Wednesday, 10 January 2018

Makcik pencen..... the beginning.

Dah masuk minggu kedua kami berkampung di Nilai. Alhamdulillah setakat ini semua perancangan berjalan lancar. Kami mula angkat barang pada pagi Selasa buka sekolah 2018. Awal pagi sebelum subuh dah gerak dari Ampang. Singgah subuh di RnR Nilai, lepas tu terus hantar Nina pi sekolah. Perasaan saya? Of course laaa..... cuak giler. Dah lama tak biarkan anak-anak pi sekolah sorang diri. Biasanya saya sentiasa ada di sisi. Anak-anak boleh masuk je bilik guru anytime kalau nak jumpa Umi. Tapi bak kata hubby, sampai bila kita nak berkepit dengan depa. Sampai masa nanti tinggal kami berdua sahaja. Nasib tak baik duduk le sensorang mengenang nasib diri....

Hari Sabtu sebelum tu dah pi daftar sekolah. Sekolah buat hari orientasi pelajar baru. So sempat la kami meneroka dan melawat kawasan. Alhamdulillah saya suka aura yang ada di sekolah itu. Satu pembaharuan untuk Nina. Sekolah baru dengan suasana baru serta rakan-rakan saingan yang baru. Mudah-mudahan semua itu memberi erti baru dalam fasa hidupnya.
Macam-macam warna baju .....
Peneman setia Umi.

"Iman otw datang Nilai ....." Sungguh-sungguh Iman ngan Marwan datang all the way dari Kajang sebab nak hantar adik masuk sekolah baru. Semua orang semangat nak bagi sokongan moral pada baby bongsu tu. 
Mekca pun excited hantar Ciksu.....
Meeting new friends

Selesai urusan suai-kenal kami pi jalan-jalan sekitar Messamall. Kebetulan bawa adik ipar Dayah sekali so boleh la melawat kawasan.


Sebenarnya rumah kat Nilai belum ada apa-apa renovation lagi. Masa mula-mula masuk hari tu kami hanya beli katil, almari, kerusi sofa dan meja makan serta TV. Sekarang ni baru nak mula upgrade sikit-sikit. So untuk sementara ni kami hanya makan luar. Kalau nak homecook kami guna yang instant sahaja. Dapur pun takde lagi. Mengimbau kenangan masa remaja pulak. Zaman  duduk berdua memula nikah dahulu. Cuma sekarang ni ada sorang baby besar gajah tu.

Disebabkan hubby suka makan menu air tangan saya maka kami beli lah satu dapur elektrik, induction cooker. Saya ni mana la reti nak guna peralatan cecanggih macam tu. Bercinta nak start masak. First time guna dah hangit segala benda. Dah macam budak baru belajar masak gayanya. Nasib baik masak nasi pakai rice cooker. Adeh!....
Malasnya nak baca arahan.

Nak tekan butang mana pun gagau.....

Penyelamat keadaan.

So lepas ni nak kena pi cari tukang pasang kabinet dapur, pasang unify dan lain-lain yang dirasakan perlu. Pasang apa yang perlu sahaja. After all ini hanyalah rumah sementara, so tak perlu nak renovate beriya-iya. Kalau umur panjang, at the end of the day nak balik pencen kat rumah Ampang juga. 

Setakat ni saya akan cari jalan untuk balik Ampang during midweek. Sekali pun cukup. Kesian kat pokok-pokok tanaman dan anak-anak kucing yang ditinggalkan. Semalam kebetulan hubby ada meeting kat PJ. Maka saya dengan rela hati jadi peneman setia. Lepas hantar Nina pi sekolah kami terus ke PJ. Berhenti kat RnR Nilai untuk sarapan. Sampai PJ agak lambat sebab jalan jam. Sepatutnya perjalanan hanya ambik masa 1 jam sahaja tapi makan 2 jam. Alhamdulillah meeting hubby mula pukul 10 pagi jadi sempatlah nak bernafas sebentar. Lepas drop hubby saya terus balik Ampang melepas rindu pada bunga-bunga dan anak-anak kucing comel tu. 
Baby kucen belum bernama....

Bunga mekar sepanjang peninggalanku.

Alhamdulillah semuanya masih dalam keadaan selamat. Dalam pukul 12.15 tengahari saya gerak semula ke PJ untuk pick up hubby. Balik semula ke Nilai sebab hubby kena jaga students exam pukul 2.30 petang. Saya balik rumah untuk rehat sekejap. Pukul 4.30 petang keluar semula gi ambik Nina kat sekolah, kemudian pusing balik USIM untuk ambik hubby. Lepas tu kami terus keluar pi dinner dan balik rumah sebelum pukul 7 malam. Such a hectic day. Sehari dalam hidup seorang supir.... :) Alhamdulillah tak perlu memasak. Mudah-mudahan skill memasak saya tidak hilang ditelan masa.


PS: Pension life is not so bad after all. Well, may be not yet.... :)




No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...