Wednesday, 14 October 2015

Goreng nasi...nasi goreng.

Kebetulan hari ni cuti sempena 1 Muharram. So berpagi-pagi lah saya di dapur. Bukannya fikir menu special pun. Kemas-kemas apa yang patut. Susun atur di mana perlu. Sambil dok fikir nak masak apa pagi ni. Biasanya kalau waktu cuti saya akan masak berasaskan nasi. Two in one. Boleh makan pagi hingga tengahari. Nasib tak baik dinner pun menu sama juga. Three in one terus. Nasib lah familiku....depa dah tahu dah kalau cuti mesti nasi lemak atau nasi berlauk. 

Tapi hari ni ubah selera sikit. Rasa nak menggoreng pulak.  Malangnya saya selalu bermasalah kalau bab menggoreng ni terutama goreng nasi. Sebenarnya bukan nasi goreng je, mee goreng, mihun goreng, pendek kata semua benda lah. Biasanya jarang dapat komen yang memberangsangkan. Almaklum la saya ni bukan pakar masak. Sekadar untuk pastikan semua yang ada dalam rumah ni tak lapar dan dapat membesar dengan baik. Kalau nak makan sedap kena pi kedai la jawapnya.

Tengokkan nasi semalam pun masih banyak, so menggoreng nasi lah kita pagi ni.

Bahan-bahannya:
Bahan asas yang memang dah ada kat rumah
 + semangkuk nasi sejuk lebihan semalam
+ 2 sudu minyak untuk menggoreng
+ sedikit garam

Cara-caranya:
Tak susah pun sebenarnya. Lesung batu wajib ada.
  • Tumbuk bawang putih dan bawang merah tu. Sebelum tu bukak kulit dan basuh dulu :) 
  • Panaskan minyak dalam kuali. 
  • Tumis bawang tumbuk tadi.
  • Bila dah garing masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk kasar. 
  • Kacau hingga garing baru masukkan cili boh. (Kalu nak guna cili merah segar pun boleh. Tumbuk juga) 
  • Bila cili dah masak, masukkan telur, Kacau rata supaya tidak berketul. 
  • Kemudian masukkan kacang buncis dan kobis yang telah dihiris. Kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan nasi sejuk tu. Tambah garam secukup rasa. 
  • Kacau hingga garing. Siap....

Hasil tangan pagi ini....pure and simple. 
Yang penting kenyang, Alhamdulillah.

Of course lah tak sama ngan Kedai Mamak atau Restoran Thai. Depa tu memang dah power dalam bab masak memasak dan goreng menggoreng............ 


PS: Saya suka nasi goreng ikan masin yang kering dan garing.

Sunday, 11 October 2015

Cuti-cuti UK: The journey began.

"Mana cerita pasal gi UK?" Banyak kali Hubby tanya. Banyak kali juga saya bagi jawapan yang sama. Tak sempat. Tak de idea. Sebenarnya cerita tu pun dah nak basi. So nak kena betul-betul ambik mood. Nak kena ingat balik apa yang berlaku.

Sebenarnya kami bukan gi bercuti pun. Ambik kesempatan ikut Hubby je. Kebetulan masa tu ada conference kat Glasgow selama 3 hari. Susun punya susun tak dapat fit in masa cuti sekolah. Tahun ni cuti pada hujung Mac. Tapi conference Hubby tu jatuh pada awal April. Mujurlah permohonan cuti tanpa gaji saya diterima. Dan anak-anak pun pakat ikut sama bercuti tanpa ganti. 

"Kali ni kita bawa sapa yang tak pernah gi UK je. Iman, Dayah ngan Ein tak yah ikut sebab dah duduk sana masa kecik dulu." Arahan Hubby ringkas dan tegas.

"Laaa.....mana aci. Kami dulu kecik-kecik. Amin ngan Nina dah besar. Best la gi jenjalan." Ada pulak yang tak puas hati.

"Tak pe, hangpa mengaji pandai-pandai. Pastu pi buat master, phd, specialis ke apa ke kat sana."

Alhamdulillah semua urusan perjalanan, tiket, hotel dan segala bagai Hubby dah setelkan secara online.

Luggage: checked!

Flight pukul 10.00 pagi so pukul 5.30 pagi kami dah bertolak dari rumah. Mula tu call teksi. Dah booking semua tapi teksi tak kunjung tiba. Sesat gamaknya. So hubby drive and parking kat KLIA season parking lot. 

