Tuesday, 25 November 2025

Kenduri @Puchong & Jalan jalan @ Terminal Bersepadu Gombak

 22hb November 2025

Pagi-pagi (hari Sabtu) kami dah keluar rumah untuk kenduri Kak Lina, sahabat lama semasa di Newcastle dahulu. Depa buat kenduri di The A-Park, Jalan Meranti, Puchong. Masa kami tiba tetamu dah ramai. Kami cuma dapat bersalam dengan tuan rumah, lepas tu terus masuk ke dalam dewan, tak sempat nak bergambar kenangan.

Tak dapat bergambar dengan tuan rumah, kita ambik gambar doorgifts sahaja.

Tetamu agak ramai dan hanya ada beberapa wajah yang familiar. So sempatlah bergambar buat kenangan dengan kenalan dan sahabat lama semasa di Newcastle 

 With Ra (housemate semasa di UK), Kak Lin, now Datin YBMK, Kak Qama (senior MRSM KB).

Kami tiba di rumah semula hampir pukul 3:00 petang dek jalan jam di mana-mana. Oleh kerana kami dah kenyang pergi makan kenduri, so sebelah petangnya kita hanya nak makan simple-simple dan ringan-ringan sahaja. Tapi susah pulak nak fikir apa menu yang simple dan ringan itu sebab perut masih belum lapar. Lepas Maghrib hubby ajak keluar jalan-jalan cari makan… tapi belum pasti arah tujuan makan di mana. Dah rasa macam buang tebiat pulak. Tak pernah lagi makcik keluar rumah malam-malam tanpa tujuan. 

“Kita gi Terminal bas Gombak…” Ayuhlah, bini terchenta menurut sahaja.

Kami ke Terminal Bersepadu Gombak, TBG yang terletak di Gombak menghala ke tol Gombak. Oleh kerana kami belum pernah tiba di sini, kami sangat berhati-hati berpandukan Google Map. Namun begitu terlepas jugak entrance nak masuk parking. Dah la memalam… memang sah nak buang tebiat. So kami buat pusingan U nun jauh di UIAM. 

“Sesekali jalan malam-malam…”. Begitulah. Why not.

Alhamdulillah kami dapat parking di tingkat 3. Seperti biasa kita ambik gambar tempat parking sebagai panduan. Dan saya akan buat 'walking trail' untuk balik nanti. Takut tetiba terlupa nak cari jalan pulang.

Parking kereta di Level 3, tapak/tiang B36.

Kawasan TBG Mall ni agak luas namun agak lengang. Kedai masih banyak yang belum dibuka. Pengunjung pun sedang-sedang sahaja, tidak sesibuk di TBS. Kami turun ke tingkat 1&2 sambil melihat-lihat kawasan. Kemudian singgah di Kedai Nasi Lemak Burung Hantu. Walaupun pada asalnya cuma nak makan ringan-ringan tapi tiba-tiba kita pekena nasi lemak malam-malam. Memang dah betul-betul buang tebiat.

Acah-acah nak tengok waktu perlepasan bas.

Honey-Lemon Iced.

Nasi lemak ayam rempah.



One for the memory.

...and another one.

Usai makan dan melawat kawasan kami pun beredar. Jam pun dah menunjukkan pukul 9:15 malam dan kedai pun dah mula nak tutup, ayuhlah kita balik rumah. Nak dijadikan cerita, kami terlepas jalan keluar arah Ampang. Sebenarnya agak sukar jugak makcik dan pakcik nak cari jalan memalam begini. Tempat pulak agak alien. Kami ‘terkeluar’ exit menghala ke Gombak. Maka terpaksalah kita buat pusingan U di traffic light Greenwood untuk balik Ampang. Alhamdulillah, despite everything kami selamat tiba di rumah sebelum pukul 10 malam. Semoga semuanya baik-baik sahaja selepas ini. Aamiin.🌹

Sekian. 😊

Sunday, 23 November 2025

Jogging @Taman KLCC & Bungkus Kaw Kaw

Pagi tadi kami ambik peluang berjogging di Taman KLCC. Cuaca mendung memberi suasana yang nyaman. Dapatlah buat dua pusingan keliling trek sebelum hujan mula turun renyai-renyai kemudian lebat. 

