Thursday, 29 May 2014

Fly high boy..

Setelah lama berfikir (agaknya la..), berbincang, mostly ngan ayahandanya akhirnya anak bujangku mencapai keputusan yang hampir pasti.

"Masuk matrik lah umi..."

Alhamdulillah. Memang itu pun yang saya harapkan. Walaupun saya tidak pernah memaksa atas sebarang keputusan yang bakal dibuat. Anak lelaki biar lah berbincang dengan si ayah. Mereka lebih memahami antara satu sama lain. 
Selamat datang ke Ledang.
So pada hari Isnin 26 Mei 2014 bermusafirlah kami ke Selatan Tanah air. Cuaca Alhamdulillah sangat terang. Sepatutnya schedule pendaftaran pelajar lelaki sebelah petang. Tapi saja nak pi pagi-pagi supaya banyak masa nak pusing-pusing melawat kawasan.
Kami tiba dalam pukul 12.30 tengahari. Orang sangat ramai sebab pendaftaran sesi pagi belum selesai. Walaupun parking agak susah tapi hati saya sudah tertawan dengan suasana kampus kolej tu. Nampak tenang dan welcoming. Seperti ada tarikan...
Akhirnya dapat parking.
First step ahead....
Semakan pendaftaran.... nak ngan ayah jugok :)
Queue nak ambik kunci pulok..
Kami dah siap register online. So semuanya berjalan lancar. Dalam masa 30 minit dah dapat kunci bilik. Tak perlu tunggu sesi petang. Rezeki datang awal. Alhamdulillah.
Orang pertama masuk bilik. Satu bilik share 4 orang
Katil, almari, kerusi meja study, softboard. Siap ngan cermin besar.
Umi jugak kena pasangkan cadar...
View dari meja study..
Dari balkoni tingkat 3. Hijau nan menawan.. 
Sempat lagi jalan-jalan tengok kawasan kelas.
 Ambik feel dalam lecture hall
Seronok nampak...:)
Alhamdulillah saya gembira bila anak-anak gembira. Mula tu sesak nafas jugak. Sebab bujang ini lah satu-satunya yang tak pernah keluar dari al- Amin. Dari tadika sampai tingkatan 5, bumi dan langit al-Amin lah yang dipijak dan dijunjungnya sejak kecik. Sekarang dah keluar dari kepompong zon selesa. Bermula langkah-lang kecil menuju kejayaan dunia dan akhirat. Insya Allah.

PS: Hmm..The feeling of empty nest yet again...huhu

Wednesday, 28 May 2014

Mangga epal

Setiap hari buka pintu sliding door saya akan merenung pohon mangga epal nan sebatang ini. Alhamdulillah dah semakin membesar di tepi pagar rumah saya. Mengikut kata akak nursery hari tu pohon mangga ni jenis ringan. Dalam masa 3 tahun dia akan mula berbuah. Hmm... sabar je la menanti. 
Pohon mangga epal yang baru berusia lebih 2 tahun. Batang kurus keding sebab kurang jagaan.

Masa mula-mula tanam dulu tingginya hanya dalam 18 inci je. Alhamdulillah masih boleh hidup subur walaupun kurang diberi perhatian. Sepatutnya kena bubuh baja setiap 2 minggu. Guna baja organik  a.k.a baja tahi ayam. Setiap kali tabur dalam 2 sudu besar kat keliling pokok tu. Itu teori lah. Praktikalnya ikut kerajinan....Hmm :( 

Tadi pi kedai ternampak pulak mangga epal ni. Beli la sebiji buat semangat. 
Saja nak berangan, mudah-mudahan pohon mangga saya tu akan menghasilkan mangga seenak ini. 

Tuesday, 20 May 2014

Jangan lupa air kelapa..

Saya jarang ambik cuti. MC jauh sekali. Masa anak kecik dulu selalu la juga. Sebab anak-anak tak sihat. Tapi baru ni Allah uji. Sikit je pun. Berpunca dari sakit perut hari Jumaat, membawa ke hujung minggu. Tapi ada hati juga pi Pesta Buku malam tu. :)
Dah masuk 3 hari perut saya rasa tak selesa. Simpton yang tak dapat dikenal pasti. Dah macam-macam teori saya jumpa kat Mr google. So hari Isnin tu terpaksa la bercuti. Saya pi klinik, tapi lupa pulak nak minta MC. Tak tahu lah sekolah nak kategorikan cuti apa. Suka hati depa lah. Cuti ehsan ke, cuti tanpa gaji ke. Redha je lah...Yang penting saya dapat berehat.

So hari Isnin tu pepagi lagi hubby terpaksa pi hantar anak2 ke sekolah. Balik singgah beli sarapan. Pastu keluar balik ada meeting kat UIA. Tengahari bawa balik makanan tengahari pulak. Lepas tu petang pi ambik anak sekolah. Adoyai...sian pulak tengok hubby susah payah bila saya sakit.

