Friday, 20 March 2015

Seronoknya bernikah....

Saya tidak pernah menentang perkahwinan di usia muda. Usia muda pada neraca saya ialah sekurang-kurangnya dah masuk universiti. Ini benda asas. Pelajaran paling utama. Kalau belum masuk universiti tak payah mengada-nagada nak menikah. Dah masuk tahun kedua atau ketiga baru boleh dikira usia layak nikah.
Pada saya selepas usia 21 tahun baru dikira usia matang. Baru boleh bincang dengan mak ayah secara rasional. Jangan sesekali membelakangkan mak ayah dalam urusan nikah kita. Tiada siapa yang tidak pernah menghadapai ujian pernikahan. Sedikit sebanyak ujian pernikahan pasti datang untuk menguji kekuatan jodoh kita. Sentiasa bawa berbincang dan berlapang dada. Jangan terlalu mengikut emosi muda. After all kalau jadi apa-apa mak ayah juga yang akan jaga kita nanti. Jangan lupa mak ayah sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Berikan kuasa ditangan mereka, Insya Allah semuanya akan berjalan lancar.

Paling penting niat nak kawen mesti kerana Allah. Bukan sebab galak, gedik gatal sebab tengok ada kawan-kawan yang dah nikah. Pernikahan bukan trial and error. Bila kita bersetuju untuk bernikah...bersedialah untuk membawa pasangan kita ke syurga. Kalau tak kena cara bersedialah untuk sama-sama masuk neraka. Kalau rasa dengan kawen boleh bagi semangat untuk belajar semakin meningkat, kawen lah. Kalau rasa kawen boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kawen lah. Kalau rasa kawen boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kawen la.

Tapi sekiranya cinta terhalang jangan sesekali berniat untuk terus melakukan maksiat konon nak bagi mak ayah padan muka. Dosa maksiat itu kita sendiri yang tanggung... tak ada sangkut paut dengan mak dan ayah. Ikhlaskan niat nak kawen kerana Allah. ... insyaallah Allah akan permudahkan perjalanan pernikahan tu. Sebab lepas kahwin kita akan rasa rezeki Allah datang satu persatu. Sungguh.. saya telah melalui pengalaman itu. Mungkin sebelum kawen kita terpaksa melalui pelbagai ujian..( Ujian mak ayah suruh tangguh kawen je pun..suruh sabar hingga habis belajar dulu....dah kerja esok hangpa menikah la...oh..sungguh saya tidak akan pernah lupa kata-kata keramat ayah saya....) Banyak pulak buat drama airmata..

Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan untuk sehari dua tapi kesabaran itu sebagai bukti ketaatan dan keimanan kepada Alah..

PS: Sungguh...bernikah itu seronok. Tapi harus diingat di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab dan ujian yang amat berat......SELAMAT BERNIKAH kepada yang akan bernikah.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...