Bangunan KLCC megah berdiri... dibawah langit mendung.

Seronok melihat bangun pencakar langit sekeliling KLCC ini.

Hubby leading the way, as always. Kita santai-santai lenggang kangkung di belakang.

Usai berjogging keliling taman kita masuk Suria KLCC cari sarapan. Biasanya kami makan di Signature Food Court, Level 2 tapi kali ini kita jalan-jalan di Concourse Level, Centre Court pulak. Kami singgah di Bungkus Kaw Kaw beli air dan kuih-muih sahaja.

Teh-O-Ais-Limau for makcik.

Lepak makan kuih dahulu.

Depan perkarangan KLCC.

One for the memory...

...and another one.

Selesai urusan kesihatan diri, ayuhlah kita balik berehat di rumah pulak. Semoga Allah berkati usia yang berbaki ini dengan kesihatan yang baik. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Friday, 21 November 2025

Telur separuh masak @ Nasi Kandar Raihana Signature

Sejak akhir-akhir ini saya selalu pastikan sarapan dengan (lebih) protein supaya kenyangnya lebih lama. Alhamdulillah setakat ini teori itu menjadi. Dan protein utama saya haruslah daripada telur. Saya lebih suka makan telur separuh masak berbanding telur rebus atau goreng atau scramble atau yang sewaktu dengannya. Dan telur separuh masak ini saya suka makan begitu sahaja. Walaupun ada menu roti telur goyang, masuk dalam mee atau kuah kacang pol dan sebagainya, saya tetap setia dengan telur separuh masak on its own. 

Setakat ini saya hanya suka telur separuh masak di kedai mamak, sangat menepati selera saya... telur putihnya separuh masak dan telur kuning separa cair. 

Roti canai telur for hubby.

Hubby tidak pernah suka telur separuh masak dalam apa jua menu. Dia boleh makan apa sahaja menu telur kecuali yang separuh masak. Geli katanya. So setiap saya makan telur separuh, terpaksalah hubby memandang ke tempat lain. Kadang-kadang kesian pulak bila nampak hubby macam terbantut selera. Tapi apakan daya, “Demi isteri terchenta kugagahi jua".  Begitulah adat berumahtangga.

Telur separuh masak yang yummy.

Biasanya juga kalau ke kedai Mamak saya akan order air teh tarik. Tapi sejak akhir-akhir ini selera terhadap teh tarik ini mulai dapat dikekang demi kemaslahatan kesihatan saya. Sebagai ganti saya hanya ambik teh-O ais. Walaupun tetap manis, dapatlah kita kurangkan sedikit intake kolestrol ke dalam badan. Slow and steady, kata orang kampung saya. Semoga Allah sentiasa kurniakan kita nikmat makan dan kesihatan yang baik. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Tuesday, 18 November 2025

Tonsil Bengkak & Demam

Pada hari Jumaat yang lepas, tiba-tiba saya rasa tidak sihat. Pukul 2:30 pagi saya terjaga dari tidur. Perut rasa tidak selesa dan kepala rasa pening. Saya telan panadol sebiji dan cuba sambung tidur semula kerana badan terasa sangat lemah. Hampir subuh saya terjaga semula kerana tekak rasa kering. Kemudian keluarlah segala peralatan asas untuk test kesihatan badan. Alhamdulillah BP normal dan bacaan glukos pun normal. Cuma heart rate dan suhu badan sedikit terlebih.

Self care at home.

