga petang. Bila bangun, ada yang dah bergerak ke next destination. Apa-apa pun, kita abadikan jugak dengan apa yang ada. Yang penting saya suka pokok kemboja dan pokok pinang di halaman rindu ini.

Background pokok kemboja dengan anak no-2 dan menantu no-4.

Background pokok pinang.

Pukul 6:30 petang kami dah berkumpul di KLCC untuk lepak makan di food court. Pengunjung sangat ramai tapi kami dapat rezeki untuk berkumpul di meja panjang. 

Lepak depan tasik dulu sebelum dinner.

Full house @ Foodcourt KLCC.

Another full house.

Alhamdulillah, another year wiser. Mudah-mudahan Allah berkati usia yang berbaki ini dengan anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan Ummi depa yang terchenta ini. Aamiin.🌹

One for the memory.

Sekian. 😊

Singgah Nilai visit Cucu

Hari Khamis minggu lepas hubby ada kerja di Nilai. So sementara menunggu, kita curi masa jalan-jalan di AEON Mall Nilai sambil layan cucu.  ...