Tuesday, 30 June 2009
Pesan nenek saya
Baru-baru ni pihak sekolah mengarahkan guru-guru yang dah melepasi tahap matang...ehem,ehem. dah 40+ ler tuh membuat medical check up. Kliniknya kat Setiawangsa. Saya kena pergi sendiri sebab hubby ada meeting. Sebenarnya boleh je pergi masa cuti sekolah hari tu tapi asyik sibuk memanjang sampai last minutes. Nasib baik cikgu Zalina pun tak buat check up lagi. Kami sama-sama tak tau jalan so redah aje lah. Alhamdulillah rupanya senang jer nak cari klinik tu. Resultnye? Heh..heh.
Masa nilah baru nak teringat pesan nenek saya dulu-dulu.
1 Bangun awal pagi (eloknya sebelum subuh) dan terus mandi. Ingat lagi nenek saya selalu masakkan air panas untuk mandian saya sebab masa tu tak ada water heater. Cucundanya ni penakut air. Selalu sejuk maklumlah kat kampung hawa sejuk memang menyengat hilang ke tulang. Itu kata sayalah. tapi nenek saya boleh jer mandi, air telaga pulak tuh. Kata nenek saya mandi pagi menyegarkan badan. Nanti awet muda.
2 Lupa pulak, Immediately lepas bangun tuh (sebelum gi mandi) terus buat stretching ( ie. duduk berlunjur lepas tu hulurkan jari tangan ke jari kaki) Ni kena slow motion.Kalau belum biasa jangan paksa nanti patah pulak pinggang tuh. Nenek saya bukan setakat sentuh jari tapi sampai boleh sentuh tumit. Kata nenek , ini supaya badan tidak lenguh-lenguh. Saya? Sampai sekarang pun tak dapat sentuh lagi. Kalau duduk bersila boleh ler.
3 Tidur awal. Alhamdulillah kami memang tidur awal. Rasanya pukul 9.30pm kami semua dah dibuai mimpi. Tak ada benda lain nak buat pun. Bukannnya ada TV atau internet macam sekarang. So tido jelah. Nanti tak ada masalah kalau nak bangun tahajjud.
4.Pakai kain batik bila nak makan. Nenek saya memang sentiasa berkain batik. Saya dipaksa berkain batik bila nak makan jer. Masa berumur 5 tahun nenek belikan saya kain batik version kecik. Dia ajar saya pakai. So sejak berumur 6 tahun lagi saya dah expert berkain batik. Bila nak makan kena ikat kain tu ketat-ketat especially kat pinggang. Kata nenek saya ini akan mengempiskan perut. Nanti pinggang akan ramping sentiasa.
5 Selalu berjalan kaki. Kalau boleh laju-laju. Saya memang respect nenek saya dalam bab ni. Dalam usia 80 tahun nenek saya masih kuat berjalan kaki. Nenek saya berjalan kaki lebih kurang 2 km setiap hari ke kebun getahnya untuk menoreh getah seluas setengah ekar. Masa kecik dulu saya selalu tercungap-cungap mengikut nenek saya berjalan. Kami tak ada kereta masa tu. Means of transport? Basikal atau motorsikal jer. Nenek saya tak suka naik motor. Bising katanya. Lebih baik berjalan kaki. Lebih sihat.
6 Makan makanan segar. Nenek saya memang pakar dalam bab nih. Makanan dia memang sentiasa segar. Seingat saya nenek saya jarang pergi kedai runcit. (pasaraya memang tak ada lagi masa tu). Beras dari bendang yang diusahakan. Lauk dari kolam ikan kat kampung. Nenek saya bela ayam sendiri. Sayalah tukang bagi makan ayam nenek. Kalau nak makan telur, sayalah tukang masuk reban cari telur ayam. Makan daging hanya masa kenduri kahwin atau masa hari raya korban jer. Itu pun kami sembelih dan masak ramai-ramai ngan orang kampung.
7 Amalkan makan ulam atau sayur mentah. Nenek saya suka tanam sayur untuk buat ulam. Paling nenek saya suka daun cekur dan ulam raja. Kadang-kadang nenek saya cari pucuk mengkudu, pucuk betik dan pucuk putat. Masa kecik dulu nenek paksa saya makan pucuk-pucuk tu. Sumpah, pahit weh. Kata nenek benda pahit ni elok untuk perjalanan darah. Tapi nenek tak benarkan saya makan timun, tembikai dan mana-mana hasil pokok menjalar.Kata nenek, ini kategori makanan sejuk kalau makan nanti urat saya kembang, cepat masuk angin.