Pukul 7:00 pagi saya ambik sebiji lagi panadol dan gagahkan diri untuk goreng mihun buat sarapan. By pukul 11 pagi saya dah surrender... terpaksa berehat sepenuhnya. Hubby orderkan bubur nasi via Grab untuk lunch sebelum keluar untuk Solat Jumaat dan meeting di KL hingga pukul 6:00 petang. By the time hubby tiba di rumah semula saya masih tak sihat. Badan makin panas dan tekak makin kering despite dah telan lagi 2 biji panadol dan minum Redoxon. Saya juga keep on minum air kosong hampir 3 liter sebagai tambahan. Hubby order sup tulang dan daging via Grab untuk makan malam. Alhamdulillah by tengah malam badan dah kurang panas dan by pagi esoknya (Sabtu) saya mula beransur segar. Dapatlah saya dan hubby memenuhi undangan kenduri kahwin anak-anak sahabat kami. Namun begitu bahagian telinga saya mula terasa sakit terutama bila menelan air dan makanan. Usai kenduri kami ke Cyberjaya berjumpa anak-anak dan cucu-cucu pulak. Sementara hubby melayan cucu-cucu saya berehat sambil mencari info dari Pakcik Google. 

Hasil carian Google dapatlah saya simpulkan info penting tentang masalah yang sedang saya hadapi ini. Melihatkan kepada symptoms yang ada saya sangat yakin tonsil saya sudah membekak. 

Info daripada Google:

Tonsil bengkak disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria, alahan, atau sistem imun yang lemah. Gejalanya termasuk sakit tekak, demam, sukar menelan, dan tonsil yang kelihatan merah atau mempunyai lapisan putih/kekuningan. Rawatan bergantung kepada puncanya, tetapi sokongan seperti minum air secukupnya dan rehat boleh membantu, sementara keadaan lebih serius mungkin memerlukan antibiotik atau pembedahan.

Punca tonsil bengkak:
Jangkitan virus: Kebanyakan kes disebabkan oleh virus seperti influenza atau rhinovirus.
Jangkitan bakteria: Terutamanya oleh bakteria Streptococcus.
Sistem imun yang lemah: Menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti.
Jangkitan kulat: Boleh menyebabkan keradangan pada tonsil.
Pendedahan kepada pencemaran: Atau asap rokok.
Alergi: Seperti rinitis alahan.
Trauma mekanikal: Akibat makanan tajam.

Simptom tonsil bengkak:
Sakit tekak
Tonsil yang bengkak, merah, dan mungkin mempunyai salutan putih/kekuningan
Demam
Suara garau
Nafas berbau
Sakit atau sukar untuk menelan
Kelenjar getah bening di leher membesar

Cara merawat:
Dapatkan nasihat doktor:
Penting untuk mendapatkan diagnosis yang tepat kerana rawatan bergantung pada punca jangkitan.

Terapi sokongan:
Minum banyak air, berehat, dan pastikan anda makan dengan seimbang.

Ubat-ubatan:
Doktor mungkin akan menetapkan antibiotik jika punca adalah bakteria, atau ubat lain untuk melegakan simptom seperti demam dan kesakitan.

Pembedahan (tonsilektomi):
Mungkin diperlukan dalam kes yang berulang, teruk, atau apabila terdapat komplikasi seperti nanah yang tidak dapat dirawat dengan antibiotik.

Bilakah perlu berjumpa doktor dengan segera:
Jika anda mengalami demam tinggi.
Jika anda menghadapi kesukaran bernafas.
Jika anda sering muntah atau air liur meleleh.
Jika sakit tekak tidak hilang selepas beberapa hari.

Setelah yakin dengan diagnosis sendiri, saya ke klinik di Cyberjaya ditemani hubby dan anak no-2. Saya hanya perlukan ubat antibiotik sahaja so saya mudahkan kerja doktor untuk prescribe ubat yang perlu. Lagipun anak no-2, yang juga seorang doktor sudah mengesahkan sejak dari rumah lagi. Kita hanya perlukan official prescription dari (doktor) klinik sahaja. Alhamdulillah, urusan di klinik sangat laju dan mudah. Doktor bagi dua jenis ubat. Satu untuk sembur dalam tekak dan satu lagi tablet antibiotik untuk dimakan.

Ubat spray untuk sakit tekak dan tablet Augmentin untuk antibiotik.

