Wednesday, 12 June 2019

Roselle bercambah?

Sejak bulan posa baru ni saya dah jarang menilik pokok-pokok di halaman rinduku. Konon nak fokus pada ibadah khusus maka cukup hanya siram sahaja. Itupun sekali sekala terbabas juga. Bila tengok dedaun mula menguning baru kalut siram. Baja pun ke laut. 

Alhamdulillah saat pulang beraya baru ni hari asyik hujan sahaja. Pokok-pokok saya pandai jaga diri sendiri dan hidup subur dengan siraman air hujan. Yang peliknya pokok roselle saya menunjukkan fenomena luar biasa pulak. Tak pernah pulak saya tengok anak benih keluar dari kelopak bunga. Masa memula tengok tu nampak ada anak siput babi bertenggek kat batang pokok tu. Sukahati dia aje menyibuk kat pokok roselleku. Lepas dah buang semua siput babi tu baru perasan ada batang kecik-kecik ala-ala pokok taugeh keluar daripada kelopak bunga. Biasanya kelopak bunga tu akan berkembang mekar menjadi bunga. Gamaknya sebab hari asyik hujan maka kelopak tu tak sempat kembang dan benih dalam tu menjadi tua sendiri. Dengan siraman air hujan setiap hari maka ianya subur bercambah.

Cambah pokok keluar dari kelopak bunga.

Macam pokok taugeh pulak.

Pelik...

Kesian pulak tengok induk pokok tu, daun pun dah mula menguning seakan sarat menanggung beban anak-anaknya, maka saya pangkas semua kelopak bunga yang ada. Lepas tu bukak satu-satu. Nampak biji-biji benih penuh dalam kelopak bunga tu. Apa lagi, kita semai sahaja ke dalam pasu yang ada. Mudah-mudahan anak-anak pokok roselle tu mendapat nutrisi yang baik dan induknya dapat hidup subur semula.

Pokok roselle yang togel. Mudah-mudahan merimbun selepas ini.

Anak-anak benih dari kelopak bunga.

Siap berpasu. Moga menjadi pokok yang sihat.

Saya memang tak pandai sangat dalam bab penjagaan pokok. Baru nak berjinak-jinak dengan pokok yang boleh mengeluarkan hasil. Biasanya saya tanam pokok heavy duty je...


PS: Mudah-mudahan lepas ni boleh berkongsi jus roselle dengan rakan taulan pulak.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...