Sunday, 18 October 2015

Cuti-cuti UK: London-Glasgow

Lepas check out dari Holiday Inn kami terus ambik teksi ke London Heathrow Airport. Bukan nak ambik flight tapi kami cari stesen keretapi bawah tanah London Underground. Keretapi bawah tanah ni depa panggil tube. Tube ni adalah pengangkutan awam paling femes kat kota London ni. Sebab servis dia sangat efisien. Lebih kurang macam sistem LRT kat Malaysia. Alhamdulillah perjalanan kami jatuh pada hari Ahad pagi. Jadi tak de lah kalut nak berebut dengan orang nak pi kerja. 

Lepas beli tiket terus naik train. Berapa ntah tambang dia. Lupa sudah. Dalam satu jam dah selamat tiba di stesen London King's Cross St Pancras. Terus menerus tanpa tukar train. Cuma kalut sikit nak usung beg dari platform train bawah tanah tu nak naik ke atas. Beberapa kali tukar eskalator. Gayat jangan cakap la. Dah tua-tua ni penyakit gayat ni makin menjadi-jadi. Mujurlah hubby dah limitkan setiap orang incharge satu beg sahaja. Umi hanya pegang handbag isi dokumen sebab nak kena pegang tangan Nina.

Perjalanan ke Glasgow bakal mengambil masa lebih 5 jam menaiki train. So sementara menunggu masa bertolak kami cari breakfast dulu. Tidak sukar mencari makanan halal di sekitar London ni. Banyak pilihan sandwich tanpa ayam dan daging. Boleh pilih tuna, salmon, egg and cheese, prawn dan sebagainya. Kalau tak yakin tentang kehalalannya boleh je makan yang vegetarian. Biasanya depa letak salad dan cheese atau telur. Harga?  Beli dan bayar je. Jangan convert duit Malaysia. Takut nanti kebulur. 

First time Nina makan baguette.

Kami pilih baguette. Sejenis roti macam french bread tu. Isi tuna dan cheese. Cuaca agak sejuk so sedap juga pekena ngan kopi panas. Uniknya kat stesen King's Cross St Pancras ni tak ada tong sampah. Hanya ada plastik transparent yang depa sangkut sebagai bekas sampah. So kita boleh nampak semua sampah dalam plastik tu. Mak Cik cleaner akan ronda untuk kutip plastik bungkus tu. Mungkin sebab sebelum ni pernah ada kes orang letak bom dalam tong sampah. Meletup dan merosakkan sebahagian stesen ni. Sebab tu lah kot depa sangat berhati-hati. 

Senibina dalaman stesen ni agak unik dan cantik. 

Memandangkan masih banyak masa sebelum bertolak, sempat kami bersiar-siar keluar stesen. Cuaca agak sejuk walaupun dalam cerah mentari. Hari masih awal so manusia belum ramai yang keluar. 


Basikal untuk disewa. GBP5 untuk satu jam.

Bangunan moden di sebelah bangunan tradisional.

Kami hanya berjalan dan melihat-lihat di kawasan sekitar London King's Cross ni sahaja sambil membeli barang keperluan serba sikit. Belum berniat nak bershopping sakan. Perjalanan masih jauh. Takut tak larat nak usung beg. Alhamdulillah Hubby dah siap tempah tiket dan susunan tempat duduk secara online. Kami duduk 4 orang siap dengan meja kopi. So perjalanan kami ke Glasgow sangat selesa. Ada free wifi. 

Selesa meneruskan perjalanan dalam train. All set to go...

Perjalanan lebih lima jam itu membuka banyak peluang melihat keindahan alam ciptaan Allah. Di Malaysia jarang saya berpeluang melihat langit sebiru ini. Dengan pohon-pohon yang seakan kering hanya tinggal ranting. Datang musim bunga nanti semua pokok tu akan berdaun dan berbunga indah semula. Begitu kitaran alam.


Suasana kampung sepanjang perjalanan.


Suasana langit menginjak petang.

Kami melalui beberapa bandar besar. Antaranya ialah bandar Newcastle yang banyak menggamit memori zaman hingusan dahulu. Di situ saya mula kenal erti dakwah dan pengorbanan. Tapi takdelah sanggup berkorban mana pun. Bak kata Hubby saya ni kurang sikap toleransi. Tak boleh susah sikit. Asyik nak mengomen je. Semua benda nak senang. Entahlah, mungkin roh pengorbanan kurang meresap dalam jiwa saya gamaknya. Tiga tahun bermusafir di sana mungkin belum cukup mengajar saya erti sebuah pengorbanan yang sebenar.


Stesen keretapi Newcatle tak banyak berubah.

Sebenarnya train yang kami naik ni tidak terus ke Glasgow. Kami terpaksa tukar train di Edinburgh untuk meneruskan perjalanan ke Glasgow yang mengambil masa lebih kurang setengah jam lagi. Alhamdulillah kami selamat tiba di Glasgow sebelum hari gelap. Terus ambik teksi untuk ke hotel.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...