Sunday, 19 February 2023

Lunchdate @Secret Recipe, Lotus Ampang

Sejak akhir-akhir ini kerap pulak hubby ajak keluar lunch. Destinasi utama haruslah di Lotus Ampang. Senang katanya. Saya tak perlu gi pick-up hubby kat tempat kerja sebab hubby lebih suka datang sendiri. Kami cuma perlu set time bila nak jumpa. Dan memandangkan Lotus Ampang ni terletak di tengah-tengah antara rumah dan tempat kerja, kami pergi sana asing-asing, usai makan balik pun asing-asing. Kalau rajin saya akan shopping groceries dan barang-barang rumah di pasaraya dulu sebelum balik. Banyak pilihan kedai makan di sini dan kali ini kami pilih lunchdate kat Secret Recipe. 

Fish and Chips with Americano for him

Chicken Pamiaga for makcik.

Sekian.😊

Gojezes KB84 get together.

Sejak dah pencen (baca berhenti kerja) banyak masa terluang untuk me-time dan menghibur diri sendiri. Sebelum ini setiap kali kalau diajak berkumpul dengan kawan-kawan sekolah, selalu sahaja saya mencari alasan kekangan masa menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Alhamdulillah sejak akhir-akhir ini rajin pulak hubby memberi galakan untuk saya menghubungkan silaturrahim dengan kawan-kawan dan sahabat handai yang lama tidak bersua. Haruslah kita terima dengan tangan terbuka bak kata orang rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. 

So baru-baru ini bila kawan-kawan sekolah menengah ajak berkumpul bagi menyambut anniversary ke43 tahun persahabatan laju sahaja saya memberi persetujuan. Kebetulan pulak waktu itu hubby ada meeting maka kita gunakan masa senggang yang diberi untuk bersama kawan-kawan. Depa buat perjumpaan di Flora Rossa, Putrajaya, homestay milik seorang sahabat. Program bermula pada hari Sabtu 9:30 pagi dan berakhir pada hari Ahad esoknya. Banyak pengisian yang depa dah susun… sarapan disediakan oleh tuan rumah, talk tentang menopos oleh sahabat doktor, solat jemaah serta tazkeerah, dinner dan jalan-jalan malam-malam di Putrajaya, naik boat/cruise etc, etc. Tapi seperti biasa saya hanya mampu join program makan-makan pada hari Sabtu hingga tengahari sahaja sebab disebelah petang ada majlis sambutan harijadi dua orang cucu di Conezion pulak.

Cake anniversary sponsored by a friend.

Happiest 43rd Anniversary of friendship.
Persahabatan terjalin dari tahun 1980-2023…dari tingkatan satu hingga kini.

Breakfast buddy during form 4 & 5.




Kambing bakar.

Masing-masing bawak makanan sorang sikit.




Recreating posing zaman muda remaja.😘😛

4th Anniversary cake back in 1984.

Poster in 1984: During Form 5.

2023: After 43 years.😘

Thankyou for the sweet memories. Semoga persahabatan suci kekal till Jannah, sama-sama mendoakan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.🌹

Sekian.😊

Saturday, 18 February 2023

Dating Geng Cikgu Pencen al-Amin.

Dah beberapa kali kami buat planning untuk keluar bersama tapi asyik tertunda dek pelbagai alasan. Bila masing-masing dah pencen, lebih banyak masa diperuntukan untuk bersama keluarga lebih-lebih lagi yang dah bercucu. Ada juga yang dah pindah ke tempat baru. Tapi kali ini kita buat sampai jadi. Walau hanya dengan beberapa ahli yang ada kelapangan, akhirnya pada satu hari Jumaat yang indah dapat juga berkumpul setelah sekian lama tidak duduk semeja. Alhamdulillah.🌹

Kami pilih makan-makan (brunch) di Farm Cafe, Batu Caves. Depa hidang menu ala-ala hipster tapi sesuai jugak untuk makcik-makcik yang berjiwa muda macam kami.😘

Pelbagai minuman.

Kulim mushroom soup.

Taco.

Toast with porch eggs.

Kita share semua makanan sama-sama pakat rasa sikit sorang.

Waffle berlauk...


Benarlah kata orang, when you're with friends you never know time flies. Kami duduk borak dari pukul 10:15am hingga 12:45pm. Memang tak sedar masa berlalu.

Sekian.😊

Breakfast date @ Q-Bistro Ampang.

"Pagi ni tak payah masaklah. Kita breakfast kat Q-Bistro Ampang. Lepas tu beli ubat kat farmasi." Sebut je tak payah masak, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, haruslah kita setuju 100%.

Dah beberapa kali jugak kami ke Q-Bistro sebab tempatnya selesa dan servisnya bagus. Cuma kena guna QR untuk buat order. Alhamdulillah, walau masih terkial-kial setakat nak place order via QR code ni makcik dah boleh bawa diri. So, pagi ini kita order roti canai kosong, roti canai telur dan thosai, share makan sama-sama. Tapi tak sempurna hari kita tanpa kopi. So lepas makan dan beli ubat di farmasi kita sambung mengopi di Chizu, Melawati Mall pulak. Lepas tu kita pusing keliling mall sambil kengkonon exercise kaki.😊

Order kita kali ini.

Roti canai biasa+telur.

Thosai.

Mocha for me.

Americano for him.

Sekian cerita pagi ini.😊

Jalan-jalan Ipoh: Nasi Bamboo

“Ummi, jom teman Dayah gi Ipoh hari Isnin ngan Selasa ni…” Oleh kerana hanya Ummi yang free during weekdays, laju sahaja saya mengiyakan. 

Dalam kami dok excited buat planning nak berjalan-jalan berdua tiba-tiba ayahnya pun nak ikut serta sebab tak yakin isteri terchentanya ini boleh drive jauh-jauh. Tapi apakan daya tiba-tiba pulak depa ada meeting tergempar yang tak boleh ditunda. Akhirnya anakanda pengantin baru sudi menemani jadi supir yang sedia berkhidmat. Kebetulan kebanyakan kerjanya boleh buat secara online so kita bagi flexibility untuk stop over di mana-mana sahaja yang sesuai.

Kami gerak pada hari Isnin, pukul 9:30 pagi dan stop over kat RnR Rawang untuk memberi laluan anakanda meeting online pada jam 10:30 pagi. Sambil tu kita sarapan ala kadar sebab nak simpan perut untuk lunch break di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah hasil saranan followers IG anak-anak. Kami tiba di sana dalam pukul 12:30 tengahari, sedang elok sebelum waktu puncak. Parking mudah, orang pun belum ramai dan meja pun masih banyak yang kosong.

Gulai kambing umbut pisang.🥰

Ikan pekasam, ikan kering sedang beratur.

Penuh meja macam sepuluh orang nak makan.😅

Depa balut nasi dalam daun lepas tu bubuh dalam buluh dan kukus.


Jom makan.

By the time kami habis makan orang bertambah ramai dan mula sesak. Tanpa perlu berlengah-lengah, kita bagi laluan untuk orang lain duduk pulak. Next time boleh singgah lagi.😄

Saspen tengok orang parking sampai ke lembah.

Dah kenyang perut moh ler kita teruskan perjalanan ke bandar Ipoh.

Sekian.😊

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...