Wednesday, 24 December 2025

Sarapan @Mak O Mak & Kedai Buku

Setiap minggu dah jadi rutin menemani hubby buat kerja di kedai kopi. Biasanya satu atau dua hari dalam seminggu kami akan rotate kedai kopi sekitar Lembah Kelang ini sebagai tempat buat kerja. Tapi hari ini kita off rutin. Kita cuma keluar untuk sarapan di Mak O Mak, Melawati kemudian jalan-jalan masuk Melawati Mall cari buku dan beli groceries di Village Grocers.

Lontong yang yummy for makcik.

Portion sarapan di Mak O Mak ini agak mewah so bolehlah kita sharing and caring. Depa sediakan pinggan-mangkuk dan sudu-garpu self service. Kalau perlu mangkuk tambahan boleh ambik sendiri.

Share lontong sorang separuh.

Big breakfast for hubby.

Usai sarapan kita cari buku di MPH, Melawati Mall pulak. Seperti biasa hubby akan cari buku akademik sementara saya akan cari novel bacaan umum.

Sekarang ini saya seronok membaca siri novel tulisan Freida Mc Fadden. First novelnya yang saya baca ialah The Ex, beli di kedai buku Changi Airport, Singapore years back. Tertarik dengan cara penceritaannya saya beli novel The Housemaid, The Inmate dan sekarang sedang menghabiskan The Housemaid Is Watching. Setelah sekian lama bercuti membaca novel English, nak kena improve balik segala vocab yang dah berkarat selama ini. Semoga sentiasa dikurniakan rezeki kesihatan dan kelapangan masa. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Thursday, 18 December 2025

Pasang Water Heater Baru

Dah lama saya dok berangan nak pasang water heater di bilik air di tingkas atas. Dulu dah pasang di bilik air tingkat bawah sebab cucu-cucu selalu komen air sejuk bila nak mandi pagi-pagi. Bila dah ada air panas nenek pulak yang seronok terutama bila cuaca sejuk dimusim hujan. 

{Cerita sebelum ini baca di sini }.

Kali ini kita pasang di tingkat atas pulak supaya tidak berebut bila cucu dah bertambah. Saya tak buat banyak carian pun. Kebetulan baru-baru ni hubby ajak study di Datum Jelatek so saya sambung menapak ke kedai SengQ. Pilih mana yang berkenan dan bayar. Sambil itu kita join membership SenQ dengan hajat selepas ini senang nak tambah barang lain pulak. (Banyak sangat projek baik pulih rumahku syurgaku yang terkumpul dalam kepala, menunggu masa untuk direalisasikan sahaja).

Pilih-pilih…

Brand Panasonic.

Ready untuk kontraktor bawak naik atas.

Saya pilih jenama Panasonic dengan range yang paling mudah digunakan. Maklumlah dah tua-tua begini kita nak yang mudah-mudah sahaja. Depa tolak 20% untuk harga member. Saya bayar RM1000+ termasuk RM160 harga pemasangan. Esoknya contractor terus datang pasang.

Melambak atas lantai.

Peralatan yang digunakan.

Depa datang dalam pukul 12 tengahari dan siap pemasangan hampir pukul 2:00 petang. Agak lama kerana depa terpaksa buat wiring baru khas untuk water heater dengan bayaran tambahan sebanyak RM250. 

“Air rasa tak best. Macam ada bau…” Biasa la benda baru. Saya pun tak pasti bila bau paip akan berakhir. Yang penting, nenek dapat mandi air panas pagi-pagi untuk kesegaran badan. 

Semoga Allah murahkan rezeki dan kesihatan yang baik sehingga akhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Wednesday, 17 December 2025

Teman Hubby Buat Kerja @Datum Jelatek

Semalam kami ke Datum Jelatek lagi. Biasanya saya akan teman hubby buat kerja di Jamaica Coffee. Depa ada kemudahan internet (free wifi). Dan kami akan stay lebih kurang dua jam sambil minum kopi dan order pastry atau pasta. Namun semalam, kafe kegemaran kami sudah tiada. Tidak pasti sejak bila depa tutup sebab last kami berkunjung ke sana adalah pada bulan lepas. Depa dah letak signboard, tempat itu akan diganti dengan Kenangan Coffee. Akhirnya kami masuk buat kerja di kedai Locca Cafe. Kami order air dan makanan sambil hubby buat kerja.

Chicken bolognese untuk makcik dan mee kari untuk hubby.

