Wednesday, 16 March 2022

Santai hujung minggu: Pulse Grande, Putrajaya

"Weekend ni ada program lagi. Start hari Jumaat sampai Ahad... jom" 

Semenjak dua menjak ni rajin pulak depa ni buat program, mentang-mentanglah Covid-19 seakan dah sampai di penghujung musim dan tak lama lagi akan declare sebagai endamik. In a way saya rasa seronok jugak dengan keadaan sekarang... dah boleh bebas bergerak tapi masih dalam batasan. Orang kata macam layang-layang... walau boleh terbang tinggi tapi sentiasa ada tali yang menarik ke bawah supaya tidak lepas bebas di angkasa.

Jumaat 11 Mac 2022

Pada hari Jumaat yang mulia kami keluar dari rumah pada pukul 12:30 tengah hari selepas hubby habis  meeting online disebelah pagi. Sebelum tu sempatlah saya masak nasi lemak plus aksesori untuk makan tengahari dan buat bekal. Kami bajet tiba di Masjid Putra sebelum solat Jumaat. Lepas solat Jumaat boleh terus check-in, seterusnya hubby boleh terus join program yang bermula pada pukul 3:30 petang.

Kami tiba di Masjid Putra dalam pukul 1:15 tengah hari. Parking agak penuh tapi dah namanya rezeki, dapat juga parking tepi tasik Putrajaya, tidak jauh dari masjid. Sementara menunggu hubby solat Jumaat, saya duduk menunggu dalam kereta sambil buat apa yang patut. Yang pasti, haruslah ambik gambar banyak-banyak. Sebenarnya bukan saya seorang sahaja dok menunggu macam tu. Ada lagi beberapa kereta lain yang berpenghuni, sama-sama dok menunggu pasangan pi solat. 

Makcik masih belajar selpi.


Masjid Putra

Seperti yang dirancang, kami selesai urusan masuk bilik hotel dalam pukul 3:15 petang. Oleh kerana hubby terus join program hingga lewat petang membawa ke malam maka duduklah makcik dalam bilik hotel sorang-sorang. Apa lagi, kita enjoy the moment of comfort sebab bukan senang nak dapat me-time begini. Suasana hotel sangat tenang sebab terletak di atas bukit dan dikelilingi pokok-pokok besar. Hotelnya agak lama (asalnya hotel Shangri-La), tapi kita ambik dan nikmati yang positif sahaja. Yang paling penting, line internet sangat laju.

Rest area depan lif.

Bilik air agak luas, hot water yang memuaskan dan shower dengan air yang laju.

Bilik okay, ada sliding door boleh buka terus ke bilik air. Boleh nampak balam-balam melalui cermin sliding door tu kalau berendam dalam bath tub.

Laluan ke bilik hotel. Bilik kami di tingkat 4

Senja dari bilik hotel.

Sepanjang program, pihak penganjur program ada sediakan dinner, breakfast and lunch plus kudapan in between breaks... tapi untuk participants sahaja. So untuk kita yang hanya mengekor ni terpaksalah cari makan sendiri. By malam, hubby suruh saya order room service tapi sebab kengkonon on diet, rasa malas pulak nak beriya-iya. So saya cuma makan nasi lemak left over bekal tengah hari tadi.  

Bukak bekal untuk dinner.

Sabtu 12 Mac 2022

Esoknya, bila hubby dah mula program, saya keluar pi cari breakfast. Sebelum keluar haruslah kita google dahulu. Decision factor adalah tempat yang mudah parking. (serabut sikit nak cari parking bila kena bawa Accord) Akhirnya saya pilih gerai kat Precint 8. Beli nasi dagang, kuih dan air, take away makan kat bilik hotel.


Nasi dagang looked nice.

Usai sarapan, saya sambung me-time hingga Zohor. Lepas tu buat planning re-union dengan cikgu-cikgu pencen kat Bangi. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun dalam hujan lebat. Kami cuma duduk bersembang sambil update kehidupan. Banyak yang dah berubah sepanjang fasa Covid selama dua tahun. Yang penting ukhuwah masih terjalin walaupun jarang berjumpa.

Hujan rahmat


By pukul 5:15 petang saya tiba di hotel semula sebab dah janji dengan hubby untuk temankannya ambik angin tepi tasik sambil minum petang di kafe Lake Club Putrajaya. Oleh kerana datang berdua, maka terpaksalah makcik polish skill selpi. Jadilah seadanya... dan hubby pun pasrah je.



 Kopi 'O' kosong for him and apple juice for makcik.

Sementara tunggu makanan.

Done dinner

Ahad 13 Mac 2022

Pagi ini bermula lagi misi mencari sarapan. Kali ini saya buat breakfast date dengan anak dara dari Bangi. Sepatutnya keluar pukul 8:00 pagi tapi disebabkan masalah teknikal janji pukul 8:30 pagi jadi pukul 9:00 pagi. So sementara menunggu, kita lihat keindahan seni bina lobi hotel dulu.

Arca apa entah... bergantungan kat siling lobi hotel.



Makcik praktis selpi lagi.

Kami sarapan roti canai di restoran Line Clear kat Jalan Diplomat. Tak sempat pulak nak bergambar sebab asyik bersembang. Apa-apa pun, semua urusan berjalan lancar. Alhamdulillah.

With anak dara yang cuma boleh jumpa sekali sekala.

Program hubby habis pada pukul 11:30 pagi. By pukul 12 tengah hari kami dah selesai urusan check-out dan meneruskan perjalanan balik Ampang dan tiba di rumahku syurgaku dengan selamat. Alhamdulillah.

PS: Lepas ni kita fikir nak bersantai di mana pulak... Moga Allah mudahkan.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...