Thursday, 1 June 2017

Perjalanan ini: Mekah (2017)

Setelah selesai semua urusan di Madinah kami meneruskan perjalanan umrah ke Mekah. Semasa di Madinah semua jemaah (9 buah bas) menginap di hotel yang sama dan makan di kafe yang sama tanpa mengira apa pakej yang kita ambil. Jadi peluang untuk lebih berinteraksi dengan jemaah lain agak luas. Semasa di Mekah semua penempatan jemaah berdasarkan pakej yang diambil. Kami memilih pakej Ruby daripada Tabung Haji Travel. Dengan pakej ni kami menginap di Hotel al-Safwa Royale Orchird, bersebelahan dengan Makkah Royal Clock Tower.  Alhamdulillah sangat dekat dengan pintu masjid. Keluar sahaja pintu hotel terus pijak lantai masjid. Masjidil Haram ni mempunyai beratus pintu. Lupa dah berapa exactly. Awal-awal lagi Mutawwif dah pesan untuk kami hafal nombor pintu keluar masuk masjid. Saya dan Nina sentiasa menggunakan pintu nombor 92 dan 93. Keluar sahaja pintu Masjid terus cari landmark mercu tanda Clock Tower tu. Banyak kali juga tersasar dalam jemaah yang berpusu-pusu dan bertolak-tolak tapi Alhamdulillah kami sentiasa dibawah peliharaan Allah melalui landmark Clock Tower tu.

Dengan pakej Ruby ni pihak hotel hanya sediakan penginapan dan sarapan sahaja. Selain daripada itu kena cari makan sendiri. Bagus juga sebab tekak Melayu ni harus cari menu Melayu jugak. 

Mekah: Day 1
(Jumaat: 20 Januari 2017)

Oleh kerana semalam semua jemaah selesai menyempurnakan Umrah yang pertama hingga lewat malam maka hari ni kami bebas untuk berehat dan melakukan aktiviti sendiri tanpa terikat dengan apa-apa program Tabung Haji. Selepas breakfast kami cuma jalan-jalan di sekitar bangunan Clock Tower ni sambil cari tempat yang sesuai untuk beli makan lunch dan dinner nanti. Oleh kerana hari ini hari Jumaat, kami tak punya banyak masa sebab nak bersiap untuk solat Jumaat pulak. 
Breakfast. (Tetiba beromantik pulak.....:)

Kata mereka pada hari Jumaat suasana Mekah sangat sibuk dengan lautan manusia yang datang untuk Solat Jumaat di Masjidil Haram. Depa datang seawal lepas subuh hari. By pukul 11.00 pagi pintu masjid dah kena tutup. Dah tak boleh masuk masjid. Sesiapa yang lambat terpaksa kena buat saf selit-selit kat celah-celah ruang kosong tepi jalan sekitar Masjidil Haram. Sungguh bagai dikata, apabila di Mekah, masa kita hanya dihabiskan untuk pergi dan balik masjid untuk beribadah sahaja. Kena pergi awal sebelum masuk waktu solat. Kalau lewat alamat takde rezeki nak masuk ke masjid. Lepas tu kena berebut-rebut lelaki dan perempuan guna laluan yang sama. Takde pemisahan antara lelaki dan perempuan. Pakat berebut tak kira jantina. Alhamdulillah saya dah bersedia dengan suasana bersesak-sesak dan pengalaman berebut semasa di Raudhah hari tu. Tapi berebut antara jantina tu yang saya tak tahan. Dah macam takde hormat kepada wanita pulak. Tak gentleman langsung.
Pukul 11 pagi, semua pintu dah kena seal "No entry, Crowded Area"

Hari pertama ni kami masih terpinga-pinga lagi. Main redah je masuk masjid cari ruang kosong. Sah-sah lah takde ruang kosong. Terpaksa hadap solat selang seli antara lelaki perempuan. Semua jemaah pakat menyelit je kat mana-mana ruang yang ada. Awalnya saya memang tak selesa sebab ada lelaki solat kat belakang saya. Kalau kat Malaysia biasanya jemaah lelaki dan perempuan dipisahkan dengan tirai pengadang bagai. Doa je dalam hati supaya tenang. Beribadah kat Mekah ni antara kita dengan Allah sahaja. Tak perlu peduli keadaan sekeliling. Yang penting, kita dapat bersolat dalam Masjidil Haram yang ganjaran pahalanya hanya Allah sahaja sebaik-baik pemberi.

