Monday, 19 October 2015

Cuti-cuti UK : Glasgow - London - Southampton

Khamis 9 April 2015 merupakan hari terakhir kami di bumi Scotland. Alhamdulillah Hotel Heritage tempat kami menginap sepanjang 3 malam di Glasgow ini menyediakan makanan halal. Depa kata owner dia seorang Muslim. Harga penginapan dah termasuk makan pagi. So setiap pagi sebelum keluar jenjalan kami dah tak perlu risau tentang sarapan di mana. Saya tak pasti berapa kosnya sebab semuanya Hubby dah setelkan sebelum kami bertolak lagi. Semua urusan booking dan bayaran dibuat secara online. Kami goyang kaki je...

Menu disediakan.  Pilih je mana kita suka. Depa akan sediakan panas-panas. Macam ala-carte gitu.

Boleh makan tanpa was-was. 

Menu terakhir. Dari kiri mengikut arah jam: scrambled egg, baked beans, tomato bakar, lempeng, sosej kambing dan cendawan goreng. Makan dengan roti toast ataupun roti bun. 

Untuk makan tengahari dan malam pun tiada masalah. Banyak pilihan kedai makan dan restoran makanan halal di sekitar Hotel Heritage ini. Katanya ramai pendatang dari Tunisia buat business kedai makanan halal kat sini. Antaranya ialah restoran Southern Fried Chicken. Lima minit sahaja berjalan kaki dari Hotel Heritage.


Lepas sarapan kami terus check out. Ambik teksi untuk ke Glasgow Central Station sebelum meneruskan perjalanan ke Kota London pula.

Dari dalam bilik hotel.

Cuaca sangat cerah mengiringi perjalanan kami.

Selamat tinggal bumi Scotland. Panjang umur kami akan ke sini lagi.

Suasana di Glasgow Central Station agak sibuk sebab kebetulan kami keluar serentak dengan orang keluar pi kerja. Tapi sempat lagi singgah beli bekal untuk makan atas train nanti. Perjalanan ke London bakal mengambil masa 5 jam. Non stop. Sebenarnya kat atas train pun depa ada jual makanan dalam troley bergerak, Ada macam-macam sandwich, makanan ringan serta minuman sejuk dan panas. Tapi harga agak mahal berbanding di luar.

Senibina dalaman stesen keretapi ini masih mengekalkan rekaan asal.


Saya suka tengok iklan simple kat atas tu. Depa letak kat pintu masuk platfom.
"Nine means none..." Depa tak benarkan alkohol dalam train antara kol 9pm-10am.

Alhamdulillah kami dapat train direct dari Glasgow ke London. Tapi ikut route lain. Kalau masa datang ke Glasgow haritu ikut laluan kampung tapi kali ni depa ikut persisiran pantai. Tak perlu tukar train seperti sebelum ni. First thing yang dicari sebaik tiba di London ialah toilet. Kagum pulak tengok sistem masuk tandas tu. Mula-mula kena dapatkan cip kat mesin slot. Lepas tu baru boleh masuk melalui besi penghalang tu. Sistem yang bagus. Ajaib juga tapi bila fikirkan, sempat ke pulak nak deal jika ada fasa-fasa kecemasan. Kalau masa peak hours terpaksa pulak nak kena beratur masa nak beli cip tu. Hmm... tiba-tiba urgency untuk ke tandas terbantut.

Masukkan cip sebelum boleh masuk ke toilet.

Bagus betul civic manner masyarakat sini. Nak masuk toilet pun beratur untuk beli cip.

Lepas tu baru boleh qadha hajat.

Sebelum tiba di London kami dok fikir juga macamana nak jalan-jalan dengan sorang-sorang pegang beg besar. Mungkin terpaksa cari locker untuk simpan beg. Depa pangil servis left luggage. Alhamdulillah ada sahabat lama Hubby sangup jadi tourist guide untuk bawa kami jalan-jalan sepanjang 3 jam kami berada di kota London ni.

"Ana dah biasa buat kerja-kerja tourist guide separuh masa macam ni. Selalu kalau ada orang Malaysia nak singgah London, mereka akan contact ana."

So kami tak perlukan servis left luggage tu. Letak je semua beg dalam bonet kereta dia. Cakap je tempat yang kita nak pergi. Dia akan setelkan semua. Alhamdulillah.

Seperti biasa kami akan semak peta dulu. 
Cari tempat yang boleh fit in dalam masa 3 jam yang ada ni.

Destinasi pertama sudah semestinyalah ke kantin Malaysia Hall. Kalau dah tekak Melayu tu pergi mana pun akan cari makanan Melayu juga. Dah 5 hari tak jamah nasi putih. Amazingly, ikan keli goreng garing pun ada dijual di sini. Sungguh benar bagai dikata, takkan  Melayu hilang di dunia.


Antara menu yang disajikan.

Dah kenyang baru lah boleh meneruskan perjalanan. Kami di bawa melawat ke kawasan Central London sahaja. Takut tak cukup masa nak meredah trafik jam pulak nanti. Kami tak spesifik pun nak pergi mana-mana. Cuma nak penuhi hajat Nina yang teringin nak tengok Big Ben secara live. So kami mengikut sahaja apa yang disarankan oleh sahabat baik Hubby itu.

Diana, Princess of Wales Memorial Fountain




Buckingham Palace.



Golden Statue kat depan Buckingham Palace



Big Ben... akhirnya.


Kami tidak berlama-lama di London sebab nak meneruskan perjalanan ke Southampton pulak. Kami pilih untuk naik train juga walaupun suasana sangat sibuk dengan orang balik kerja. Kalau beli tiket on the spot macam ni depa akan bagi tiket open seating. Maksudnya depa tak tetapkan tempat duduk. Kita masuk train dan cari sendiri tempat duduk mana yang kosong. First come first serve. Kalau tak ada tempat duduk pandai-pandai la bawa diri. Kebetulan pulak train penuh jadi kami pilih untuk duduk bersila atas lantai. Sandar kat beg besar tu. Sebenarnya ini adalah fenomena biasa kalau masa peak hours macam tu. Ramai penumpang lain pun duduk bersila atas lantai. Sapa yang gagah perkasa boleh berdiri sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih sejam tu.

Selesa je bersila atas lantai bersandar kat beg sambil makan-makan dan minum buat macam rumah sendiri.

Di luar, matahari dah mula jatuh. 

Alhamdulillah kami selamat tiba di Southampton Central pukul 9.00 malam. Ambik teksi dan terus ke hotel untuk berehat sebelum menimba pengalaman seterusnya dalam masa 2 hari yang masih berbaki ini.

Hotel tempat kami menginap sepanjang di Southampton.

PS: Balik Southampton perasan macam balik kampung pulak.

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...