Thursday, 22 March 2018

Jalan-jalan Terengganu

"Cuti sekolah ni nak gi mana?"  
"Utara? Selatan? Timur?......"

Banyak lagi tempat-tempat menarik kat Malaysia ni yang belum kami explore. Kebetulan kali ni hubby juga ambik cuti khas nak bawa anak bini pi jalan-jalan maka saya dengan senang hati menjawab soalan cepu emas.

"Jom pi Terengganu....." 

Sebenarnya kami ada jemputan kenduri kahwin anak saudara hubby di Kelantan. Depa buat pada penghujung cuti sekolah. Bertemu jodoh dengan orang Terengganu maka majlis akad nikah dibuat di Terengganu pada awal cuti. Oleh kerana kami memang tak dapat hadir untuk kenduri di Kelantan maka seboleh mungkin kami usahakan untuk hadir majlis akad nikah di Terengganu. Ikut rombongan pengantin. Dah alang-alang nak pi kenduri maka haruslah terus bercuti untuk 3 malam.

Maka bermulalah sesi mencari penginapan di sana. Fokus adalah pantai yang cantik. Kami shortlist beberapa resort yang ada review pantai yang cantik. Sungguh..... musim cuti sekolah semua tempat memang fully booked. Maka terpaksalah berpuas hati dengan apa yang ada. Akhirnya kami putuskan untuk ke Sutera Beach Resort sahaja. Alhamdulillah masih ada bilik kosong, itupun yang ujung-ujung. Jenis Deluxe Garden View katanya. 

Pada hari yang ditetapkan maka bermulalah safar kami....

Day 1: Ahad 18 Mac
Kami gerak dari rumah dalam pukul 8.30 pagi. Setelah beberapa kali berpitstop untuk isi minyak dan isi perut kami selamat tiba di Sutera Beach Resort dalam pukul 3.30 petang. Terus check-in. Memang betul kami dapat bilik yang agak ujung tapi dekat dengan pantai. Takdela berbaloi sangat dengan bayaran RM280 sebilik untuk satu malam. Bilik dah rundown. Kami sewa 2 bilik. Dia macam rumah berkembar 4 pintu. Dua bilik di tingkat bawah dan dua bilik di tingkat atas.

"Takpelah...... we pay for the beach. Kita nak tido je. The rest of the day kita main-main kat pantai, pegi jala-jalan...." Hubby selalu je nak positifkan benda-benda. 
Suasana sekitar chalet. 

Lepas rehat sebentar kami terus jalan-jalan di pantai sebelum keluar jalan-jalan cari ICT-(ikan celup tepung). Hajat nak ke warung Pok Nong tapi punya la panjang orang beratur. Katanya ICT kat warung Pok Nong tu sangat famous dalam media sosial. Disebabkan malas nak beratur pepanjang maka kami cari je warung lain yang setara sebelum singgah dinner kat restoran berhampiran dengan kawasan resort tu.

Day 2: Isnin 19 Mac
Seperti biasa pepagi haruslah makan kat cafe. Breakfast inclusive haruslah jangan dipersiakan. Depa bagi free meal untuk 2 orang sebilik. Hubby malas nak makan so saya berdating ngan Nina sahaja. Biasanya kalau kat mana-mana hotel saya akan cari bubur nasi, my all time favourite. Tapi macam tak menarik pulak. Akhirnya saya cuma ambik nasi dagang ngan gulai ikan tongkol.
Nasi dagang Terengganu. (malangnya tak berapa kena dengan tekak saya....)

Lepas sarapan terus bersiap untuk majlis akad nikah. Dalam pukul 8.30 pagi kami gerak ke Masjid Haji Kadir Pasir Panjang. Dari resort jaraknya dalam 30km, ambik masa dalam setengah jam. Semua orang berkumpul di masjid dalam pukul 9.30 pagi. Majlis akad nikah pada pukul 10 pagi, so sempatlah beramah-mesra dengan saudara-mara dari Kelantan. Dah macam program reunion pulak. 
Alhamdulillah sah dengan sekali lafaz.

Depa buat akad nikah pada hari Isnin. (agak pelik jugak la bagi rakyat KL). Alasan sebab nak ambik berkat  sempena 1hb Rejab. Usai akad nikah dan bergambar kenangan kami bersiap untuk mengiring pengantin masuk bersantap. Rumah pengantin di sebelah masjid sahaja. Walaupun baru pukul 11 pagi tapi cuaca sangat panas. Maka bertabahlah semua orang dok beratur di tengah panas lit-lit.....
Tunggu queue dari pengatin perempuan.....
Semoga berbahagia hingga ke akhirnya.....

