Sunday, 24 November 2013

Sihat sebelum sakit....

Dah berkurun dah saya dok simpan benda alah ni. Asyik tertangguh-tangguh je nak pi jumpa doktor. Memang la benda ni dapat free tapi saya yang tak free. Masa mula-mula dapat voucher ni bukan main semangat google cari klinik yang paling dekat dengan rumah nak pi buat check-up. Bila dah buat short list, rupanya ada aje klinik kat kawasan taman perumahan saya. Dekat benor tapi tak pergi-pergi sampai sekarang. Sibuk je memanjang. Aduhai...
(kredit to anak bujangku..)
Saya ni pulak jenis tak suka pi klinik. Kalau setakat rasa macam nak demam tu, saya minum air kosong je banyak-banyak. Beli air Hundred Plus, minum 1 liter. Insya Allah back to normal. Kalau tak tahan sangat saya akan telan panadol atau paracetemol 500mg. Ambik sebiji je minum ngan air kosong 2 gelas penuh. Pastu tido. Bangun tido kalau masih pening2 lalat, minum air lagi 2 gelas. Pastu kencing. Kemudian cuba tido semula. Insya Allah lepas tu badan akan berpeluh dan akan mula rasa segar semula.

Alhamdulillah setakat ni saya tak pernah sakit berat. Tak ada la nak kena warded bagai. Kecuali masa saya muda-muda dulu. Setiap 2 atau 3 tahun mesti kena stay kat hospital. Sakit kena buatan orang. Dalam masa 10 tahun ada dalam 6 kali juga saya kena stay kat hospital. Tapi tak lama. Setiap kali kena warded dalam 3 malam je. Lepas tu dah boleh keluar, sihat walafiat.

Tapi sejak 4 hari lepas saya dah mula cuak semula. Tetiba rasa macam ada ketulan kat bawah ketiak. Mula-mula tu rasa macam besar kacang pea je. Bila tekan rasa macam ngilu. Rasa macam jerawat kena picit. Alhamdulillah orang kata kalau sakit Insya Allah  itu petanda baik. Bukan lump yang breast cancer tu. Biasanya kalau tanda2 breast cancer, ketulan tu kalau kita picit tak sakit. Kalau ketulan tu bila di picit agak sakit, maknanya bukan kanser....itu cuma bengkak kelenjar biasa. Mungkin disebabkan oleh hormon tak balance. Maklum la dah nak masuk usia menopause. Ketulan tu katanya akan hilang dalam masa 5-7 hari. Bengkak kelenjar ni juga dikenali sebagai bengkak nodus limfa. Biasanya orang-orang kita panggil nodus limfa ni dengan kelenjar. Tak kisahla panggil apa pun. Kalau nak rasa lagi hebat dalam Englishnya depa panggil swollen lymph nodes ataupun lymph glands. 

Tapi rasa pelik pulak sebab ketul tu macam makin membesar pulak. Pagi semalam rasa sebesar biji guli. By malam tadi rasa makin besar. Dah macam sebesar bola ping-pong pulak. Eh!..ke perasaan saya je? Sebenarnya ketulan atau lump ni tak nampak dengan mata kasar. Tapi bila dah rasa sebesar bola ping-pong tu baru nampak macam ada bonjol macam bengkak sikit kat bawah ketiak tu. Masa nak tidur malam tadi pun rasa makin sakit. Berdenyut-denyut di kawasan sekitarnya dan sekali-sekala rasa sakit dan ngilu hingga ke lengan. Makin sakit kalau nak angkat tangan.

Pagi tadi sepatutnya aktiviti berjogging. Tapi saya cuma briskwalking je sebab sakit pulak bila lari bergoyang-goyang. Haha...sakit-sakit ketiak pun kesihatan lain mesti diutamakan....:)

"Lepas ni pi klinik buat check-up!"
Hubby memang pantang dengar pasal sakit-sakit ni. 

"Tengok lah dulu.."
Jawapan cliche.. Setakat sakit sikit-sikit malas nak pi klinik. Selagi boleh tahan, tahan je lah. Mudah-mudahan boleh menguji sifat sabar dan menghapus dosa....

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...