Thursday, 19 March 2015

Cuti cuti Nilai

Cuti sekolah bermula lagi. Alhamdulillah dapat lah saya menyambung balik kerja-kerja yang tergendala selama ini. Banyak rancangan cuti sekolah dok berlegar-legar dalam kepala saya rupanya. Tapi setakat hari ni macam belum bergerak lagi.

Sepatutnya hari Selasa baru ni nak ngekor hubby pi Jogjakarta selama 3 hari. Tapi plan bertukar last minute sebab schedule hubby kat sana nanti agak padat. Mungkin tak sempat nak entertain kami pi jenjalan. So bercuti kat Nilai je lah...So hari Senin tu ikut je hubby pi tido kat Apartment hubby kat Nilai tu. First time tidur kat sana. Sebelum ni cuma pi singgah sekejap sekejap je. Lepak-lepak sementara tunggu hubby habis kelas. Lepas drop hubby kat USIM maka saya dan Nina pun memulakan misi percutian kami. Pusing-pusing bandar Nilai je pun....Shopping sikit-sikit. Makan-makan. Seronok sebab keadaannya yang agak tenang. Kereta pun tak banyak.
Pusing dataran Nilai tengah-tengah hari buta...:)

Kebetulan cuaca agak panas. So tengahari tu kami ambik keputusan untuk lepak kat bilik je. Memang melepak sungguh. Penat kenduri hari Sabtu sebelum tu dan segala keluh kesah over the weekend baru terasa. Tapi sempat juga saya habiskan sebuah novel. Nina sempat siapkan homework. Semangat betul budak tu bercuti pun bawa buku sekolah.

Petang tu hubby ada kelas postgrad pulak. So dinner agak lewat sebab tunggu hubby habis kelas kol 9.00 malam. Jarang saya buat kerja makan memalam macam ni. Biasa paling lambat pun kol 8.30pm dah siap makan. Jaga perut takut buncit nak tidur awal. Sekali sekala apa salahnya. Mula tu nak dinner kat Restoran Adam Seafood Western Food kat area apartment tu je. Tapi penuh ngan students USIM. Pusing-pusing kedai makan lain pun penuh juga. So kami pun pi ke BBN. Singgah kedai tom yam apa tah. Dekat dengan Hotel Time. So bertomyam lah kami malam tu. Pedas nye Subhanallah.
Nasi putih ngan lauk simple sebab dah malam..malas nak makan beriya-iya.
Berkenan pulak kat bandung 3 layer ni. First time rasa. Boleh tahan juga. Biasanya saya order 3 layer tea. Hubby seperti biasa, barli panas

Usai kelas hubby pagi Selasa esoknya tu kami cadang terus bertolak ke KLIA2. Tapi sempat lagi singgah breakfast kat kedai mamak kejap. Kira late breakfast lah sebab malam tadi dinner pun lewat.
Roti tisu ngan milo ais....Feveret terkini Nina.

Lepas breakfast terus gerak ke KLIA2. Flight hubby kol 3pm. So sempat la pi makan-makan and jalan-jalan tengok kawasan.
Sempat pekena kelapa mudah fresh... lupa nak tanya harga kat aiport ni. 
(Biasa saya beli kat gerai tepi jalan je. RM4 sebiji siap bungkus..)

Peghak juga la sebab first time. Macam shopping complex pulak. Macam-macam kedai ada. Jaya Grocer pun ada. Pening juga nak fikir konsep apa yang depa pakai masa awal pembinaan airport ni.

Sepanjang dinding depa hias dengan macam-macam gambar lukisan, pemandangan dan ukiran. Tak sempat nak menikmati sangat sebab kat depan lukisan tu depa letak bangku panjang. So ramai lah yang buat katil tempat tidur. Nak posing-posing kang kena marah pulak kacau orang tidur. Kita nak tumpang duduk pun segan sebab depa pakat tidur lentang suka hati buat macam rumah sendiri. Pemandangan yang agak kurang menarik lah...pada pandangan saya.

Lepas solat zohor hubby teman saya pi beli tiket ERL ke KL central. Sepatutnya kami yang bye-bye hubby kat departure lounge. Tapi dah terbalik pulak. Hubby yang bye-bye kami kat stesen ERL. Lepas kami dah naik train hubby masih berjalan ke gate 9 untuk penerbangan ke Jogjakarta. Punya la jauh, makan masa 20 minit. Patut la sebelum ni selalu dengar orang dok complain kat KLIA2 ni kena jalan jauh.
First time Nina pegang tiket KLIA ekspress...pink pulak tu...:)

Alhamdulillah kami tiba kat KL central selepas 40 minit. Lepas tu terus beli tiket LRT ke Sri Rampai. Lepas tu ambik teksi balik rumah. Fuh....home sweet home. By this time hubby masih di awan biru...


PS: Balik rumah nampak kertas periksa yang belum habis bertanda......huhu.


No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...