Monday, 25 September 2017

Mee Bandung Tangkak....

Semalam kami ke Tangkak lagi. Hantar Amin balik bercuti. Biasanya dia akan ambik bas dari Tangkak ke TBS. Lepas tu naik komuter ke KL Central. Seterusnya naik LRT, tukar di Masjid Jamek sebelum terus ke Sri Rampai. Setiap kali saya akan pick-up kat LRT Sri Rampai sahaja. Pernah sekali pi ambik kat TBS tapi lepas tu sumpah tak mau pi dah. Bayangkan nak ke sana sahaja terpaksa mengharung jam di MMR2 selama sejam lebih lepas tu another sejam lebih untuk patah balik pulak. Memang tobat la tak mau buat dah. 

Alhamdulillah dia dapat forward cuti Awal Muharram yang jatuh pada hari Jumaat baru ni ke hari Ahad. So dapatlah kami cuti bersama-sama selama 3 hari. Tak perlulah kami nak kalut-kalut kena pi hantar dia pada hari Sabtu. (Johor sekolah hari Ahad). Awal pagi Ahad baru kami bertolak ke Tangkak. Jalan sangat lengang. Alhamdulillah kami tiba di Tangkak dalam masa 2 jam sahaja. Apa lagi terus saja ke warung Mee Bandung Muar di stesen bas Tangkak. Kami memang tak lepas peluang pekena Mee Bandung Muar yang depa kata femes tu. Setiap kali pi Tangkak mesti beli Mee Bandung. Kalau tak sempat makan kami akan bungkus bawa balik KL.
Yummy.....
Pertama kali makan keladi goreng ngan sambal kicap. 

Setakat ni dah jadi rutin apabila Amin balik cuti hubby akan drive hantar balik ke Tangkak. Kesian katanya kalau Amin kena naik bas lagi. Biarlah balik naik bas dan pergi semula naik kereta. . Kalau ikutkan saya biar je Amin independent naik bas sendiri pergi dan balik. Untungla ada ayah penyayang. Layan jelah sampai tamat tempoh tahun depan. Bak kata Ein....."Layan je lah umi. bukannya susah pun..."


PS: Another one spreading his wings..... Moga Allah redha.


No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...