Tickets: Checked! 



Passport and boarding pass: checked!

Camera: Checked!
Excited naik train untuk ke balai pelepasan antarabangsa. Lama tak pi obersi tu yang macam peghak.


Kagum dengan keluasan dan kecanggihan binaannya.

Kami ambik flight MAS. Tak kisah lah walau diselubungi dengan misteri kapal terbang ghaib, kena tembak, enjin rosak, dan pelbagai cerita. Kami tetap setia dan yakin dengan perkhidmatannya. Makanan pun okay. Sedap. Kenyang.

Lunch.


Alhamdulillah selepas 13 jam makan, tidur, tengok movie, makan, tidur, tengok movie, kami selamat mendarat di Heathrow International Airport dan selamat melepasi imigresen tanpa sebarang masalah.

Safely arrived at London Heathrow Airport. 


Kami mendarat kol 5.00pm waktu UK. Sementara menunggu bagasi, di luar dah mula gelap. Suhu agak sejuk sebab matahari dah mula menghilangkan diri.



Kami sewa teksi untuk ke airport hotel. Dia charge 20 pound sterling walaupun jaraknya tak de la jauh mana. Alhamdulillah bilik hotelnya agak selesa. Lepas dah bersihkan diri semua pakat lelap.


Pukul 3.00 pagi semua dah pakat bangun. Almaklumla tak boleh nak adjust waktu lagi. Masa tu Malaysia dah pukul 11 pagi. Mana nak boleh lena lagi. Saya bawa bekal maggi. So pepagi hari dah buang tebiat makan maggi. By pukul 8.00 pagi kami dah siap-siap untuk check-out.



Teruja first time merasa suasana sejuk.

Lepas check-out kami ambik teksi untuk ke airport semula. Kemudian kami ambik tube, nama glamer untuk keretapi bawah tanah di London, terus ke King's Cross St Pancras bagi meneruskan perjalanan ke Glasgow pulak.



King's Cross Station.

PS: Mudah-mudahan Allah merahmati perjalanan ini. Amin.

Tuesday, 6 October 2015

Pengalaman bleeding 1...Separuh Abad = separuh sihat?

"You really bleeding my dear..."
Macam-macam doktor tu membebel sambil dok buat scan kat saya. Ultrasound transvaginal scan pulak tu. Serius seram. 

Kisahnya sejak 3 bulan kebelakangan ni saya mengalami period yang banyak dan lama. Biasanya 9-10 hari dah kering. Tapi sejak akhir-akhir ni melampau-lampau pulak banyaknya. Lama pulak tu. Kadang mencapai 15-20 hari. Tak tentu masa. Dah kira istihadhah dah. So terpaksalah saya praktis kefahaman saya dalam beribadah terutama solat semasa istihadhah. Sungguh, setiap ilmu itu perlu diamalkan. Baru lah kita boleh uji tahap kefahaman kita. 

Dah namanya pun istihadhah ni darah penyakit, jadi berdilemalah saya nak tahu apakah penyakit yang sedang dialami ini. Kadang tak dapat tidur malam memikirkan apakah gerangan penyakit tersembunyi itu. Ada orang kata gejala menopause. Almaklum lah usia pun dah nak masuk setengah abad....:(

Kali ni period saya paling lama dan darah sangat banyak. Dah lebih 10 hari bleeding non stop. Asyik-asyik kena salin pad. Almost every two hours. Dah macam orang keguguran dah pulak. Cuma tanpa rasa sakit contraction. Alhamdulillah saya juga pernah keguguran anak ke5 dulu. So saya tahu keadaannya. 

Kebetulan pulak minggu ni Allah bagi cuti jerebu selama dua hari. So saya terus buat appoinment Ampang Puteri serta merta. Malangnya doktor pakar sakit puan yang biasa merawat saya fully booked hingga minggu depan. So terpaksalah saya ambik je mana-nama doktor sakit puan yang free yang boleh slot in masa depa....

Rupa-rupanya dah dekat lima tahun saya tak buat ujian pap-smear. Tadah je lah telinga kena leter ngan doktor tu. Amazingly sikit pun saya tak rasa sakit hati atau kecik hati. Malah rasa seperti disayangi...

"You must take care of yourself dear.. Do your pap smear every year...Doesn't matter to spend on your health dear....nowadays women die of breast cancer, second by cervical cancer... Don't be shy... Bla..bla..bla....." Siap check kot-kot ada ketulan kat payudara pulak. Aduhai.....sabo je lah. Mujur lah doktor perempuan walaupun non-muslim. Sangat profesional dan sangat berpengalaman. 

