Thursday, 11 June 2009

Sejarah dan Pengajaran...

Nampaknya cuti kami tak habis lagi. This time kami belajar sejarah pulak. seronok sebab hubby `pakar' sejarah. so destinasi kami ialah muzium negara. Itupun macam terpaksa dah kena bawa. Hubby jadi free tourist guide. Rupanya banyak pengajaran kalau kita fikir dan kaji. Sejarah berulang, kalau tak pelajari kesilapan kita akan ulangi kesilapan lama. Contohnya bagaimana negara dijajah. dsbnya.
Ramai tokoh2 perjuangan dan kemerdekaan. Tapi yang diagungkan cuma 4 atau 5 orang ahli pollitik. Malangnya... Kononnya, Malaysia merdeka tanpa pertumpahan darah. Rupanya ramai yang terkorban untuk perjuangan antaranya Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman. Heran, kat muzium tak banyak pula kisah mereka. Puas cari kisah mereka cuma ada list nama antara pejuang. Tapi tak ada pula cerita mereka. Macam mana kita nak kenal. Harapkan buku teks, itupun nak lulus periksa ajelah. Paling baguspun hafal siapa mereka...tapi apa perjuangan mereka, kenapa mereka terkorban, tak ramai yg betul2 faham. Merekalah idola sepatutnya....

No comments:

Itu Ini With Gojezes Gombak

Selasa, 16hb Jun 2026 Selepas makan dan berkelah di Janda Baik, Gojezes KB84 Gombak meneruskan aktiviti fizikal pulak. Kali ini kita plan un...