Saturday, 24 December 2022

Health check: Kolestrol masih tinggi.

Sejak dua menjak ni asyik rasa sesak nafas pulak. Terkadang rasa mengah walau takde buat apa-apa. Saya selalu check tekanan darah kat rumah dan bacaannya sentiasa cantik, sekitar 110/80 sahaja. Tapi untuk lebih ketenangan jomlah kita buat health check properly kat klinik.

So pada hari Selasa baru ni pepagi lagi selepas hubby pergi kerja saya terus ke klinik berdekatan. Yang penting, sebelum nak buat ujian darah tu jangan makan apa-apa. 


Untuk sample urine.

Depa bagi tempoh 2-3 hari untuk dapat result. 

By petang Khamis pihak klinik call untuk ambik result. Hari Jumaat pagi saya ke klinik lagi. 





Alhamdulillah bacaan dah turun dari 7 kepada 6.1

"Bacaan kolestrol ni masih tinggi... kita bagi ubatlah ye. Makan tiap malam sebelum tidur. Tapi akan ada side effect sikit. Esoknya mungkin akan sakit-sakit badan. Tapi biasanya takde masalah lain. Boleh je teruskan makan. Yang lain-lain semua cantik... gula okay, buah pinggang okay, liver okay..." Panjang lebar doktor bagi keterangan.

Stok ubat untuk sebulan.😊

Sungguh bagai dikata. Bangun pagi esoknya saya rasa sakit badan terutama di bahagian sendi. Tak pasti samada ianya hanya psychology ataupun saya memang betul-betul rasa sakit. Namun kita teruskan kehidupan hujung minggu seperti biasa... pergi jogging sambil menikmati ciptaan Allah di Taman Tasik Ampang hilir. Lepas tu sarapan nasi dagang Air Dingin yang didatangkan khas dari Tumpat, Kelantan.

Ikan segar dalam tasik.

Pagi yang nyaman.

Milo lori.

Nasi dagang marveles.

Apa-apa pun kita cuba ubat yang doktor bagi untuk sebulan. Walau makan ubat is not my kind of thing, kita cuba sahaja demi kemaslahatan diri. Lepas 6 bulan nanti akan buat check-up semula. Kalau dah okay, boleh stop ambik ubat. Kalau bacaan naik lagi kita ambik ubat lagi... gitulah selamanya. 

Sekian. Moga Allah mudahkan.😊

Friday, 23 December 2022

Malindo Air to KB, jalan-jalan cari makan.

Setiap kali balik Kelantan, agenda utama haruslah jalan-jalan cari makan. Walau apa pun alasan balik Kelantan, makan-makan sentiasa menjadi agenda nombor wahid.

Kali ini kami balik dalam keadaan sedikit tergesa-gesa. Sebaik sahaja menerima berita pemergian anak saudara yang agak rapat dengan kami, terus sahaja kami decide untuk balik berziarah. Arwah meninggal pada pagi hari Jumaat (25 November) tapi dek kekangan kerja kami hanya dapat balik pada hari Ahad (27 November).

“Takpelah kalau tak sempat tengok jenazah, at least kita balik jumpa keluarga arwah.” Gi nnawat kata orang kampung saya.

Oleh kerana last minute, banyak airlines dah fully booked. So kami ambik je mana-mana yang ada. Oleh kerana MAS dan AA dah penuh kita cuba Malindo Air pulak. Mula-mula cuak juga sebab kapal terbang kecik. Saya ni dah la mudah nak muntah kalau banyak bergoyang. Tapi kita cekalkan hati, berdoa yang baik-baik sahaja. Yang bestnya kami tak perlu ke KLIA sebab Malindo ni naik turun di Subang sahaja. Alhamdulillah perjalanan dari rumah ke Subang airport hanya mengambil masa 35 minit berbanding hampir satu jam kalau nak ke KLIA. Check-in laju dan laluan ke pintu pelepasan pun dekat, tak perlu berjalan jauh macam kat KLIA atau KLIA2. Flight pun on time.