Dah lama saya tidak mendengar leteran orang sebab saya tak jaga diri sendiri. Sangat lama. Begitu lama. Tetiba bayangan nenek menjelma di depan mata saya. Nenek yang selalu berleter untuk pastikan saya sihat. Nenek yang selalu berleter untuk pastikan saya sentiasa jaga kesopanan gadis ayu. Nenek yang selalu berleter untuk pastikan saya jadi wanita mulia. Sungguh! Saya amat rindu detik-detik itu.....:(

"I cannot do the pap-smear now because you bleed too much." 

"So I'm going to  give you some pils. Take 2 tablet after breakfast and another two after dinner. Non stop for 21 days okay. This is to stop the bleeding."

"Come back nextweek when the blood is clear then we do the pap smear...."

Lepas tu saya gi buat buat ujian darah pulak, nak uji kot-kot ada kuman dalam darah. Kuman apa tah dia nak tengok. Tunggu je lah keputusan ujian darah tu minggu depan.. Tapi setakat ultrasound scan tadi tu tiada tanda menunjukkan apa-apa benda yang tidak normal. Payudara pun clear. Alhamdulillah.
Bertambun doktor bagi ubat norcolut ni. 84 biji semuanya..
Tak sangka pulak ada ubat tahan darah ni. Tahan darah supaya tak period. Depa selalu guna kalau nak pi Umrah atau Haji. Ada juga yang makan sebab nak puasa penuh bulan Ramadhan. Entah lah. Secara peribadi saya tak berapa gemar makan benda-benda yang macam tak normal ni. Takut ada side efek negatif. Tapi kali ni kira terpaksa sebab kira darurat untuk menjaga kesihatan. Mudah-mudahan tidak ada perkara yang lebih buruk belaku. Tunggu je lah minggu depan dengan harapan baru...
Setia menemani Umi dalam susah dan senang,,.
Alhamdulillah ada anak menantu jadi driver bawa Umi pi spital..


PS: Hargailah sihat sebelum sakit...

Sunday, 4 October 2015

Abuni dah jadi mak...

Khamis lepas, balik saja dari sekolah terus nampak Abuni macam restless. Manja semacam asyik ngekor saya kat dapur. Biasalah kita mak-mak ni balik kerja terus masuk dapur.  Saya tiba rumah dalam pukul 5pm sebab singgah kedai beli lauk pauk dan sayur mayur. Tak sempat bukak tudung lagi dah buka peti ais tengok apa nak masak untuk makan malam. Cuci dan simpan segala barangan dapur yang dibeli. Abuni sabar je dok mengekor saya ke sana ke mari. Tak pernah-pernah duduk atas riba tetiba ngeow nak duduk atas riba.
Layankan aje. Baik je duduk atas riba. 
Bersandar pulak.
Bila saya tak layan dia pun bawa diri. Entah yang depa bincang laki bini. 

"Rasa macam Buni nak beranak la Umi. Dia asyik masuk bilik Amin je. Cari lemari nak masuk. Kat sekolah pun kucing-kucing suka beranak dalam lemari. Ada yang beranak dalam lemari Quran kat surau..." Sekolah saya memang banyak kucing. Pelajar al Amin memang ramai yang penyayang dan suka ngan kucing. 

Lepas saya dah siap masak, saya pun suruh Amin ambik kotak yang saya dah sediakan sejak minggu lepas. Dah beberapa kali ajar Abuni masuk dalam kotak tu sebelum ni tapi dia macam tak bersedia lagi. 
Amin sabar je melayan. 
Beberapa kali Amin letak dia dalam kotak tu tapi Abuni asyik melompat keluar. Cara melompat tu macam tak ada rupa nak beranak lagi. Asyik-asyik dok ajak Amin masuk bilik. So kami angkut kotak tu masuk bilik Amin.
"Redha je lah Amin. Biar jelah Buni selesa kat bilik Amin. Bagi chan ibu mengandung nak beranak"
Suka hati je masuk laci Amin. 
Rupa-rupanya Abuni memilih wad bersalin first class. Masih berminat dengan laci seluar Amin jugak. Yang atas tu laci baju. So Amin pun punggah semua seluar dari laci tu. Saya alas ngan surat khabar lepas tu lapik ngan tuala buruk. 
 
