Thursday, 22 September 2022

Weekend Breakaway: Hotel Perdana KL lagi.

Baru-baru ini teman hubby lagi. Kali ini di hotel Perdana KL. Seperti biasa isteri mithali sebagai teman sepanjang jalan. Hubby ada program retreat ICIFE dari Jumaat petang hingga Sabtu tengahari.

Ini kali kedua kami di sini. Haritu kami dapat bilik di tingkat 24. Kali ini lebih tinggi, di tingkat 36. Seperti sebelum ini, daripada tingkap bilik, hanya nampak bangunan Tabung Haji dan bangun PNB sahaja.

(cerita menginap kali pertama boleh baca di sini)



Ruang tamu.

Biliknya berkonsep apartment satu bilik dengan ruang tamu dan dapur, cukup untuk satu famili. Kalau dulu memang seronok bila anak-anak semua ikut berkepit dengan Ummi. Tapi sekarang bila hubby join program, duduklah makcik dalam bilik sensorang, kelikpok-kelikpok kata orang Kedah. Alhamdulillah line internet sangat bagus, jadi tidaklah boring sangat makcik nak me-time. Nak jadikan cerita, tengah cantik lepak tetiba blackout. Terpaksalah saya call maintenance untuk tengok apa yang perlu. Rupa-rupanya bilik sebelah pun takde elektrik juga… satu floor kot. Lama pulak menunggu. Lepas hampir sejam dalam kepanasan saya turun berehat di lobi kemudian keluar ambik angin dan beli makanan untuk minum petang.

Sebagai penambah perisa, toilet pulak buat hal, tak boleh flush. Alhamdulillah saya mengajar KHB masa sekolah dulu, so kita DIY sahaja apa yang patut. Rupa-rupanya tali/rantai penyambung pam tu dah putus. So kita buka penutup tangki air dan flush toilet secara manual. Benda mudah, buat apa nak stress.😀

Buka penutup untuk tarik pam secara manual.

Keseluruhan bilik air okay je.

Dapur.

Lepas maghrib hubby sambung program lagi. Kebetulan anakanda putri ada sekitar KL maka bolehlah dia datang jemput ummi keluar dinner. Kami tak pergi jauh. Hanya dinner kat foodcourt KLCC sahaja. Lepas tu lepak-lepak sampai KLCC tutup pukul 10 malam.

Singgah jumpa ayah... katanya. Lepas tu teman Ummi keluar dinner.

Fish and chips as always.

Lepak lobi tunggu hubby habis program sesi malam.

Esoknya teman hubby breakfast di cafe hotel. Oleh kerana pakej penginapan hanya bagi sarapan untuk seorang sahaja, kami bayar untuk extra pax. Depa caj RM38 per pax breakfast buffet. Dan seperti biasa saya akan duduk lepak sarapan me-time sorang-sorang bila hubby sambung program lepas sarapan. Something yang saya kind of looking forward lately. 🥰

Menu sarapannya biasa-biasa sahaja.

Beriya pulok main selpi dalam lif.

Lepas puas sarapan makcik bersiap dan berkemas untuk check-out pada pukul 12.30 tengahari. Sementara menunggu hubby habis program kita kill the time sambil tengok Netflix.

Sekian cerita santai kali ini.😊

Kenangan pokok pisang.

Pokok pisang kat rumah ni memang rajin berbuah. Setiap masa ada sahaja yang mengeluarkan jantung, berputik dan membesar dengan jayanya. Dan setiap kali juga terpaksa berperang dengan para monyet yang sentiasa berkeliaran mencari makanan.

Selama ini saya tak pernah perasan berapa lama masa yang diambil oleh jantung pisang untuk membesar menjadi buah yang cantik. Biasanya  saya biarkan sahaja mereka masak sendiri hingga tiba-tiba sahaja semua buah lesap menjadi  rezeki cikmon. Namun kali ini sengaja saya luangkan masa mengikuti perkembangan dari mula keluar jantung sehingga buahnya mula mengkal dan masak. Rupa-rupanya prosesnya  mengambil masa lebih kurang 4 bulan.

Kulit jantung mula tanggal dan mengeluarkan sikat buah yang cantik.

Beberapa kali hubby suruh saya bungkus tandan pisang tu tapi asyik tertangguh. Malas sebenarnya. Akhirnya bagai dijangka, tiba-tiba sahaja pisang tu dah kena usik dek cikmon sekelian. Habis depa angkut segala yang elok, tinggal sedikit baki untuk tuan tanah.

Tiba-tiba dah kena ragut dek cikmon.

Saya tebang dan kutip sahaja apa yang tinggal. Separuh saya peram biar masak, separuh lagi saya masak pelbagai menu.



Kerepek.

Goreng pisang cheese.

Goreng pisang biasa.

Cekodok.

Penjamu selera nan setia.❤

Itu semua cerita lama. Sekarang semua pokok pisang tu saya tebang dan cabut semua anak-anak pokok agar tidak tumbuh lagi. Dah malas dah nak berperang dengan monyet-monyet yang rajin bertandang hingga mengganggu keamanan jiran-jiran setaman.

