Saturday, 24 March 2018

Jalan jalan Terengganu: Taman Tamadun Islam

Antara wishlist saya ialah melawat Taman Tamadun Islam di Terengganu. Ia bukan tentang warisan sejarah Terengganu tapi mengenai warisan momumen sejarah Islam. Depa buat replika masjid yang famous dari serata dunia. Alhamdulillah pada cuti sekolah baru ni tertunai sudah hajat di hati.

Taman ni open space maka haruslah bertabah mengharungi cuaca panas terik. Masa kami tiba suasana masih lengang sebab masih awal. Kalau ikutkan waktu operasi pada hari Jumaat dan hujung  minggu serta cuti sekolah dan cuti am ialah pada pukul 9 pagi hingga 7 petang. Sepatutnya tutup pada hari Selasa, tapi hari kami pi tu depa buka sebab waktu cuti sekolah. 

Ada beberapa pakej lawatan bergantung kepada minat memasing. Memandangkan saya cuma nak tengok monumen maka kami ambik pakej lawatan ke monumen sahaja dengan harga RM22.90 seorang. Boleh spend masa selama mana kita suka hingga pagar tutup. Depa bagi voucer RM2 untuk beli cenderahati dan voucer RM2 untuk makanan di Restauran B'beteng setiap orang.
Passport (tiket) masuk.
Zone A tu free of charge. Bayar untuk zone B sahaja.

Kawasan taman monumen tu agak luas. Kalau zaman anak dara dulu mungkin saya dengan senang hati jalan kaki pusing taman. Tapi sekarang ni dengan jasad yang mula mengembang dan kudrat pun dah ujung-ujung maka kita jimatkan tenaga untuk perkara yang lebih bermanafaat. Ditambah pulak dengan faktor cuaca yang panas terik memang tak mampu nak berjalan kaki meredah kawasan taman itu maka terpaksalah kami sewa buggy yang agak selesa. Boleh muat enam orang dengan driver. Cukup untuk kami sekeluarga. Harga RM65 untuk satu jam.

Depa ada 23 monumen tapi saya tak larat nak pi tilik satu-satu. Kami hanya mengikut program perjalanan yang telah ditetapkan. Depa buat satu pusingan dengan 3 tempat hentian, Taj Mahal, Masjidil Haram dan Dome of The Rock (Qubbah as Sakhrah). Di setiap hentian tu ada dewan tayangan dan ruang pameran. Sayangnya kebanyakan bahagian ruang pameran tu dah agak run down, berbau hapak dan bocor. 

Hentian pertama ialah monumen Taj Mahal. Boleh masuk melawat dari dekat. Mula-mula kami tengok tayangan. Depa cerita agak detail tentang sejarah pembinaan Taj Mahal yang sebenar. Katanya setiap inci bangunan Taj Mahal diukir oleh beribu-ribu pengukir menggunakan tangan. Yang sadisnya apabila selesai pembinaan setiap ahli ukir itu akan dipotong tangannya bagi mengelakkan ukiran diciplak. Agak kejam di situ..... Kemudian kami ke bilik pameran. Banyak jugak bahan pameran depa sediakan. Tapi tak ambik gambar sebab masih terkedu tentang cerita potong tangan tadi... 😢Seterusnya kami naik ke tingkat atas menikmati keindahan replika monumen. Katanya semua ukiran replika tu adalah hasil ukiran orang tempatan. 

Ambik mood kisah cinta Shah Jahan dengan Mumtaz Mahal


Dari tingkat atas bangunan Taj Mahal tu nampak pandangan sebahagian taman dengan jelas. Sempat berangan sampai ke Baitul Maqdis. Walaupun takde Masjid al Aqsa dapat tengok Masjid Kubah Batu  (Dome of The Rock) pun jadilah. Mudah-mudahan saya berkesempatan menjejakkan kaki ke sana. 

Dome of The Rock.

Dome of The Rock di belakang Masjid Badshahi Pakistan.

Tak banyak sangat yang depa tayangkan tentang Masjid al Aqsa. Banyak cerita tentang batu yang nak mengikut nabi naik ke langit semasa Isra' Mikraj. 
Pakaian orang Palestin

Batu-batuan di bumi Palestin

Keratan rentas Dome of The Rock. Batu tu terletak di tengah-tengah kubah. Tergantung sikit muat untuk orang bersolat di bawahnya.

Boleh pulak pi duduk atas batu tergantung tu :)

Dari atas monumen tu boleh nampak pemandangan sekitar Sungai Terengganu. Cantik!
Batu-batu kecil depa cat warna merah, hijau, biru. Berlonggok nak buat apa tah...

Great Mosque of Samara. Saya suka tengok binaannya macam kek bertingkat. Memang unik.

Masjid Suleyman, Turki.

Semasa di hentian Masjidil Haram, cuaca teramat panas. Alhamdulillah kami dah lihat yang ori, jadi tidak lah excited sangat dengan yang replika. Kami hanya melihat tayangan dan berlegar di ruang pameran sahaja. Agak menyedihkan ruang pamerannya yang bocor seakan tidak terjaga. 
Replika kain Ka'abah

Hmm.....

Disebabkan panas yang sangat terik, seterusnya kami hanya melihat monumen lain dari atas buggy sahaja. Sambil akak driver tu memberi penerangan tentang sejarah pembinaan setiap monumen itu.
Mausoleum of Abu Nasr Parsa, Afghanistan

Kalyan Minaret, Uzbekistan

Kul Syarif Mosque, Rusia.

Sebenarnya ada 23 monumen semuanya. Tapi saya hanya fokus pada yang saya minat sahaja. Ada beberapa monumen yang sedang dibaik pulih. Sedih pulak tengok keadaan taman seakan kurang penjagaan. Apa-apa pun, saya berpuas hati dengan pengalaman ini walaupun subjek sejarah tiada di hatiku. Seterusnya kami pi jamu selera di restauran B'beteng. Dapat voucer RM10 untuk 5 orang. Boleh pilih samada nak makan mee sup, mihun sup, kuetiew sup ataupun nasi dagang ikan tongkol. Air kena bayar sendiri. Nak makan lebih pun bayar sendiri.....

Cendera hati bayar sendiri.....


PS: Jauh berjalan luas pemandangan. Mudah-mudahan ada rezeki boleh pi melawat tempat yang real pulak.....


No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...