Wednesday, 23 February 2022

Wedding anak Kak Aini, Cyberjaya

Sejak banyak kelonggaran yang diberikan kerajaan, musim kahwin kembali meriah dan banyak undangan dapat dipenuhi. Terkini pada 18hb Februari 2022 baru-baru ini, kami menerima undangan daripada kakak hubby. Depa buat style makan malam di Royale Palace Skyview, Cyberjaya sempena pernikahan anak perempuan bongsunya. Kami diminta tiba dimajlis dalam pukul 8:00 malam bagi mengiringi pengantin untuk acara perarakan masuk.

"Umi nak gerak pukul berapa? Petang Jumaat ni... jalan jam." Bila dapat jemputan kenduri pada sebelah malam, memang kena buat planing betul-betul kerana perjalanan dari Ampang ke Cyberjaya mengambil masa hampir sejam.

 "Umi transit kat rumah Dayah dululah. Solat Maghrib lepas tu terus gerak ke tempat kenduri"

So kami turun dari rumah selepas Asar dalam  pukul 5.30 petang dan tiba di rumah Dayah di Putrajaya pada pukul 6.30 petang. Rumah mereka di tingkat 16. Sempatlah berborak dengan anak-menantu sebelum gerak ke Cyberjaya usai solat Maghrib. 

Langit senja dari tingkat 16.

Seperti yang dirancang kami tiba di destinasi kenduri dalam pukul 8:00 malam. Walaupun tempatnya agak tersorok (kurang jelas dek suasana gelap malam) kami selamat tiba dengan berpandukan google map. Kak Aini minta kami jadi wakil keluarga perempuan memandangkan hanya hubby lelaki yang paling tua dalam keluarga yang hadir. So kami di bawa ke meja VIP depan pelamin. Sebelum itu kami kena bersedia untuk acara mengiringi pengantin masuk ke dewan.

Apa-apa pun kita bergambar dulu.

Pelamin nan indah.


Menunggu ketibaan pengantin.

Pengantin sama cantik sama padan.

Setelah pengantin selamat duduk di pelamin depa buat acara salam restu bermula dengan ibu-bapa serta wakil pihak pengantin lelaki diikuti wakil dari pihak perempuan pula. Selepas kak Aini(ibu pengantin), saya dan hubby pula dijemput untuk naik ke pelamin bagi salam restu pengantin. Rasa awkward pun ada sebab saya tidak berapa rapat dengan anak saudara tu, jumpa pun jarang-jarang sekali tapi sebagai memenuhi adat dan hajat kakak ipar, kami teruskan jua.

Cenderahati usai salam restu pengantin.

Acara salam restu selesai dalam pukul 9.00 malam. Lepas tu baru kami kembali semula ke meja makan. Lauk-pauk semua dah tersedia di atas meja, tinggal hidang nasi sahaja.

Daging kerutub, ayam masak merah, acar buah dan dalca.

Sedap menunya.

Kuih buah tanjung dan kuih bentuk buah resepi Siam buat pencuci mulut.

Centre.. Kak Sah (kakak ipar Hubby) dengan anak-anaknya.

With Kak Aini, mother of the bride.

Doorgifts.., ferero rocher dalam bekas kaca.

By pukul 10 malam, kami mula minta diri untuk beredar tanpa sempat bergambar dengan pengantin. Kami terpaksa gerak awal memandangkan jarak perjalanan dari Cyberjaya ke Ampang yang bakal mengambil masa hampir sejam. Kesian pulak hubby nak drive malam-malam. Bila masuk je lebuh raya MEX, tiba-tiba pulak lampu minyak kereta berkelip-kelip menandakan minyak nak habis. So terpaksalah kami cari pertol-pump terdekat. Kita google sahaja dan waze menunjukkan petrol-pump terdekat adalah 9km melalui exit Serdang/Puchong. Maka berusahalah dua orang pencen mengisi minyak kereta dimalam buta. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kami tiba di rumah Ukay dalam pukul 11:30 malam. Saya terus tukar pakaian dan mandi sebagai langkah berjaga-jaga menghindari Covid-19. Tiba-tiba kepala terasa sakit dan tekak terasa kering. Saya ambil sebiji redoxon dengan segelas air sebelum tidur. Alhamdulillah by the time saya bangun keesokannya, tiada lagi kesan tidak enak dan badan pun kembali segar. 

PS: Tak sabar nak tunggu jemputan seterusnya.