"Petang ni pi hospital pakar. Suruh doktor check apa masalahnya.."
Hmm... ni yang malas ni. Nak menunggu kat hospital tu. Buat saya lagi stress je.
"Umi ni macam orang tua lah. Macam orang kampung takut nak gi hospital." Sukahati je si Iman ni menambah.

Hahah....cakap la apa saja. Saya memang malas nak lalui trauma buang masa menunggu kat hospital tu. Elok sakit sikit-sikit tak pasal-pasal terus dapat hyper tension.
Asal kejadian hari Jumaat tu saya tak sarapan. Dah memang jenis memilih makanan. Kalau tak kena dengan selera memang la saya tak makan. Dah la menu kat sekolah tu tak banyak pilihan. Nasib awak lah kalau nak mengada-ngada tak lalu makan. Tak nak makan sudah! Tak ada sapa nak melayan ketidakadaseleraan awak ye! Kebulur la sensorang :( Pastu perut masuk angin....padan muka.

Tengahari tu makan nasi ayam. Mungkin sebab perut dah kosong so angin pun dah terperangkap. Dapat penyakit pedih ulu hati pulak (orang selalu panggil gastrik). So malam tu berguling-guling la tak boleh tidur. Asyik ulang alik pi toilet sampai 6 kali. Silap saya juga sebab pi minum Vitagen sampai 2 botol. Menambahkan acid dalam perut. Lupa pulak Vitagen tu hanya elok untuk sakit perut kalau keracunan makanan atau pun salah makan je.

So hari Sabtu terus pi hospital pakar, A & E dan pesakit luar. Konon pi hospital pakar sebab nak dapatkan treatment yang bagus.
"2016. Nombor sekarang 2013. Sila duduk."
Lebih sejam menunggu, nombor kat papan tu ta gerak-gerak. Adoyai...
Malas nak buat hal kami pun beredar pi klinik Izham. Biasanya kami pi klinik Izham je pun. Tapi sebab suspek ada penyakit yang lebih serius umpamanya Gall stone, Stomach Ulcer/Cancer dan seumpamanya...tu yang terus pi hospital pakar. Huhu....kenapa tah pi melalut sampai ke penyakit-penyakit yang menyeramkan tuh..Na'uzubillah.

"2016. Nombor sekarang 2015. Sila duduk." 
Entah suratan atau kebetulan saya dapat nombor yang sama juga. 2016. Sungguh. Allah bersama orang yang sabar. Alhamdulillah. Memang tidak mengecewakan. Semuanya setel dalam masa 30 minit je. Seperti yang saya agak, penyakit angin sebu je. Bahasa glamernya gastrik. Biasa lah, doktor akan bekalkan bermacam-macam jenis ubat. 
Mengalahkan orang sakit tenat.
Dan seperti biasa juga saya hanya makan apa yang saya nak sahaja

So hari tu saya bagaikan puteri...
"Umi tak payah masak lunch. Nanti ayah singgah beli lunch."
"Iman beli air kelapa..."
 Owh..air kelapa. Dah lama saya tak minum air kelapa. Lupa pulak tentang khasiatnya selama ini.
Sebenarnya sejak dari kecik saya diajar supaya sentiasa minum air kelapa muda. Banyak khasiat yang mungkin masih belum dikaji oleh orang kita.
Ayah saya memang pengamal air kelapa muda. Dah jadi macam rutin pulak bila setiap kali rasa tak sihat saya akan diberi minum air kelapa. Kat belakang rumah (kat kampung dulu) memang ada beberapa batang pokok kelapa khas untuk air kelapa muda. Petang-petang kami akan lepak-lepak santai sambil menikmati kelazatan air kelapa muda....oh rindunya waktu itu. Eh! Tetiba pulak...... Tapi sejak dah konon-konon moden ni saya selalu beli air 100+ je bila anak2 tak sihat. Bajet moden konon. Dah lupa asal usul. Adoyai...

Sebenarnya menurut orang tua-tua air kelapa muda ni dapat meneutralkan semula kadar racun dalam tubuh kita. Juga mengembalikan kehilangan air dalam badan kita. Terutama kalau kita terkena cirit-birit elok sangat lah diminum air kelapa ni. Masa kecik-kecik dulu ayah saya selalu sediakan air kelapa untuk berbuka puasa. Untuk mengembalikan tenaga. Untuk budak-budak yang ada masalah kecacingan pun boleh. Bagi je budak-budak tu minum selalu. Nak bagi sedap tambah sikit air limau nipis dan sedikit garam bukit. Ada juga yang guna untuk merawat  santau, batuk berdarah, ketagihan rokok dan dadah. Tapi ada doa-doa dan ayat-ayat tertentu yang kita kena baca. Malangnya saya tak pernah ambik kisah nak belajar bab-bab perubatan ni. Cukup hanya dapat minum bila rasa tak sihat je.