8 Jangan membazir. Nenek saya memang pantang tengok orang membazir. Dia akan pastikan kami makan hingga licin. Caranya? Nenek saya akan masak sedap-sedap ler. Nenek saya tak perlukan resepi canggih-canggih. Nasi panas dan ikan goreng pun sudah cukup membuka selera. Nenek saya masak dengan kasih sayang sebab tulah apa saja masakannya sentiasa sedap.
9 Sentiasa ceria dan berfikiran positif . Ini saya tambah jer. Sebabnya saya tak pernah tengok nenek saya bersedih ataupun bercerita kisah-kisah sedih tentang hidupnya. Nenek saya selalu buat lawak. Saya selalu tehibur bila bersama nenek. Nenek suka cerita pasal asal usul keturunannya dulu. Nenek juga suka cerita tentang raja-raja dan dewa-dewi dalam kayangan. Tapi saya dah tak ingat cerita2 tuh, macam tak masuk akal je. Tapi masa nenek saya cerita macam real lah pulak. Masa kecik dulu saya selalu bayangkan ada putera raja akan pinang saya. Tapi kata nenek putera raja tu tak akan mampu menyaingi jejaka yang bakal bertakhta di hati saya nanti. Jejaka itu nanti lagi macho, lagi handsome, tinggi, putih dan paling penting dapat menjaga saya bila nenek saya tiada. Masa tu saya tak faham. Tapi sekarang saya akui kebenaran kata-kata nenek.......(wow..my hubby mesti terangkat nih)
Sumpah....saya sangat rindu pada nenek saya.Nenek saya adalah kawan saya yang paling spoting. Nenek tak pernah marah atau meninggikan suara pada saya. Sayangnya saya hanya dapat full-time bersama nenek hingga umur 12 tahun saja. Lepas tu saya terpaksa meninggalkan nenek untuk sambung belajar. Tapi saya selalu bersama nenek saya time cuti sekolah. Nenek banyak berpesan dan memberi petua. Tapi sayang, banyak yang saya abaikan.
Bila saya dah dewasa begini baru saya dapat hargai segala petua nenek. Banyak yang saya tak ikut sebab saya rasa agak kolot ( padan muka saya....tidak mendapat ganjarannya sekarang.)
Sekarang saya baru masuk separuh usia nenek. Tak tahulah samada saya boleh mencapai usia nenek dalam keadaan yang tidak menyusahkan anak-anak. Nenek saya meninggal dalam usia 90an. Masih segar. Tapi malang saya tidak sempat dapat menatap wajah nenek buat kali terakhir. Kata orang sehingga akhir hayatnya nenek suka bercerita tentang saya. Kata orang juga muka nenek sentiasa bercahaya bila bercerita tentang saya.....Alamak syahdu lah pulak.
Betullah kata orang... Kita hanya akan menghargai seseorang bila dia telah tiada. Kita selalu take for granted terhadap apa yang kita ada. Untuk arwah nenek saya, saya paparkan pesanannya di sini untuk panduan para pengintai blog saya. Kiranya mendatangkan kebaikan, mudah-mudahan ianya mengalir sebagai pahala untuk nenek saya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Saya? Mengikut laporan medical check up hari tu, terpaksa menukar kepada healthier diet....Harap-harap masih belum terlambat untuk mengikut pesan dan petua nenek saya....semula. Sob,sob.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rumah Homestay, Rumah Pencen
Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...
-
Tanggal 14 Mac 2015 majlis menyambut menantu sebelah pengantin lelaki pulak. Orang Kedah kata bertandang. Orang Kelantan kata hantar men...
-
Dah setel bab lapor diri di Kolej, nak kena mohon pinjaman/biasiswa pulak. Kalau ikutkan surat tawaran tu semua pelajar sudah ditawarkan pin...
-
"Kat Hospital Ampang tak boleh buat Puan. Boleh cuba Klinik Kesihatan Ampang ataupun kat Cheras Baru.Yang paling bagus Hospital Kuala ...
3 comments:
macho handsome tinggi putih ? HAHAHAHA. ayah sapa la en. HAHAHAHAHA. oke, cant stop laughing.
dahsyat betul petua nenek cg..
xsangka.. nk ketawa pon ade..
tp, ada jgk yg berguna..
Seronok bace blog cg, ayat die sporting.. macam org muda.. tp cg mmg muda la kn??
hehe
tua ke muda hanya umurnya... Yang penting jiwa mesti sentiasa muda...Ini akan memberi motivasi kepada kita. Kita sebenarnya punya tenaga dalaman yang cukup untuk mendapatkan hasil yang terbaik dalam apa saja....hehe cam bagus jer.
Post a Comment