Tuesday, 22 February 2022

KB with love: Day 3, Ziarah menziarahi

Seperti biasa kalau balik Kelantan tidak sah kalau tidak berziarah ke makam ayahanda dan bonda. Kedua-dua ibu-bapa hubby telah tiada... hanya pusara tempat kami berhubung kasih.  Biasanya kami akan keluar pepagi hari Jumaat. Mula-mula kami akan ke pusara bonda kemudiaan ke pusara ayahanda. Kedua-duanya terletak di Kampung Banggol, Kota Bharu. Seperti biasa juga apabila di pusara saya akan menikmati keindahan pohon kemboja. Tak tahu apa sebabnya, tapi pohon kemboja di pusara seakan memberi rasa tenang dalam jiwa saya. 

Pusara ayahanda.

Walau tanpa daun, pohon kemboja ini masih indah tersergam.


Usai urusan di kuburan kami singgah di warung Cik Yah, sepupu hubby yang berniaga nasi berlauk dan nasi dagang serta kuih-muih untuk sarapan. Nasi dagang Cik Yah, the best in town, sangat menepati citarasa saya. Saya tambah lagi dengan pulut pagi yang manis leting.

Pulut+kelapa manis.

Lepas sarapan kami berziarah ke rumah Kak Dah di Sungai Keladi, another sepupu hubby. Kak Dah dah pencen jadi masanya dipenuhi dengan menanam bunga-bungaan keliling rumah. Saya hanya mampu melihat sahaja sambil berangan diri ini rajin membelai pokok bunga sepertinya. Macam-macam jenis pokok bunga yang ada hingga tak sempat nak ambil gambar semuanya. So kita pilih apa yang sempat sahaja.

Orked.

Orked lagi

Balong ayam.

Keladi viral



Disebabkan asyik dengan bunga-bungaan hingga tak sedar kami harus tiba ke hotel semula sebelum pukul 12 tengahri untuk check-out. Alhamdulillah depa izinkan kami untuk check-out hingga pukul 1:00 tengahari. So sempat lah kami berkemas dan mandi sebelum keluar hotel. Oleh kerana masih ada masa sebelum pulangkan kereta sewa pada pukul 4:00 petang, kami lepak-lepak di Pantai Cahaya Bulan pula sambil makan colek untuk minum petang. 

Ikan celup tepung dan seafood.

Mihun sup siam.

Depa buat benteng di sepanjang pantai bagi menghalang hakisan, mematikan hajat saya untuk bermain di gigi air. Dah alang-alang sampai ke pantai kita ambik je gambar walaupun dari jauh.

Kemain makcik posing tengah panas.

Kami tiba di airport Kota Bharu dalam pukul 4.00 petang, pulangkan kereta sewa dan singgah mengeteh di balai pelepasan sementara menunggu waktu berlepas pada pukul 6.30 petang. 

Keadaan airport KB yang agak lengang.

Seperti biasa beg akan beranak bila balik dari Kelantan .

Alhamdulillah flight on schedule dan kami selamat mendarat di KLIA pada pukul 7.30 malam. Anakanda supir tiba untuk pick-up pada pukul 8.30 setelah bertarung dengan traffic jam dalam perjalanan di petang Jumaat. Alhamdulillah kami sampai di rumahku syurgaku dalam pukul 10 malam  dengan selamatnya.

Birthday cucu... Maysaa:9hb, Muniraa:10hb

Sejak bercucu ni setiap tahun berkali-kali kami makan kek. Bukan sahaja birthday cucu-cucu, masa birthday Tok Ayah ngan nenek pun depa pakat jamu kek. Jenuh la nenek menternak lemak dalam badan. 

"Makan je sikit-sikit buat ubat..." Biasanya begitulah. Cakap je sikit-sikit tapi dah namanya hantu kek, mana maunya ambik sikit-sikit. Kurang-kurang pun penuh piring.

Kali ini depa hidang kek untuk birthday cucu pulak. Kebetulan tarikh lahir dua orang cucu ni cuma selang sehari sahaja, maka depa buat sekaligus. Cik Da beli ice-cream cake yang sangat enak. Nenek pulak yang beriya habiskan. Katanya ini baru starter... lepas ni depa nak buat majlis makan bersama keluarga pulak.

Kek yummy untuk dikongsi bersama.