Sebenarnya ini kali pertama saya masuk ke terminal Subang airport ni. Dulu ada sekali dua datang hantar dan pick-up anakanda balik kampung tapi tak sempat explore apa-apa. Tempat ni asalnya adalah Subang International Airport sebelum depa buat KLIA dan KLIA2. Lepas tu depa tukar nama jadi Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (sultan Selangor), namun lebih famous dengan nama Subang Airport/Skypark khas untuk domestik/local flights.

Walaupun flight kami pukul 1:30pm, kami turun dari rumah awal dan tiba sana dalam pukul 11:15 pagi. Kami parking di kawasan parking khas di seberang jalan kemudian naik lif ke jejambat untuk ke terminal. Agak kurang sesuai bagi mereka yang sukakan suasana sejuk berhawa dingin sebab semua tempat di sini open air kecuali dalam terminal. Nak naik flight pun kena keluar bangunan terminal, jalan kaki dan naik tangga ke pintu masuk kapal terbang. Agak panas dan bingit telinga dengan bunyi enjin kapal terbang.

Sebelum terbang kita pekena Rojak mamak @ Kapitan Kopitiam Subang Airport.

Suasana airport yang tenang.



Ruang untuk caj henfon.

Pintu pelepasan.

Kipas blade, sebelah je ngan tempat duduk... seram mak.🤭

Kami tiba di airport KB dalam pukul 2:30 petang, terus ambik kereta sewa dan sambung jalan-jalan cari makan.


Late lunch: Sayur lemak, ulam budu @ Nasi Ulam Cikgu.

Check in:  The Grand Renai, KB.


Minum petang: Colek campur kedai tepi sungai Kelantan, RM29.

Dinner: Nasi ngan ike bekok @ D' Klasik KB.

Complimentary... sup daging campur sayur.

Mee goreng mamak

Esoknya kami sarapan di hotel sahaja sebelum pergi berziarah saudara-mara yang masih ada.

First servings @ Cafe hotel.

Another serving sebelum beredar.

Usai berziarah kami balik hotel semula untuk check-out pada pukul 12 tengahari. Lepas check-out kami melawat kakak hubby yang tinggal di pondok Saidina Abu Bakar, Bachok. Ingatkan depa duduk dalam pondok macam kat pondok tradisional Pasir Tumbuh, tapi rupa-rupanya keadaannya dah upgraded ala-ala studio apartment. Konsepnya masih sama, ada masjid dan dewan belajar serta kemudahan lain seperti dobi dan tempat makan. Katanya, rezeki sangat mewah. Setiap hari ada sahaja orang hantar makanan.

Entrance ke asrama pondok.

Sambil bersembang dengan kakak hubby, kami keluar makan tengahari nasi dagang di kedai makan berhampiran pondok. Usai makan kami ke Kg China, melawat kakak sepupu hubby. Kali ini depa jamu nasi kuning ayam kurma. (Tiada gambar-gambar berkenaan makan-makan sebagai menghormati tuan rumah.. takut orang kata mengada-ngada pulak.😁). By pukul 5 petang dah tiba di airport KB untuk penerbangan pada pukul 6:30 petang dan tiba di Subang semula dalam pukul 7:30 malam. Sebelum pulang sempat lagi order Burger King habuan dinner balik nanti.

Sabar menanti order.

Cross over jejantas untuk ke tempat parking kereta.

Bayar parking fee RM78 untuk 34 jam. Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah dalam pukul 9 malam. Home sweet home.❤

PS: Lepas ni kita cuti naik penimbang selama dua minggu sehingga berat badan kembali normal.

Sekian.😊

Thursday, 22 December 2022

Happy 55th birthday to my other half.

Saya bukanlah a celebrating person. Jarang sangat saya menyambut apa-apa detik buat kenangan. Kalau ada pun secara kebetulan sahaja. Tapi kali ni dah alang-alang tinggal berdua, kita buatlah sesuatu untuk hiburkan hati sendiri. Maka pada suatu pagi yang indah saya keluar beli kek kengkonon nak buat surprise. Agak pelik jugak selepas lebih separuh abad baru dapat merasa makan kek berdua-duaan.😁




“Semua orang balik weekend ni... kita keluar dinner." Seperti biasa, walau jarang-jarang sangat kami dapat berkumpul tapi bila ada moment yang ingin dicipta, semua orang akan berusaha luangkan masa. Alhamdulillah di suatu malam yang hening kami menikmati rezeki di Ole-ole Bali, KL East.