Sementara hubby buat kerja saya ambil peluang jalan-jalan pusing mall. Kali ini kita sambar sehelai tudung bawal dari gerai di tingkat dua dan dua helai blouse (buy one free one) dari F.O.S (Factory Outlet Store) juga di tingkat dua. Seperti biasa saya juga akan pusing-pusing kedai Mr DIY di tingkat 3 dan membeli satu dua barang-barang keperluan rumah. Sambil itu kita nikmati hiasan foyer mall yang sentiasa berubah mengikut keadaan. Kali ini hiasan mereka bertemakan sambutan hari Christmas yang akan tiba tidak lama lagi.

Hiasan untuk menyambut Christmas.

By pukul 4:30 petang kami dah bersiap untuk beredar balik dan tiba di rumah hampir pukul 5:00 petang. Cuaca pun masih gloomy dengan hujan renyai-renyai sejak pagi. Ayuhlah kita sambung berehat di rumah pulak. Semoga dikurniakan kelapangan dan rezeki yang baik hingga akhirnya. Aamiin.🌹

Sekian. 😊

Tuesday, 16 December 2025

Supper @Mahallah Bilal UIAM

Dah beberapa minggu hubby buat kelas malam (6:00pm-9:00pm) untuk Masters Students di UIAM. Dan kali ini kita bercadang untuk lepak-lepak di Kafe Mahallah Bilal UIAM, sambil menunggu hubby habis kelas. 

Pukul 8:30 malam anak menantu no-3 datang menjemput saya di rumah dan terus gerak ke UIA. Kami tiba sana dalam pukul 9:00 malam. Sambil menunggu hubby habis kelas kita order shawarma dan teh-O ais dan makan sambil melayan cucu.

Tok ayah dan cucunya.




Sebenarnya nenek dan tok ayah nak luang masa bersama cucu sahaja. Makan-makan itu bonus. Semoga Allah kurniakan kesihatan dan ruang waktu untuk bersama cucu-cucu yang lain pulak. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Sunday, 14 December 2025

Overnight @Impiana KLCC

Sabtu 13th Disember 2025

Semalam hubby ada program Home Coming apa ntah. Depa buat di Hotel Impiana KLCC. Saya malas nak tahu details. Bila hubby ajak teman bermalam, kita follow sahaja tanpa banyak bunyi. Penganjur tak sediakan penginapan sebab program dijadualkan habis pukul 10:00 malam. Tapi hubby booking satu bilik untuk berehat sebab malas nak balik rumah malam-malam.

Kami gerak dari rumah dalam pukul 3:00 petang terus ke hotel. Alhamdulillah dapat parking dengan mudah walau laluan ke tempat parking agak sempit dan berliku.

Kami dapat bilik di tingkat 13. Sepatutnya mengadap KLCC, tapi dilindungi oleh bangunan lain yang lebih tinggi. Kita pasrah sahaja.


Pemandangan di luar jendela bilik.

Saya tidak bercadang untuk ke mana-mana. Lepas check-in saya cuma nak berehat lepak-lepak dalam bilik hotel sementara menunggu hubby habis program. Nak keluar cari makan pun malas. Lagi pun di luar hujan lebat. So kita ambik room service sahaja.

Hujan lebat pulak.

Spaghetti bolognese for makcik dan nasi goreng for hubby.

Esok paginya kami plan untuk keluar berjogging di Taman KLCC. Tapi tiba-tiba rasa malas pulak. Cuaca pulak sangat nyaman so, lepas subuh kita sambung masuk bawah selimut semula.

Pukul 9:30 pagi baru kami turun untuk sarapan di kafe hotel. Dan seperti biasa saya akan ambik fruits & salad diikuti oleh bubur nasi. Kami duduk melepak di meja makan lebih satu jam. Rasanya belum pernah lagi kami nikmati suasana santai begini. Biasanya jika mengikut hubby ke program sebelum ini saya akan duduk sorang-sorang (me-time) dan hubby akan sambung dengan program sesi seterusnya.

Fruits & Salad untuk makcik.

Bubur nasi untuk makcik.

Kuetiau sup udang, juga untuk makcik.

Usai sarapan kami keluar jalan-jalan sekitar hotel. Kemudian kami naik bridge cross jalan ke kawasan Taman KLCC. Kebetulan musim cuti sekolah, ramai pulak pengunjung yang datang dari jauh dan dekat. Walau rumah kami dekat dengan KL jarang sangat makcik menikmati keindahan kota raya di tempat sendiri. So, ayuhlah kita ambik peluang yang datang sekali sekala begini.




Sentiasa teruja melihat Petronas Twin Tower KLCC.



Ramai beratur untuk melawat Aquaria.

Duduk di tingkap pun jadi.