Alhamdulillah setelah meneguk dua biji air kelapa muda khas untuk saya seorang saja, selepas sejam badan terasa kembali segar. Alhamdulillah esoknya dah boleh pi sekolah. Kesian budak-budak nak ulangkaji musim pereksa ni....

Monday, 3 March 2014

15 tahun tanpa jemu....

Pagi Ahad baru ni pi tadi hantar Nina sempena Temasya Sukan Tahunan sekolah dia kat UIAM Gombak. Pukul 7.15 am saya dah keluar rumah. Alhamdulillah jalan tak jam. So ngam-ngam sampai kol 7.30am. Saya drop je sebab tak larat nak tunggu memikirkan banyak kerja kat rumah yang belum selesai. Lagi pun sehari sebelum tu sibuk dengan acara merentas desa sekolah menengah. So lepas drop Nina saya bercadang nak siapkan apa yang patut sebelum keluar semula. Dia pulak masuk acara 4x100m. Acara paling akhir dalam senarai acara mengikut tentatif program. Kurang-kurang pun pukul 12.30pm baru nak mula acara. Masa tengahari rembang tu baru nak mula berlari.

On the way balik sempat lagi menyinggah beli nasi dagang dan nasi berlauk kat Taman Permata. Dia buka gerai depan rumah. Saya suka sebab servis dia sangat cepat. Ala-ala drive thru gitu. Makanan dah siap bungkus. Cuma pilih, ambik dan bayar. Kelantan Delights, ada di mana-mana. Saya keluar semula pukul 10.00 am. Ramai ibu-bapa yang dah dah balik sebab tak tahan panas.

Padang dah mula lengang.

Cuaca sangat terik. Masa tu baru separuh acara yang dah selesai. Terpaksa menunggu lagi lebih kurang 2 jam. Adoyai....dah lah cuaca panas terik. Kat news dok sibuk pasal strok haba. Depa pulak pi buat sukan, berlari tengah-tengah hari buta. Huh...sabar, sabar.

Cuaca redup sebentar. Angin sepoi-sepoi bahasa.

Tak ada kerja dok menggedik kat atas grand stand.


Akhirnya setelah sabar menunggu pada pukul 1.00 tengahari selesai juga acara larian Nina. Dapat towel untuk lap peluh.

"Alhamdulillah, lega!! Selepas 15 tahun!!."

Hubby siap buat kiraan. Rupa-rupanya dah genap 15 tahun kami menghadiri temasya sukan anak-anak. Saban tahun tanpa henti. Bermula dari puteri sulung saya darjah 1 hingga mek bungsu ni darjah 6. Ke mana dan di mana saja sukan ini di adakan kami pasti tak lepas peluang menghadirinya walau dalam susah dan senang. Lepas ni dah boleh pencen dari menghadiri temasya sukan sekolah rendah. Nak peghabih yang sekolah menengah pulak. Lima tahun lagi la nampaknya. :)

Jerebu..ke nak hujan?

"Cikgu, esok cuti ke?"
Tetiba ramai pulak budak-budak dok tanya samada esok sekolah cuti atau tidak. Alasannya? Jerebu yang sangat teruk melanda sekolah hari ni. 
"Eh..sekarang ni jerebu ke?"
Adoyai...ada pulak yang tak pasti samada jerebu atau sebab nak hujan. Tak tahu lah berapa bacaan Indeks Pencemaran Udaranya. Tapi yang pasti saya dah mula sakit tekak dan batuk-batuk. Mata pun dah perit. 
"Rasanya tak cuti selagi IPU tak cecah 300. Katanya sekarang baru 77." 
"Eh..tapi tengokkan suasana tu dah macam cecah 500." Pandai-pandai je depa ni buat skala sendiri.
Suasana pada pukul 3.00 pm. Macam dah nak dekat waktu Maghrib. 
Alhamdulillah tetiba hujan turun.
Rahmat dari Allah tiada siapa yang dapat menduga.

"Dah sampai rumah ke?" 
Hubby pulak tetiba call dari ofis. Sebab? Masa hubby call tu kat KL hujan sedang turun mencurah-curah dengan lebatnya. Takut isteri kesayangan ni terkandas dalam hujan..... Alhamdulillah saya dah selamat sampai rumah walaupun MMR2 dah mula sesak.
Apa-apa pun semoga hujan rahmat ini meningkatkan paras empangan dan mencukupkan bekalan air buat penduduk setempat. Mudah-mudahan juga pihak yang berwajib akan revise balik pelan catuan air walaupun saya dah beli tong-tong air besar gedabak sebagai bekalan dihari muka. Hmm....

Lunch Anak Beranak @Kajang

Pagi semalam kami melawat anak bongsu di Putrajaya. Tiba-tiba terasa nak keluar lunch dengan anak no-2 yang bekerja di hospital Kajang waktu...