Full house.🥰


New addition... baby Naayl 5 bulan. 


Yang tinggal akhirnya...

“Bila Amin dah nikah nanti, kena terimalah hakikat akhirnya kita tinggal dua orang je..." Begitulah, walau jarang benar orang sebelah saya tu buat apa-apa komen tentang rasa, saya yakin hubby merasai apa yang saya rasa dalam diam. Semoga dapat tua bersama dalam bahagia.

Sekian cerita pada 7hb Disember 2022.

Sunday, 11 December 2022

Tukar bateri jam je pun...

Dah beberapa hari jam kat rumah ni pakat mati. Bermula dengan jam di ruang tamu kemudian di dapur seterusnya di bilik atas. Dah macam terkena penyakit berjangkit pulak.

So hari ini pepagi lagi saya dah keluar beli bateri sambil beli sarapan semasa orang lain nyenyak sambung tidur lepas frust England kalah dengan Perancis (quarter final world cup @ Qatar) dini hari tadi. 😁

Jam ruang tamu

Jam di dapur.. done.

Ruang tamu.. done

Kat bilik atas... done.

Tangga hikmat sepanjang zaman.

Kita buang rasa gayat... panjat naik turun tangga ganti bateri sorang diri sambil-sambil exercise pagi. Lepas tu boleh get ready nak pi kenuri pulak. Moga hari ini lebih baik dari semalam.

Sekian cerita pagi ini.😊

Thursday, 8 December 2022

38th IIUM Convo… a step ahead.

Alhamdulillah selepas berhempas pulas selama lebih kurang dua tahun akhirnya terlaksana juga hajat anakanda untuk menggenggam segulung lagi ijazah. Tahniah juga buat isterinya yang terchenta, yang memberi sokongan padu sepanjang perjalanan menyelesaikan tugasan untuk mendapatkan Masters of Achitecture ini. 😊

Majlis convo ni berlangsung di dewan CAC, pada hari Ahad, 4hb Disember 2022, sesi pagi. Jadi seawal pukul 7:00 pagi anak menantu dah datang pick-up Ummi depa ni. (Hubby dan yang lain tak join masuk dewan, so depa boleh gerak lewat sikit). Kami drive thru McD for breakfast on the go. Parking kat UIAM agak sesak tapi dah namanya rezeki kami dapat parking di bangunan Engineering, belakang KAED dan dewan CAC. Sempat lagi berposing sambil bersedia untuk pakai jubah convo sebelum masuk dewan.

The proud Ummi.😊

Isteri yang sentiasa di sisi.

Selpiag satu sebelum masuk dewan.

Pukul 8:00 pagi dah kena masuk dewan. Depa bagi free seating di tingkat atas, so boleh pilih mana-mana tempat duduk yang kita suka untuk nampak kawasan pentas yang lebih jelas. Yang penting kami dapat duduk tepi (isle) supaya senang nak keluar in case emergency nak gi toilet. Jenuh jugak nak menunggu ketibaan VIP/VVIPs untuk majlis yang bakal bermula pukul 9:00 pagi.

Alhamdulillah semua berjalan lancar dan menepati masa. By pukul 11:00 pagi usai giliran anakanda menerima ijazah, kami keluar ke tandas dan terus keluar dewan sementara sesi selesai semuanya pada pukul 12:00 tengahari. Lepas tu baru berposing sakan sambil melawat tapak pameran hasil kerja students Masters of Achitecture di bangunan KAED.


Hasil kerja anakanda, kita tengok saja... buat-buat paham.


KAED


The proud ayah dan ummi.

The whole family missing ciksu.😔

Semoga kejayaan ini menjadi asbab kemenjadian seterusnya. Moga Allah bantu selamanya.🌹

Sekian cerita hujung minggu lepas.😊

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...