Done jalan-jalan, ayuhlah kita check-out dan balik rumah. Seindah mana pun tempat yang dituju tetaplah nak balik rumah. Home sweet home. 🥰

Semoga Allah mudahkan urusan dan diberi kesihatan yang baik untuk hari-hari mendatang. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Saturday, 13 December 2025

Autumn in Tokyo: Tokyo Camii, Wagyu & Tokyo University

Day 7: Jumaat 5hb Disember 2025

Hari ini kami check-out dari Super Hotel Tozai Line dan berjalan kaki ke rumah anak-menantu. Semalam dah bawak luggage dengan kereta sewa, so hari ini kami cuma bimbit/bawak hand luggage sahaja. Urusan check-out pun sangat mudah. Kita cuma tutup pintu bilik dan keluar hotel. Tiada kunci bilik kerana depa cuma bagi password untuk masuk bilik. Cukup tempoh, password itu akan lapse secara automatik.

{Cerita semalam, boleh baca di sini }.

Kaunter check-in hotel yang sangat simple.

One for the memory dalam lif hotel.

Hari ini, mengambil berkat hari Jumaat, kami bercadang untuk ke Tokyo Camii (baca Tokyo jamek), Masjid yang terbesar di Tokyo. Di sebelahnya (adjoining) adalah Turkish Cultural Centre. Katanya Masjid ini dibina oleh Kerajaan Turki dan semua perbelanjaannya di tanggung oleh Jabatan Agama Republik Turki.

Semasa kami tiba, para jemaah lelaki sudah ramai. Kawasan wanita adalah di tingkat paling atas. Oleh kerana ruang lelaki dah mula penuh, kami terpaksa menggunakan tangga sebelah luar bangunan ke tingkat atas yang juga dipenuhi oleh jemaah lelaki. Kemudian naik tangga yang sempit keliling tiang, ala-ala memanjat menara KL pulak, untuk ke ruang solat wanita. Dah lama saya tidak bersolat Jumaat. Kali terakhir saya solat Jumaat di Regents Mosque, semasa saya melawat London dua tahun lepas. 

Tokyo Camii tersergam indah.

Ruang solat utama dalam Masjid.

Depa baca Khutbah Jumaat dalam 4 bahasa iaitu  Bahasa Jepun, English, Turki dan Arab. Saya hanya faham dalam English sahaja. Khutbahnya sangat simple, short and sweet kata orang kampung saya, berbicara tentang kelebihan solat Jumaat.

Senibina Masjid ala-Turki yang cantik.

Di aras paling bawah masjid terdapat Halal Market dan pusat/dewan pameran tentang Islam dan kebudayaan negara Turki. Hajat nak melawat kawasan tapi ramai sangat jemaah yang berlegar-legar selepas solat. Pihak masjid  juga sediakan pack makanan dan minuman untuk para jemaah tapi kami abaikan sahaja sebab malas nak bersesak. Lagipun perjalanan kami masih jauh. 

Lepas solat kami patah balik ke train station untuk ke Ueno. Anak-menantu nak belanja makan wagyu halal sempena ketibaan birthday ayahnya dalam dua hari lagi. Ayuhlah kita menjamu selera.

Hubby dan anak bongsunya.
Depan kedai Ueno Halal Wagyu Yakiniku Iwasaki.

Sijil Halal yang dipamerkan.


Wagyu segar.


Usai makan, kami berjalan melalui lorong sempit untuk menunggu bas ke Tokyo University pulak. Hubby belum habis excitement untuk melawat universiti selepas melawat Universiti di Shibaura tempoh hari.

Lorong belakang, short cut untuk ke bus stand.


Kami tiba di Tokyo University hampir waktu Maghrib dan sempat merakam kenangan sebelum matahari hilang sepenuhnya. Suasana di sini sangat cantik. Tiba-tiba makcik terasa sangat educated bila melangkah masuk ke kawasan Tokyo Universiti ini.

One for the memori.

Mercu tanda Tokyo University.

Pokok landmark dalam kawasan Universiti.



Lovely scenery.

Usai aktiviti di Tokyo Universiti kami naik bas dan turun di train station berdekatan dan naik train ke Myoden, seterusnya berjalan kaki balik ke rumah anak-menantu. Malam ini malam terakhir kami di Tokyo dan kami menginap di rumah anak menantu. 

Hubby order ayam tandoori dan roti nan untuk makan malam so saya boleh berehat dari memasak.😁

Roti nan, ayam tandoori, kari ayam dan kuah dal for dinner.

Alhamdulillah, done another day kehidupan di Tokyo. Esok dah nak balik ke tanah air tercinta... tak sabar rasanya. Semoga Allah mudahkan urusan seterusnya. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Sarapan @Mak O Mak & Kedai Buku

Setiap minggu dah jadi rutin menemani hubby buat kerja di kedai kopi. Biasanya satu atau dua hari dalam seminggu kami akan rotate kedai kopi...