Selepas solat Jumaat kami pi cari lunch. Alhamdulillah rupanya kat bangunan Hotel Safwa ni ada Restoran makanan Melayu. Menu semua masakan Melayu dengan harga mampu bayar. Biasanya pada hari Jumaat ramai masyarakat Melayu yang bermastautin di bumi Mekah akan datang bersolat Jumaat di Masjidil Haram seterusnya depa singgah makan tengahari kat restoran tu. Kebetulan pulak terserempak dengan beberapa kenalan Hubby yang datang ke Mekah atas urusan memasing. Thanks Prof Datuk Doktor Azmi, belanja kami lunch.

Tak terasa, kat Mekah ni  masa seakan cepat berlalu. Rasa macam sekejap je borak-borak dah masuk waktu Asar. Rehat sekejap dah masuk waktu Maghrib seterusnya Isya'. Alhamdulillah kami sempat ambik masa senggang untuk menelusuri Masjidil Haram selepas solat Isya'. Naik ke rooftop melihat lautan manusia dengan gelagat memasing.


Mekah: Day 2
(Sabtu: 21 Januari 2017)

Selepas sarapan kami berkumpul di lobi hotel untuk keluar ke Miqat untuk Umrah ke2. Sambil tu depa buat program ziarah dulu. Destinasi pertama ialah ke Gua Tsur. Dari Malaysia lagi saya berhajat nak mendaki ke Gua Tsur. Siap bawa seluar dan kasut track. Tapi mengenangkan qudrat dah mula sampai ke penghujung saya pendamkan saja niat itu. Lagipun nak simpan tenaga untuk buat umrah kali ke dua. Jadi kami cuma bersiar-siar di kaki bukit sambil mendengar cerita sejarah Nabi SAW dan Gua Tsur itu sahaja.


Selepas beberapa ketika di Gua Tsur kami ke Padang Arafah pula. Kami hanya lalu sahaja di Padang Arafah sambil Mutawwif memberi penerangan sebelum berhenti di Jabal Rahmah. Berdekatan Padang Arafah ada Wadi Mirna. Di situ juga dibina Masjid yang agak luas diberi nama Masjid Namira khas untuk jemaah Haji yang berwukuf di Padang Arafah. Masjid tersebut hanya digunakan semasa musim Haji sahaja. Di luar musim Haji Masjid tersebut dibiarkan kosong.

Kemain bas VIP

Sama halnya dengan Gua Tsur, di Jabbal Rahmah pun saya berhajat untuk berada di puncak bukit tu. Tapi setelah lama berfikir tiba-tiba saja niat tu terkubur. Takde sunnahnya pun nak bersusah payah panjat bukit tu nak berdoa bagai walaupun kata orang berdoa di tempat tu mustajab untuk minta jodoh. Nak kata minta jodoh pun dah ada depan mata. Takkan lah nak tambah jodoh pulak. Lain la kalau kaum lelaki. Memandangkan hubby pun tak kuasa memanjat ke atas tu so kami pun berjalan-jalan berdua-duaan di sekitar kaki bukit sambil melihat gelagat jemaah yang berbagai ragam. Sebagai abang mithali, Amin paksa rela melayan Nina bergambar kat puncak Jabbal Rahmah tu. Kemain semangat panjat bukit tu.

 Kawasan lapang depan Jabal Rahmah

Cuaca sangat terang dan panas. Kebetulan ada beberapa lori menjual ais krim. Sempat la borong ais krim kon untuk membasah tekak buat kenangan. (Dan selepas itu saya mula batuk-batuk, badan mula seram sejuk.) 

Selepas itu kami di bawa ke Muzdalifah dan Mina untuk merasai pengalaman Haji. Seperti biasa kami hanya lalu sahaja sambil Mutawwif memberi penerangan dalam bas.

Seterusnya kami di bawa ke Masjid Ja'ranah untuk Miqat Umrah 2. Mutawwif kami sangat menjaga masa. Alhamdulillah sebelum zohor kami sudah tiba semula ke hotel. Hubby singgah beli lunch (nasi putih, ayam masak kicap dan kari ayam) kat restoran Melayu hari tu. Usai makan kami terus ke Masjid untuk solat zohor, seterusnya mengerjakan Tawaf dan Saie, Masa agak suntuk juga sebab by pusingan ke7 Saie, Muazzin mula melaungkan azan 'Asar. Maka kami kalut-kalut menyudahkan perjalanan Saei terakhir sebelum join jemaah untuk solat 'Asar pula. seterusnya bertahalul. Alhamdulillah selesai umrah ke 2 dengan pertolongan Allah.

