Tuesday, 27 June 2017

Aidil Fitri 2017


"Umi..... kita nak tema apa eh tahun ni?"

Seperti biasa dekat-dekat nak raya baru nak fikir tema baju. Saya tak pasti sejak bila tema dondon ni mula bertapak dalam family kami. Seingat saya sejak anak-anak kecik dulu baju raya depa semua saya yang jahitkan. Beli kain cukup-cukup untuk satu famili, potong dan jahit sendiri. Agaknya dek kerana beli secara pukal, secara kebetulan semua orang akan sedondon. Tapi sejak anak-anak dah besar ni, depa dah ada taste dan fesyen sendiri, tak tercapai dek akal saya nak jahitkan fesyen baju pelik-pelik zaman sekarang nih.... Maka "Hangpa pi carilah sendiri. Ummi redi duit je......" Reason nak sedondon? Sebab nak nampak cantik dalam gambar.

So tahun ini saya pilih je warna kegemaran saya. Dusty purple dan pink belacan. Sapa tah bagi nama macam tu. Tapi okay lah, senang nak cari warna-warna macam tu. Oleh kerana last minit shopping makanya susah juga nak cari yang sesuai dengan jiwa. Ada warna, saiz tak kena. Saiz dah betul, corak pulak tak berkenan.  
Hubby lari tema
Beranak banyak mana pun ni je yang tinggal..... 

Usai solat sunat Aidil Fitri dan makan-makan, kami pi jalan-jalan raya. Cadangan awal nak melawat Istana Negara tapi punya la ramai manusia. Parking pulak nun jauh dari pintu istana. Tak kuasa lah saya nak menapak dalam cuaca yang panas pulak. Maka kami hanya lalu ambik syarat sahaja. 


Destinasi seterusnya ke Sri Perdana Putrajaya. Sama juga keadaannya. Manusia yang ramai dan parking yang padat. Alhamdulillah Sri Perdana ni agak mesra rakyat. Semua orang boleh masuk parking di perkarangan Sri Perdana. So tak perlu nak menapak jauh-jauh. Cuma kena beratur panjang untuk masuk ke pintu utama. Tak sangka pulak depa buat screening kat pintu utama. Kena buat body check macam nak naik International flight pulak. Yang sedihnya cuma ada tiga lorang sahaja untuk seramai-ramai rakyat nak nak datang berziarah. Agak tidak logik di situ. Tapi tadah jelah, pilihan sendiri, takde sapa pun paksa kita nak pi ziarah kat sana.....:)
Beratur bawah panas mentari. 
Terima kasih makcik depan saya tumpangkan teduhan payungnya.

Alhamdulillah makanan memang tip-top. Macam-macam ada. Faveret saya mee kari, laksa penang, mihun sup, rojak dan cendol. Musnah fadhilat puasa selama sebulan. Lepas ni kena diet pulak. Kami lepak kat situ lebih satu jam sambil melihat gelagat lautan manusia. Ada kot dalam 10 000 rakyat jelata dari pelbagai lapisan.

Dinner @Nandos sebab nak fulfil wishlist cik baby mengidam lepas operate apendiks.
Muka bangga dapat peha ayam.
My 3 Abduls
Akhirnya....
(Payah benor nak capture wajah bujang ni)


PS: Syukur Alhamdulillah atas segala kurnia yang diberi walaupun program raya tahun ni banyak yang tergendala kerana faktor-faktor yang tak dapat dielakkan. Benarlah. Kita hanya merancang tapi Allah lah sebaik-baik perancang. Sejak pemergiaan arwah abang ipar depan mata saya pada 21 Ramadhan hari tu, diikuti dengan Nina masuk wad hari berikutnya, program raya kami pun terpaksa berubah juga. Perancangan nak balik kampung pun terpaksa ditunda mengambil kira faktor cik baby tu baru lepas operate. 


No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...