Tuesday, 17 May 2011

Selamat Hari Guru

Seingat saya, saya tak pernah menyambut hari guru semasa bersekolah dulu. Samada saya tak kisah tentang hari guru ataupun guru2 saya tidak kisah tentang sambutan hari guru. Sampai sekarang pun saya tak ingat bila bermulanya sambutan hari guru ni secara nasional. Ish..ish.. teruknya saya. Tapi sejak saya bergelar guru ni, sekolah saya menyambut hari guru saban tahun. Untuk tahun ni pihak PIBG dah buat sambutan pada hari Jumaat 13 Mei, tiga hari awal dari yang sepatutnya. Malangnya saya tak dapat nak enjoy sangat sebab terpaksa balik awal. Yang penting saya sempat makan cheesecake yang sedap tu. Terimakasih PIBG sebab sponsor macam2 juadah yang tak sempat saya jamah tu. Insya Allah tahun depan ada rezeki lagi.

Cheesecake yang sangat yummy..

Menurut cikgu Wasitah, sambutan hari guru ni bermula pada tahun 1974. Masa tu beliau masih di tingkatan 4, girls school. Depa buat sambutan yang sangat meriah untuk guru2 mereka. Saya pula baru masuk darjah 1. Sekolah pulak kat ulu kampung. Memang sah2 tak peduli langsung tentang hal ni.
Yang saya ingat setiap tahun bila tiba musim buah, sekolah saya akan buat jamuan besar2an sebab kampung saya tu sangat mewah dengan pokok2 buah. Ibubapa pula sangat murah hati mengangkut berbakul2 buah dengan motor atau berbasikal ke sekolah. Cikgu2 pulak pakat turun padang mengopek durian yang bertambun2 tu. Belum kira buah rambutan, manggis, langsat dan lain2. Kami budak2 ni pakat makan je.
Sebenarnya sifat murah hati ibubapa adalah sepanjang zaman. Ibubapa kat sekolah saya sekarang ni pun masih tebal dengan sifat2 ni. Bila tiba hari guru, memang banyak hadiah2 yang disediakan oleh mereka.
Apa2 pun sebagai guru saya amat menghargai apa saja sokongan yang diberi oleh ibubapa dalam mendidik anak2 mereka. Terima hadiah dari ibubapa atau murid memang sangat seronok tapi lebih seronok kalau saya dapat kongsi kebanggaan apabila mereka berjaya nanti. Bukan setakat kejayaan di dunia tapi yang lebih penting kejayaan di akhirat nanti. Wallahu'alam.



No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...