“Nak makan pisang, beli je Mas… Pokok pisang ni memang jadi umpan monyet. Dari jauh depa dah bau… sebab tu asyik datang je.” Begitulah nasihat yang diberi. Maka kita akur demi kemaslahatan sejagat. Moga Allah bantu selamanya.🌹

Sekian cerita pokok pisang saya.😊

Salin pasu pokok fiddle fig.

Saya dah tanam pokok fiddle fig ni lebih 2 tahun lepas. Masa tu memang mencari pokok berdaun yang heavy duty dan mudah dijaga. 

( Cerita asal boleh baca di sini )

Baru-baru ni pokok ni dah mengeluarkan banyak akar sampai dah penuh pasu. Dah la pasunya bulat di bawah dan bermulut sempit, jenuh la saya memproses untuk keluarkan pokok tu dari pasu. Berkat usaha tanpa lelah akhirnya pokok itu dapat dikeluarkan dari pasu.

Kesian tengok pokok besar, pasu kecik.

Mulanya nak pecahkan jadi dua pokok tapi akarnya berselirat membelit each other seakan tidak mahu berpisah. Dah sehabis daya makcik usahakan tapi nampaknya ikatan kasih sayang mereka sangat erat. Akhirnya saya letak je dua-dua ke dalam pasu yang lebih besar. Biar mereka berkasih sayang sepanjang hayat.🥰

Buang tanah lama keliling akar tu.

Pasu 4 kali ganda besarnya... tambah tanah 3 beg.

Mudah-mudahan membesar dengan lebih sihat.

Sekian.😊

Wednesday, 21 September 2022

Kenduri @ M3 Mall, Melati.

Saya suka pergi kenduri kawen. Setiap kali menerima jemputan kenduri kahwin rakan taulan dan sahabat handai saya akan usahakan untuk menghadirkan diri. Kalu tidak bersama hubby, dengan izinnya saya akan pergi bersama sahabat baik saya.

Kali ini saya menemani sahabat saya, (sebagai 'plus one' kata orang kampung saya) ke majlis yang diadakan di Dewan de Orchid, M3 Mall Taman Melati. Majlis bermula dari pukul 6:00 petang hingga 10:00 malam. Depa buat dua sesi, 6:00-8:00 malam dan 8:00-10:00 malam. Kami pilih sesi petama dan menjadi antara tetamu awal memeriahkan majlis. 

Dalam dewan.

Pelamin

Seperti biasa, usai makan haruslah bergambar. Oleh kerana pengantin belum tiba, kita berposing sendiri-sendiri sahaja.

Dengan mak pengantin.

Teman setia makan kenduri.

Oleh kerana tempatnya cantik... moh ler kita sambung berposing buat kenangan.


Alhamdulillah makcik cepat sedar diri. Sebelum azan Maghrib kami dah gerak balik rumah. Next time kita pergi kenduri lain pulak.

Sekian cerita pada 10hb September 2022.😊

Weekend Breakaway: Hotel Sama-sama, KLIA & tasik Putrajaya.

“Ummi tido hotel lagi..? Komen biasa anakanda terchenta bila ummi depa sibuk packing barang. Dan seperti biasa saya akan pick-up hubby kat tempat kerja dan terus drive ke destinasi. Kali ini hubby ada program dengan USIM di Hotel Sama-sama KLIA.

Kami tiba di sana agak lewat sebab hubby habis meeting pun lewat plus dengan traffic jam petang Jumaat. Alhamdulillah ada je bilik kosong. Depa bagi bilik King size di tingkat 4. Kami tak ambik pakej sarapan sebab dah plan nak sarapan di Putrajaya.

Katil luas dan selesa

Sementara menunggu program hubby bermula pukul 8:30 malam kami order room service dulu. Walaupun depa ada dinner tapi saya tak termasuk dalam program USIM itu. Program tu hanya untuk staf dan ex-staf sahaja. Oleh kerana kita hanya peneman sepanjang jalan, pepandailah membawak diri sendiri.😁

Pakai troli beriya.


Mee goreng mamak

Pizza... perasa chicken masala.

Esoknya pepagi lagi kami dah check-out. Lepas tu isi minyak kereta dan terus gerak ke Putrajaya untuk sarapan dengan anak menantu dan besan yang datang dari Kota Bharu. Depa ada kerja di sini so kita ambik peluang berjumpa sebelum depa balik ke Kelantan semula. Kami sarapan di Umai Cafe, Tasik Putrajaya. Usai sarapan kita pusing tasik ambik vitamin D pagi-pagi.

Kaki posing… orang lain semua asyik berborak tak sempat nak bergambar.

Tepi tasik berhadapan Umai Cafe.

Macam nak nyanyi lagu Negaraku pulak.

Seronok tengok langit cerah menawan dengan background Masjid Besi Putrajaya.

Kami tidak berlama-lama di sana sebab hubby kena rushing untuk program KUPTM disebelah petangnya. Alhamdulillah jalan tak jam. Kami selamat tiba di rumah semula by pukul 12 tengahari. Sempatlah hubby berehat sebentar sebelum sambung kerja pada pukul 4:30 petang. 

Sekian.😊

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...