Muka puas hati dapat tempat idaman. Bila dah nampak dia selesa kami tinggalkan dia berehat. Masa tu dah nak masuk waktu Maghrib.  
Muka sabar bakal ibu.
Tepat jam 8 malam Jumaat 1 Oktober 2015 Abuni selamat melahirkan seekor baby boy. Diikuti sekor lagi pukul 8.30pm dan sekor lagi kol 9 dan lastly kol 9,30 malam. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Pandai Abuni menyusun masa dan sangat penyabar. Kami semua pun sabar menemani Abuni sehingga semuanya selesai. By kol 10pm semua dah masuk tidur.
4 ekor baby Abuni. 
Tiba-tiba terselah sifat keibuan Abuni, Walaupun kemain ganas anak-anak yang tak sabar cari susu. 
Muka redha je. Kecik-kecik dah jadi mak.
Kemain. Baru sehari lepas bersalin dah berposing. 

PS: Baru minggu lepas mengadap mayat Goblin. Minggu ni sambut anak kucing pulak. 4 ekor sekaligus. Sungguh setiap kejadian itu ada hikmahnya. Allah datangkan dengan rezeki dan ujian serta pahala dalam satu package. Hanya kita yang harus berusaha mencari hikmah itu..

Saturday, 3 October 2015

Tetamu di pagi raya

"Umiiii...Goblinnn." Tetiba Nina menjerit sekuat hati pabila pintu dibuka pepagi buta di hari raya.
Sebenarnya saya minta Nina ambilkan daun kunyit. Nak hiris dan tabur dalam rendang daging. Rendang tu dah siap masak pada malam sebelumnya. Pagi raya tu cuma perlu  perangat untuk makan dengan pulut kuning dan nasi impit yang telah siap sedia di atas meja. Saya tanam kunyit dalam pasu depan rumah. 

Goblin, nama yang diberi Nina kepada kucing yang datang menumpang di luar rumah saya. Ya...hanya di luar rumah. Saya tak pernah izinkan dia masuk ke dalam rumah. Hanya kerana rupanya yang sangat buruk penuh kurap menyamakan rupa wajahnya seakan goblin dan mengundang rasa seram pada kami sekeluarga. Walaubagaimanapun Hubby yang pengasih dan penyayang rajin juga memberinya makan minum di luar rumah. Saya tak pasti berapa lama dia menumpang teduh di belakang rumah saya. Tidur baring di atas rak laundry saya. Cuma dua hari sebelum hari Raya Haji dia berpindah ke porch depan rumah. Duduk diam di atas rak kasut pulak.

Dan dalam kesyahduan pagi hari raya itu  dia terbaring di atas lantai betul-betul depan muka pintu. Mulut dah berbuih walau masih bernafas dan bergerak perlahan. 

"Umi rasa dia dah nazak la Nina. Kesian...." Hanya itu yang mampu saya ucapkan dengan perasaan yang bercampur baur.

Kami tinggalkan dia di situ. Saya meneruskan urusan di dapur. Seisi rumah yang lain bersiap sedia untuk solat hari raya di Masjid dan meneruskan program hari raya kami. Saya tak pasti bila saat ajalnya tiba cuma yang pasti  by Zohor jasadnya dah mula kaku.

"Tak pe..lepas 'Asar nanti dah teduh sikit kita gali kubur dia." 
Maka bertambahlah sebuah lagi pusara di tepi halaman rumah saya.

"Umi rasa kenapa dia datang pastu mati kat rumah kita? Spesifik kat rumah kita. Depan pintu pulak tu......." Soalan maut dari Dayah.

Seingat saya hanya ada beberapa individu dan makhluk Allah yang saya tangisi pemergian mereka. Walau jarang bersama, mereka ini punya ruang tersendiri di sudut hati saya. Permainan usia seakan memberi pelbagai impak kepada hati dan perasaan saya. 

Sebenarnya saya lebih terkesan dengan tetamu yang hadir dikeheningan pagi itu. Tetamu yang hadir hanya untuk bertemu Goblin. Andai tetamu itu masuk ke rumah mencari sebahagian dari kami adakah perasaan saya akan berbeza....

PS: Ini bukan rasa biasa.....

Me-time Sekali Sekala

Semalam hubby ada program di Putrajaya dari pagi hingga lewat petang. Awalnya saya memang berhajat untuk ikut ke sana. Sementara menunggu hu...