Monday, 12 February 2018

Servis kereta

Servis kereta Honda ni dah lama overdue. Sepatutnya kena buat servis samada setiap enam bulan sekali ataupun setiap 10000km, mana-mana datang dulu. Tapi sebab kereta tu asyik ulang-alik Nilai-Ampang-Nilai-Ampang menyebabkan  mileagenya agak tinggi dan purata servisnya adalah 3 bulan sekali. Kalau ada masa hubby kena bertugas luar kawasan lagi la mencanak-canak naik mileagenya. Kesian pulak tengok kereta tu macam dah tua sebelum usia. 

"Pandai ke awak nak servis kereta ni..... sapa nak ambik? Lama nak menunggu.......bla bla bla....." Haha.... macam la saya tak pernah pi servis kereta sebelum ni. Padahal kereta Unser tu, saya  la tukang pi servis. Ulang-alik Toyota Selayang Service Centre. Service. maintenace, repair, tukar tayar dan sebagainya dari mula beli hingga dah nak masuk usianya 15 tahun. Alhamdulillah masih utuh dalam belaian kasih-sayangku. Angkut anak-anak pi sekolah daripada lima orang hingga tinggal sorang. Sungguh..... Unser itu sangat banyak berjasa.💝

"Ala.... umi ada banyak bahan bacaan. Boleh je isi masa menunggu. Bukannya ada keje apa pun....." Peluang ber me-time sebenarnya. Konon selama ni saya asyik sibuk memanjang takde masa nak membaca santai-santai.

Alhamdulillah saya dah buat booking awal sebelum servis. Memang standard Honda, untuk booking servis semasa hari bekerja kena buat sekurang-kurangnya dua hari sebelum. Kalau nak buat servis hujung minggu kena buat booking sekurang-kurangnya seminggu sebelum.

So hari Rabu hari tu saya confident je bawa kereta sensorang. Cuak jugak mulanya, macam tak kena je situasiku. Maklum la kita ni dah makcik-makcik, comel pulak tu,  bawa keta gedabak pi servis. Orang tengok pun macam tak percaya. :D

Alhamdulillah staf depa semua friendly. You just need to be confident. Insya Allah everything else will go smoothly. Lepas dapat parking, terus je pergi ke kaunter registration. Bagi nombor plat kereta  kita. Depa akan bagi nombor giliran. Lepas tu tunggu je kat ruang menunggu hingga nombor kita dipanggil. Tak lama pun. Dalam lima minit je. Depa akan semak dalam komputer tentang service history dan komfemkan kos. Ada beberapa dokumen yang kita kena tanda tangan sebelum kita serahkan kunci kereta. Lepas tu depa akan pi cek kereta dalam dan luar secara fizikal. Segala cela dan calar-balar yang ada kat body kereta  depa tanda dalam satu borang untuk kita tanda tangan sekali lagi. Lepas tu baru tunggu giliran untuk kereta tu masuk tempat servis. Alhamdulillah nampak sungguh efficient. Saya tiba jam 9.45 pagi, serah kunci jam 10.00 pagi, pukul 10.15 pagi kereta dah masuk servis. 

"Hari ni ramai pekerja Kak. Kereta akak takde masalah, Insya Allah sekejap je boleh siap...."

Alhamdulillah janji dikota. Saya hanya sempat menghabiskan secawan teh tarik dan membaca dua buah majalah sementara menunggu di sana. Sempat la berangan dan cuci mata dengan Majalah Impiana serta muhasabah diri dengan majalah Keluarga edisi Januari-Februari 2018. Rupa-rupanya dah lama saya tak beli majalah.

Honda sangat telus. Kita boleh semak jumlah kos mengikut mileage servis kereta kita secara online sebelum pergi ke service centre. Saya buat servis untuk 150000km. Semakan secara online menunjukan harga RM522.73 dan memang betul depa caj sebanyak itu. Kalau ada apa-apa kerosakan lain, depa akan bincang ngan kita dulu samada setuju atau tidak dengan apa-apa cadangan yang depa bagi.  Alhamdulillah setakat ni servis kereta saya tip-top. :)

Setelah selesai servis, nak kena basuh pulak. Tetiba pulak nampak kereta tu tak mencapai standard kebersihan saya. Selama ni tak perati pun kereta tu kotor ke bersih. Semuanya hubby yang setelkan. Setiap kali naik kereta saya hanya jadi ma'am.....
Tenang je duduk kat sini.

Alhamdulillah program bersama kereta berjalan lancar. Sangat berbaloi buat servis di sini berbanding kekalutan di KL. Peace of mind. Jimat masa dan tenaga. Harga cuci kereta pun murah sahaja. Di sini cuma RM10 berbanding RM15 di KL. Sementara menunggu kereta dicuci saya pekena megi goreng mamak kat seberang jalan. (Slowly gainning confidence of being alone.....)


PS: Maintain kereta macam maintain iman, or rather maintain iman macam maintain kereta..... hmm.


Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...