Thursday, 10 March 2022

Anak bujang: Majlis meminang dan bertunang.

Kata orang, sembunyikan pertunangan dan hebahkan pernikahan. Alhamdulillah setakat ini saya masih mengamalkan pesanan ini untuk ketiga-tiga anak yang telah berkahwin. Untuk majlis pertunangan anak-anak perempuan saya, kami hanya buat majlis kecil sahaja. Cukup dengan pihak sekeluarga lelaki datang meminang dan sarung cincin lepas tu makan-makan sambil berbincang tindakan selanjutnya. 

Untuk anak lelaki pulak, oleh kerana kami yang kena pergi meminang maka kami mengikut sahaja apa perancangan yang telah diatur oleh pihak perempuan sebagai tuan rumah. So kami buat persiapan mana yang perlu. Dan pada hari yang telah dipersetujui kami anak beranak datang sebagai rombongan membawa lima dulang hantaran untuk meminang. 

"Kita ikut je adat mana yang boleh..." Hubby memang sempoi... katanya dah siap nak berpantun. Kami tiada wakil. Hubby dengan yakinnya menjadi juru cakap untuk diri sendiri, meminang anak dara orang sebagai bakal memantu.

Kita-kita saja... 

"Ummi kena pakai cantik-cantik..." Puteri sulung saya yang dah selalu pergi majlis pertunangan sahabat handainya dah siap pesan awal-awal. Sungguh, seumur hidup saya belum pernah pergi ke mana-mana majlis pertunangan atau mengikut memana rombongan meminang. Peghak sungguh rasanya. 

Kami disambut dengan meriah. Tiba-tiba saya rasa cuak sebab nak kena naik pelamin sarungkan cincin untuk bakal menantu... tapi kita maintain cool sebab dah perasan cantik.  

Upacara sarung cincin

Dah selamat jadi menantu dan besan dah sekarang... Alhamdulillah.

Girls only... as always.

Majlis bertunang selamat diadakan pada bulan September 2020, majlis akad nikah pada bulan Februari 2021 dan majlis kenduri kahwin pada awal tahun 2022. Alhamdulillah semua majlis berjalan lancar.

"Kenapa Pak Abu asyik marry je?" Anak saudara pun dah confius bila tengok bapa saudaranya asyik buat majlis. Dari baby kecik sampai dah boleh berjalan tak habis-hsbis kisah Pak Abu getting married. Apa nak dikata. Kawen dalam musim Covid ni terpaksalah hadap majlis yang terpaksa ditunda-tunda. Apa-apa pun, semoga majlis yang telah berlangsung diberkati Allah dan semoga pasangan pengantin berbahagia hingga ke syurga.

Cerita persiapan majlis meminang di sini.

PS: Dah selamat nikah kawen semua baru boleh cerita tentang majlis pertunangan... Alhamdulillah selesai sudah tanggung jawab Ummi dan ayah terhadap anak bujang yang dah tak bujang lagi

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...