Wednesday, 19 July 2017

Persiapan Nikah Kawen.....

"Kak Masniah nampak cool je. Macam bukan mak pengantin..." Antara komen positif yang saya terima dari sahabat guru. Sungguh, mak pengantin haruslah maintain cool. Kalau gambra habislah rosak semua planning. Paling penting, kena banyakkan doa, solat hajat dan tahajud disamping persiapan material, fizikal dan mental.

"Kita buat akad nikah di rumah, kenduri kat dewan. Pagi akad nikah. Kenduri tengahari ....." cadangan ringkas daripada hubby saya sambut dengan penuh redha. Yang penting hubby sediakan bajet secukupnya, yang lain saya setel. 

Setelah kedua belah pihak setuju dengan tarikh yang sesuai, bermulalah pencarian dewan yang sesuai dengan konsep kenduri yang kami nak. Bulan Julai nak kenduri, bulan Mac baru nak mencari dewan. Konon tunggu cuti pertengahan semester sebab mak pengantin kan karier woman. Tunggu cuti sekolah baru boleh fikir benda lain. Orang lain dah siap-siap booking dewan setahun sebelum majlis. Paling kurang pun 6 bulan sebelum. Dek kerana kerja last minute so terpaksalah akur dengan apa yang ada. Hasil carian dari google dan pengalaman sebelum ini kami  senarai pendekkan beberapa dewan dengan pro and cons.
  • Masjid Wilayah Jalan Duta: saya suka sebab dah selesa dengan ambience sebelum ni tapi hubby tak setuju sebab dah buat masa kawen Iman
  • Masjid Salahudin Taman Melati : Kami setuju tapi takleh booking pulak sebab depa tengah buat renovation
  • LJT Taman Melawati: Saya suka tapi hubby nasihat takyah lah nak glamer sangat.....hmm nasib baik time tu fully booked.
  • Dewan Zabedah UIAM: Ok set. Sudah takdir rezeki kami di sini agaknya.
Masa booking Dewan Zabedah tu saya terus buat bayaran penuh. Terkejut brother yang incharge tu. "Biasanya orang bayar deposit je kak.. Full payment 2 minggu sebelum program". Takpe lah dik. malas hakak nak ulang pi UIA banyak kali.

Lepas setel bab booking dewan saya sibuk cari katering pulak. Alhamdulillah dengan pengalaman sebelum ini proses mencari katering agak mudah. Dengan bajet yang ada saya dapat katering yang sangat memahami dan senang diajak berbincang. Haruslah depa akan ikut cakap kita dengan caj yang kita sanggup bayar. Pakej termasuk persiapan dan peralatan lengkap jamuan di dewan dan set persalinan pengantin beserta make-up. Tapi saya tak ambik set baju pengantin serta make-up tu. Saya ganti dengan mini pelamin di rumah untuk majlis akad nikah. Baju pengantin haruslah saya yang akan jahit sendiri. Bangga melihat anak daraku berbaju gaun hasil tangan sendiri dihari bahagianya....:)

Selesai bab booking dewan dan booking katering barulah tempah kad jemputan, fikir pasal doorgift, dulang hantaran dan serba-serbi berkaitan hari nikah dan kenduri pulak. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kami manafaatkan cuti Eidul Fitri selama seminggu baru ni untuk persiapan akhir. Kebetulan nak sambut Syawal maka kami kemas rumah terus untuk persiapan nikah sekali. 
Adik penyayang in action...
Cat sikit-sikit pada dinding porch yang dah berkulat.
(Kemain gaya mak tiri....)

Untuk dulang hantaran saya cuma kitar semula daripada majlis sebelum ni. Boleh berjimat di situ. Saya hantar untuk gubahan di kedai bunga Greenwood. Upah gubah depa ambik RM25 untuk setiap dulang. Berbaloi jugaklah. Takyah sakit kepala nak fikir macamana nak gubah, almaklumlah saya ni keras tangan dan buta seni.
Dulang hantaran daripada majlis sebelum ini. 
(Dulu kami bertema ala-ala purple grey) 
Beri nafas baru dengan tema ala-ala peach pulak.
Tujuh dulang hantaran siap untuk bakal menantu

Untuk doorgift pun saya pilih yang simple je. Buat satu set untuk dewasa dan satu set untuk budak-budak.
Doorgift untuk budak-budak 300pax
(Bekas dah siap print. Tinggal isi barang je)
Kek chocolate moist untuk dewasa 700 pax
Doorgift untuk najlis nikah. 50pax untuk pihak lelaki sahaja. 
(Letak dalam beg bersama bunga telur dan pop corn)

Alhamdulillah pihak UIA tidak berkira sangat dengan masa untuk guna dewan. Asalkan tiada orang lain buat booking, depa boleh buka dewan bila-bila masa sahaja. Tiga hari sebelum majlis depa dah buka dewan untuk pihak katering buat susun atur. So pada hari Rabu 5 Julai 2017, pihak katering dah siap susun meja kerusi, pasang pelamin dan meja beradab. Alhamdulillah persiapan dalam Dewan Zabedah siap dalam masa setengah hari sahaja. 

Persiapan pelamin dan meja VIP
Konon tema putih, peach dan warna pastel.

Saya ambik cuti ehsan pada hari Khamis dan Jumaat untuk finalise kemas rumah dan susun perabot. Maklumlah rumah tak besar mana, so terpaksalah angkut perabot yang besar-besar keluar rumah. Takut kang tak muat pulak tetamu nak duduk. Lepas tu baru pasang mini pelamin dalam rumah pulak.
Depa bawak sekali bantal duduk untuk majlis nikah nanti.
Adik bujang tersayang testing pelamin.....

Persiapan akhir pada hari Jumaat. Sediakan homestay untuk tetamu dari Kelantan. Lepas tu pi hantar doorgift ke Dewan Zabedah dan finalise setting dewan, pasang signage sekitar UIA, siapkan bunga telur, susun pinggan mangkuk dan setting meja tetamu untuk sarapan selepas nikah esoknya.
Especially dedicated, by Mun'im
Adik-adik penyayang tolong pasang signage sekitar UIA.

Rebus telur cara tradisional
Nak jugak buat bunga telur walaupun sehabis simple....

Last sekali baru fikir baju mak pengantin. Dah siap potong dan jahit tepi cuma belum buat final touch. Baju Nina dan baju-baju Melayu tiga Abdul tu beli dah siap beli yang ready-made. Maka Jumaat malam tu barulah cari benang jarum nak siapkan baju mak pengantin. Biasalah kan, mak-mak haruslah akan siapkan benda-benda lain mendahului dirinya. Malam nak nikah, baru nak siapkan baju mak pengantin.

Alhamdulillah segala persiapan untuk majlis akad nikah berjalan lancar. Cuma perlu menanti hari esok dengan iringan doa dan harapan.

Atur cara majlis
8.30 am: persiapan
9.00 am: ketibaan tetamu
9 30 am: majlis bermula
11.30am:  bertolak ke uia untuk majlis resepsi


PS: Kita hanya merancang dengan baik. Selebihnya panjatkan doa biar Allah yang lancarkan yang terbaik.


No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...