Friday, 19 January 2018

Melaka, Melaka lagi.....

Hari tu teman hubby lagi. Kami pergi berdua sahaja. Nina tinggal rumah ngan Dayah dan Umair. Program hubby kat Melaka je, perjalanan pun lebih kurang dua jam sahaja so takde lah penat mana.. Depa buat kat Hotel Novotel, dekat je dengan bandar Melaka. Masa hubby berprogram, saya tak pi mana-mana pun sebab malas nak berjalan sensorang.  Duduk je kat bilik hotel berehat cara orang tua. Lepak-lepak sambil membaca, berfikir, tengok TV..... golek-golek, tidor......zzz. Teringin juga nak turun berenang bila nampak swimming pool dari bilik hotel ni. Tapi segan pulak. Depa buat swimming pool open air macam tu, semua orang boleh tengok. Kang terkejut pulak orang tengok makcik dok tergedik-gedik dalam air sorang-sorang. Kalau teman cucu tu lain cerita.
Swimming pool melambai tenang di awal pagi.

Hubby selesai program sesi 1 dalam pukul 6.00 petang. So kami keluar pi ambik angin petang sekitar Dataran Pahlawan. Setiap kali datang Melaka, kami pasti akan luangkan masa di sini. Hubby suka bercerita tentang sejarah Melaka. Kat mana pun kami pergi, ada je bahan sejarah yang dia nak cerita. Dah banyak kisah sejarah yang saya dengar, satu pun tak lekat dalam memori saya. Buta sejarah sejak azali diriku ini. Sejak asyik kena denda dengan cikgu sejarah kat sekolah dulu-dulu terus padam semua kisah sejarah dalam batu jemala ini.

Cuaca agak mendung akhir-akhir ni so pemandangan sekitar Dataran Pahlawanpun agak terbatas. Tapi saya suka tengok batang hiasan sepanjang dataran tu. Gaya antena komunikasi ngan makhluk asing. Dalam cuaca mendung begitu lagi la nampak real. (Pengaruh cerita sains fiksyen nih....)


Dah puas sedut angin petang kami pi cari dinner sambil jalan-jalan sekitar Hatten Hotel. Dia attacthed dengan shopping mall. Banyak ruang kedai yang masih kosong. Tak pasti pulak samada belum disewakan atau memang tiada penyewa. Yang pasti kebanyakan ruang kedai tu nampak kosong je.

Lepas dinner saya tapau megi goreng untuk supper. Malam tu hubby ada program sesi kedua, so bolehla saya meneruskan sesi duduk sensorang sambil menambahkan lemak di badan serta proses pengembangan abdomen.

Pertama kali masuk hotel yang ada bilik air lutsinar. Sangat sesuai untuk mood honeymoon. Kalau nak masuk bilik air tekan je button up/down untuk turun atau naikkan bidai. Udah bercucu ni takde la pulak tergamak nak menggunakan segala kelengkapan lutsinar itu. Sebelum masuk bilik air lagi saya dah turunkan bidai..... :D

Kami stay satu malam sahaja. Masa nak check-in hari tu depa suruh tukar tiket parking. Bayar deposit RM30 tunai, boleh keluar masuk parking anytime tak kisah berapa kali. Bila nak check-out, serahkan balik kad tu, nanti depa bagi balik deposit penuh RM30. Kiranya macam parking free jelah, complimentary daripada pihak hotel. Rasanya parking tu terbuka untuk orang awam juga sebab tu depa buat sistem camtu.

Dah alang-alang sampai Melaka, esoknya tu lepas check-out kami terus lajak pi Tangkak ziarah Amin kat hostel.

"Nak belanja Amin sebab dapat result bagus baru ni....." Hubby memang selalu ingat kat anak-anak, in his own way.


[Cerita Melaka 28-29 Disember 2017]

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...