Oleh kerana tarikh lahir mereka jatuh pada hari bekerja, kami menunggu hujung minggu untuk buat majlis makan-makan bersama keluarga Tok dan Nenek. Depa decide untuk buat pada hari Sabtu, 12hb Februari. Memandangkan bilangan kes covid-19 (Omicron) makin meningkat maka semua orang dikehendaki buat swab test dahulu sebelum majlis. Saya siap beli test kit bertambun-tambun dari Farmasi. So, masing-masing pakat buat test (saliva sahaja) sebelum bertolak ke majlis. Komfem negative baru boleh join in.

Nenek punya.

Test result masing-masing, Alhamdulillah semua negatif.

Kami buat majlis kecil-kecilan dengan jemputan hanya dari kalangan kami anak-beranak dan keluarga besan. Majlis bermula pukul 12:00 tengahari hingga 2:00 petang sahaja dengan aktiviti potong kek, makan tengahari menu nasi Arab kambing panggang dan of course ambik gambar banyak-banyak sebagai kenangan.

Tema pink... as always.

All Barbies... padahal mummy yang suka.


Maysaa punya kek coklat... all barbies

The Barbie birthday girls.

Kek Muniraa... penuh dengan hiasan buah.

With Nenek and Tok Ayah

With Tok and Nenek

With To'ki, Tok, Nenek and Tok Ayah.

Full house I

Full house II

The Girls... missing Maysaa.

Nasi Arab Kambing dari Hadramawt Kitchen.

Dah penat dengan kek dan nasi Arab... dinner kita makan megi telur sahaja.

Setiap tahun budak-budak ni buat tema pink sahaja. Nenek cuma raikan kesukaan memasing. Almaklumlah lemari nenek pun penuh baju warna pink.😁

Monday, 21 February 2022

KB with love: Day 2, kenduri besan

Kami menginap di hotel Perdana untuk 3 hari 2 malam. Sejak tiba di Kota Bharu semalam kami dah habiskan masa dengan misi sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam yang dah dirancang dari rumah lagi. So untuk hari ini kami cuma bersarapan di hotel sahaja. Saya suka hidangan buffet sarapan di sini yang memenuhi citarasa saya.

"Asyik ambik benda sama je..." 

Benar... bubur nasi dan telur separuh masak dah jadi makanan ruji saya bila menginap di mana-mana hotel. Dia macam ala-ala starter. Kalau takde dua menu tu seakan tidak sah sarapan di hotel. Makanan lain adalah bonus.

Favourite menu, ever.

Fruits and potato salad+puding roti+laksam

Saya tak makan banyak sebab nak simpan ruang perut untuk kenduri tengahari nanti. Sebenarnya tujuan asal kami balik Kelantan ini adalah untuk memenuhi undangan pernikahan anak besan. Depa buat majlis di AAM Hotel, Bandar Kubang Kerian. Sambil-sambil tu haruslah jalan-jalan cari makan dan ziarah menziarahi saudara mara.  

Memandangkan Kelantan masih dalam fasa 3 Covid-19, semua aktiviti keramaian dan jamuan masih tidak dibenarkan. Tetamu hanya boleh datang secara berperingkat dalam masa yang ditetapkan dengan bilangan tetamu tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa. Kami diberi slot masa 12-1 tengahari. So by pukul 11:45 pagi kami dah bersiap untuk keluar.

Kemain makcik... kengkonon mirror selpi.

Bukan sahaja bilangan tetamu yang terhad, kami juga tidak dibenarkan makan minum secara berjamuan. Semua makanan dah siap dibungkus untuk tetamu bawa balik. Kami hanya datang sembang sepatah dua dan bergambar sahaja. Alhamdulillah masih terasa suasana meraikan pengantin baru walaupun dalam masa yang singkat. Sesungguhnya rakyat Kelantan yang saya kenal adalah sangat mematuhi undang-undang. Jadi moh ler kita memenuhi masa dengan bergambar sahaja... dan sentiasa pakai mask.

Selamat pengantin baru, Nabilah dan Hanif.



Dengan besan



Doorgifts

Selesai urusan kenduri kami ambik masa untuk berjumpa kenalan lama pulak. Kami bawa arah masing-masing. Hubby dengan geng sekolahnya dan saya pula dengan geng Gojezes (KB 84). Dah lama saya tidak bertemu mata dengan sahabat-sahabat ini. Kalau ada pun hanya hai-hai bye-bye dalam wassap group sahaja. Jadi bila ada peluang begini haruslah kita gunakan dengan sebaik mungkin. 

With Lia and Kam yang sentiasa ceria.

Hidangan penuh meja

Alhamdulillah pertemuan singkat tapi penuh bermakna. Lepas ni entah bila dapat bersua lagi. Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam peliharaan Allah. Aamiin.

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...