Tuesday, 17 May 2011

Selamat Hari Guru

Seingat saya, saya tak pernah menyambut hari guru semasa bersekolah dulu. Samada saya tak kisah tentang hari guru ataupun guru2 saya tidak kisah tentang sambutan hari guru. Sampai sekarang pun saya tak ingat bila bermulanya sambutan hari guru ni secara nasional. Ish..ish.. teruknya saya. Tapi sejak saya bergelar guru ni, sekolah saya menyambut hari guru saban tahun. Untuk tahun ni pihak PIBG dah buat sambutan pada hari Jumaat 13 Mei, tiga hari awal dari yang sepatutnya. Malangnya saya tak dapat nak enjoy sangat sebab terpaksa balik awal. Yang penting saya sempat makan cheesecake yang sedap tu. Terimakasih PIBG sebab sponsor macam2 juadah yang tak sempat saya jamah tu. Insya Allah tahun depan ada rezeki lagi.

Cheesecake yang sangat yummy..

Menurut cikgu Wasitah, sambutan hari guru ni bermula pada tahun 1974. Masa tu beliau masih di tingkatan 4, girls school. Depa buat sambutan yang sangat meriah untuk guru2 mereka. Saya pula baru masuk darjah 1. Sekolah pulak kat ulu kampung. Memang sah2 tak peduli langsung tentang hal ni.
Yang saya ingat setiap tahun bila tiba musim buah, sekolah saya akan buat jamuan besar2an sebab kampung saya tu sangat mewah dengan pokok2 buah. Ibubapa pula sangat murah hati mengangkut berbakul2 buah dengan motor atau berbasikal ke sekolah. Cikgu2 pulak pakat turun padang mengopek durian yang bertambun2 tu. Belum kira buah rambutan, manggis, langsat dan lain2. Kami budak2 ni pakat makan je.
Sebenarnya sifat murah hati ibubapa adalah sepanjang zaman. Ibubapa kat sekolah saya sekarang ni pun masih tebal dengan sifat2 ni. Bila tiba hari guru, memang banyak hadiah2 yang disediakan oleh mereka.
Apa2 pun sebagai guru saya amat menghargai apa saja sokongan yang diberi oleh ibubapa dalam mendidik anak2 mereka. Terima hadiah dari ibubapa atau murid memang sangat seronok tapi lebih seronok kalau saya dapat kongsi kebanggaan apabila mereka berjaya nanti. Bukan setakat kejayaan di dunia tapi yang lebih penting kejayaan di akhirat nanti. Wallahu'alam.



Tuesday, 15 March 2011

selamat kembali..

Mak ai.. lamanya tidak berblog. Dah kering idea, tak sempat masa, itu lah alasan biasa saya bila anak2 tanya kenapa umi tak update blog. Dulu, sibuk nak buat blog konon nak melakar rasa hati bila tengah tension. Dah masuk 4 bulan tak update blog ni maknanya tak stress lah ye! Hmm.
Cuti sekolah ni memang berhajat nak polish balik bakat menulis yang dah sangat berkarat tuh. Mudah2an Allah beri kelapangan masa dan curahan idea. Nak pi masak dinner dulu. Hubby ada kelas malam so sempat la nak mencatat lepas ni.

Tuesday, 23 November 2010

Malam puisi Riong

Baru2 ni saya berkesempatan menghadiri Malam Puisi Riong di Istana Budaya KL. Seingat saya tak pernah pulak saya minat puisi-puisi ni. Tapi sebab hubby ajak teman, saya ikut je la. Ramai la pemuisi (ada ke word ni?) terkenal tempatan berpuisi. Rupa-rupanya puisi ni boleh disampaikan dalam berbagai bentuk. Cara sajak, cara syair, cara pantun, cara seloka, guna band, guitar, style jazz dan macam ceramah pun ada. Hai sedih pulak, dah tua-tua begini pun saya masih buta puisi.
Sepatutnya semua pemuisi malam tu saya kenal, tapi disebabkan saya ni belum mengikuti perkembangan, saya hanya kenal beberapa jemputan sahaja. Antaranya Ust Mohd Zawawi Yusoh (sebab saya biasa dengar ceramah beliau), Anna Rafali dan Suhaimi Meor Hasan. Malam tu baru saya kenal bakat muda Taheera Rosheena menyampaikan puisi Rindu Ibu dan Khazanah karya Sasterawan Negara, Datuk Dr A Samad Said. Turut menyampaikan puisi ialah Datuk Dr Anwar Ridhwan, Dr Siti Zainon Ismail, Prof Madya Dr Lim Swee Tin, Kumpulan Tilu dan lain-lain saya dah tak ingat dah.


Antara persembahan yang menarik minat saya.

Lepas ni nak kena semai minat pada budaya ni. Kalau saya sendiri kurang minat dengan seni yang indah ni, macam mana nak harapkan generasi muda meneruskan seni budaya Melayu ni. Bak kata pengacaranya, personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya. "Puisi sesuatu yang indah kerana ia memberi banyak penafsiran dalam setiap bait yang digarap pengarangnya, malah melaluinya juga khalayak secara tidak langsung didedahkan dengan akar umbi bahasa, sastera dan budaya."
Wallahu'alam.

Friday, 19 November 2010

Aidil adha..

Rasanya Aidil Adha tahun ni the simplest ever. Kalau sebelum ni seminggu sebelum raya saya dah sibuk packing nak balik kampung. Kalau tak balik kampung pun sibuk fikir apa nak redi di pagi raya. Paling2 pun sebelum subuh saya dah sibuk kat dapur sediakan juadah raya dan segala bagai. Lagi pulak tahun ni kami tak buat korban so lagi la tidak terasa suasana raya nya. Anak2 pun pandai komen raya macam tak raya.

Pagi, solat raya di UIA. Routine kami bila beraya di KL. Ramainya manusia pelbagai kaum.

Sempat berposing usai solat raya.


Sebenarnya Aidil Adha ni bukan untuk bersuka ria. Ianya untuk menghargai erti pengorbanan. Namanya pun Hari Raya Korban. Pengorbanan unggul yang diiktiraf oleh seluruh alam ialah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anakandanya Nabi Allah Ismail. Itulah sebenarnya tarikh permulaan Islam dalam mengabdikan diri kepada Allah. Tapi kenapa ya rata2 orang Islam mengakui Islam hanya wujud 1400 tahun yang lalu. Padahal Islam telah wujud sejak zaman Nabi Allah Ibrahim beribu-ribu tahun yang lalu. Mudah2an akan muncul Sejarawan Islam yang bakal membetulkan sejarah dunia Islam... Wallahu'alam.

Sunday, 7 November 2010

While they are gone..

Now that two of my eldest are away, the house feel empty. Hubby pulak gi Singapore since Saturday, lagi la terasa sunyinya.


The unseparated sisters...

But still, they are coming back when the times allowed... Semoga Allah mempermudahkan segalanya...

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...