Usai majlis kami ambik peluang melawat sekitar bandar Kuala Terengganu. Singgah sebentar di Pasar Payang Kuala Terengganu. Manusia agak ramai dengan jalan yang agak sesak dengan bas-bas pelancung, ditambah pulak dengan cuaca yang sangat panas takleh nak bawa berbincang maka lawatan ke Pasar Payang tidak meninggalkan momen positif. Saya hanya melihat-lihat dan ambik mood suasana pasar sahaja. Lepas tu terus ke Losong mencari keropok lekor. Alhamdulillah keropok lekor tidak menghampakan, sangat sedap.....

Disebabkan semalam tak sempat nak makan di warung Pok Nong maka hari ni sekali lagi kami mencuba nasib. Walaupun waktu operasi bermula jam 3.30 petang, orang ramai dah mula menunggu sejak pukul berapa pun tak tahu. Kami tiba jam 3.38 petang warung dah penuh sesak, barisan beratur pun dah panjang. Sambil menunggu Marwan beratur penuh sabar, kami duduk-duduk sambil menikmati deruan angin pantai. 

Makcik baru belajar selpi.....

Lebih sejam menunggu, akhirnya ICT ada di depan mata. Malangnya juadah tidak seperti yang di harapkan. Tekak saya lebih selesa dengan juadah semalam walaupun hanya di warung biasa. Entah lah. Lain orang lain seleranya. ICT yang berlambak tu kami bungkus bawa balik KL untuk makanan kucing. Rezeki sama dikongsi. Malam tu kami dinner ala carte di kafe resort sahaja. Hmmm..... masih tak kena dengan selera. Apa ntah masalahnya. Sabo jelah.....

Day 3: Selasa 20 Mac
Hari ni kami bersantai-santai sahaja. Awal pagi kami berjogging sambil menyusur pantai sebelum matahari naik. Nama je berjogging tapi lebih kepada mengorek-ngorek pasir dengan kaki. Ala-ala treatment untuk kulit kasar gitu.
Teruja dengan fenomena sunrise.....
Berjogging..... katanya.

Kata orang jika ke Terengganu haruslah melawat Taman Tamadun Islam. Maka setelah puas mengorek-ngorek pasir kami pun bersiap ke destinasi seterusnya.


Setelah puas melawat taman Tamadun Islam kami menuju ke Masjid Kristal. Saya hanya meninjau dari luar sahaja. Cuaca sangat panas so saya tangguhkan dulu hajat ke sini. Insya Allah suatu masa nanti kami akan ke sini lagi.
Masjid Kristal.... dapat tengok dari jauh sahaja pun jadilah.

Disebabkan cuaca sangat panas kami terus pulang ke hotel untuk berehat. Kesian pulak tengok cucuku berpeluh-peluh basah. Sementara atok nenek dok berehat depa pi mandi kolam. Semasa anak-anak kecik dulu rajin je saya dok tercongok tepi kolam. Kadang-kadang masuk bekubang sekali. La ni semua benda dah malas.....hmm.

Untuk malam terakhir tu kami pi keluar cari dinner di kawasan Merang sahaja. Hubby nak simpan tenaga untuk drive balik KL esoknya. So kami berpuas hati dengan seafood dan ikan bakar berempah di restauran apa nama ntah. Lupa pulak nak bergambar.
Cheat day makcik tibai 3 layer tea. Habis ke laut dietku..

Day 4: Rabu 21 Mac
Hari ni hari terakhir kami di sini. Seperti biasa, kita sarapan dulu. Alhamdulillah rezeki hari ni sungguh menyelerakan. Mungkin selepas beberapa hari di bumi Terengganu lidah saya dah mula boleh adapt dengan rasa tempatan. 

Sedap pulak mee goreng ni.....

Sebelum bertolak balik sempat lagi melawat kawasan. Cuaca masih sangat panas dan terik. Baru perasan rupa-rupanya hari ni adalah equinox musim bunga (spring equinox). Patut la rasa panas semacam.

Love the scenery.....


PS: Mudah-mudahan Allah izinkan kami ke sini lagi.....

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...