Mekah: Day 3
(Ahad: 22 Januari 2017)

Hari ini kami tidak terikat dengan apa-apa program Tabung Haji. Jadi kami hanya penuhi masa ulang-alik Masjidil Haram sahaja. Hubby dan Amin dah mula demam dan batuk-batuk. Dan sakit belikat saya pula makin menjadi-jadi. Hanya Nina yang masih bertahan.

Selepas zohor pihak Tabung Haji buat taklimat Umrah (siaran ulangan), kot-kot ada yang terlepas pandang sebelum ini, terutama dalam bab membayar dam/denda.

"Setiap kesalahan dalam umrah kena bayar dam/denda iaitu memberi makan kepada 6 orang fakir miskin, setiap orang sebanyak 2 cupak beras. Kadar bayarannya ialah SR5 secupak beras. Maksudnya setiap fakir miskin tu akan dapat 2 cupak beras atau SR10 seorang. (SR=Saudi Riyal). Kalau tak mampu bayar boleh ganti dengan puasa 3 hari."

Mekah: Day 4
(Isnin: 23 Januari 2017)

Hari ni peluang untuk buat umrah kali ke 3. Malangnya semua kami diuji dengan kekurangan kesihatan. Demam Amin makin teruk. Badan panas dan batuk-batuk makin kuat. Sakit belikat saya makin menjadi-jadi. Hubby juga makin kuat selsema dan batuknya. Dek kerana demam dan batuk yang agak teruk, Amin terpaksa kami tinggalkan untuk berehat di bilik hotel. Jadi kami keluar bertiga sahaja. Kali ini kami niatkan umrah untuk arwah-arwah yang kami kasihi. Hubby niatkan untuk arwah Tok Ayah, saya niatkan untuk arwah Tok Wan, sementara Nina pula niatkan untuk arwah Tok Wae.

Kami dibawa ke Masjid Hudaibiyah untuk Miqat. Alhamdulillah banyak ilmu yang saya dapat daripada pengalamam Miqat di sini terutama kisah Perjanjian Hudaibiyah. 



Mekah Day 5
(Selasa: 24 Januari 2017)

Hari ni juga tiada apa-apa program khusus daripada Tabung Haji. Jadi kami ambil masa untuk jalan-jalan sekitar Masjidil Haram sambil melihat hasil binaan dan pengubahsuaiannya. Hubby dah pernah mengerjakan umrah lebih 5 tahun yang lepas. Jadi memang nampak perubahan yang sangat ketara pada struktur binaan serta perluasan kawasan masjid untuk menampung jemaah yang ramai saban tahun.
Di hadapan Hotel Hilton
Hotel al Safwa 
Depan pintu utama Kaabah.
Bangunan asal Masjidil Haram (yang dah di upgrade)

Di sebelah petang kami jalan-jalan sekitar Zam-zam Tower untuk makan malam. Saja teringin nak makan Turkish doner kebab. Alhamdulillah kebanyakan pengusaha restoran di Mekah ni boleh berbahasa Melayu. So setakat nak order makanan tu taklah susah sangat. Almaklumlah kami ni buta Bahasa Arab.


Mekah day 6
(Rabu: 25 Januari 2017)

Mengikut jadual asal kami sepatutnya berlepas pulang dari airport Jeddah hari ini selepas lawatan ke sekitar bandar Jeddah. Tapi atas masalah teknikal flight kami ditunda ke hari Jumaat dan terpaksa berlepas dari Madinah. Maka hari ini dan besoknya kami hanya memenuhi rutin harian dengan berulang-alik ke Masjidil Haram sahaja. Lagipun kesihatan memasing dah makin menurun. 

Mekah day 7
(Khamis: 26 Januari 2017)

     -Rutin biasa sahaja-

Mekah Day 8
(Jumaat: 27 Januari 2017)

Tawaf Wida' (Entry Khas)


PS: Apa-apa pun kami bersyukur sebab Allah panjangkan masa untuk kami berada di bumi Barakah ini. Mudah-mudahan musafir ini diberkati Allah dan mendapat ganjaran yang setimpal..... amin, amin, amin Ya Rabbal 'Alamin.....



No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...