Tablet Augmentin, 2 biji sehari untuk 5 hari. Saya dah makan 5 biji. 

Throat Spray... mudah sahaja... nganga, spray, siap.

Hari ini, selepas 3 hari mengambil ubat antibiotik dan spray tekak mengikut arahan, Alhamdulillah, tekak (tonsil) saya semakin pulih dengan izin Allah. Saya dah boleh makan dan minum dengan selesa. Semoga Allah terus memberi kesihatan yang baik hingga akhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Monday, 10 November 2025

Jalan-jalan @ D'Pulze, Cyberjaya dengan anak no-2

 2hb November 2025

Hari kedua ketiadaan hubby, saya ke Putrajaya berdating dengan anak no-2 pulak. Semalam dah keluar makan tengahari tapi dek kesuntukan masa, hari ini kita sambung borak yang tergendala semalam. 

"Ummi drive ke Putrajaya ke?" Tak ada apa hal pun setakat nak drive ulang-alik Ampang-Putrajaya-Ampang. Sesuatu yang saya dah biasa buat sebelum ini. 

Kebetulan menantu saya pun tiada di rumah so bolehlah isteri-isteri yang ditinggalkan ini bersenang-senang, lepak-lepak dan makan-makan. Saya tiba di rumah anak no-2 by tengahari, target nak keluar lunch dan jalan-jalan di Bangi. Tapi tetiba pulak hujan turun dengan lebatnya. So kita lepak di rumah dulu sebelum keluar ke D’Pulze, Cyberjaya untuk makan. Lupa pulak apa nama kedainya tapi menunya ala-ala di Dolly Dim Sum. Cancel program ke Bangi sebab macam tak cukup masa untuk patah balik Ampang nanti. Seperti biasa kalau menu Chinese food saya akan order chu cheong fun. Alhamdulillah tidak mengecewakan.

Chu cheong fun for makcik dan kuetiaw kungfu for anakanda.


Habis satu set.

Seperti biasa, bila bersembang (baca gossip) mother-daughter, gadget free, memang banyak isu yang dibangkitkan. Usai makan kita jalan-jalan, masuk kedai keluar kedai dan shopping serba sedikit. Tak cukup bersembang di kedai makan kita sambung bersembang lagi bila balik rumah. Kebetulan saya target untuk solat dahulu sebelum gerak balik Ampang so masih ada masa untuk bersembang macam tiada hari esok.

“Ummi tak nak tido Putrajaya or Cyber ke?” Haruslah saya nak balik rumah at the comfort of own home. Lagipun esoknya saya plan untuk ke dentist, nak cabut gigi geraham bongsu yang agak mengganggu ketenangan sejak akhir-akhir ini.

Alhamdulillah done another day of hubby being outstation. Semoga Allah mudahkan urusan hubby di rantau orang dan selamat pulang ke tanah air selepas selesai semua urusan. Aamiin.🌹

Sekian. 😊

Lunch dengan Anak-menantu @ Kantan, Damas

 1hb November 2025

Baru-baru ini 1-5hb November, hubby ke Bahrain untuk 4 malam. Saya hanya drop di stesen LRT dan hubby naik train (ERL) terus ke KLIA. Lepas drop hubby di LRT, saya terus balik rumah. Sebelah petang anak no-3 datang jemput untuk makan di Kantan, Damas. Dah lama jugak saya melihat iklan viral tentang menu yang menarik di kedai makan ini. So untuk permulaan kita cuba menu laksa Kelantan dahulu. Lain kali kita cuba menu yang lain pulak. 

Laksa Kelantan yang yummy.

Menu lain untuk anak-anak memenuhi meja.

Anak menantu no-2 pun turut serta buat surprise memeriahkan suasana. Tapi tak dapat duduk borak lama-lama kerana masing-masing ada komitment lain. So usai makan kita terus gerak balik rumah masing-masing.

Yang hadir menemani Ummi.

Alhamdulillah setel makan-makan untuk hari pertama tanpa hubby. Lain kali kita keluar lagi. Lepas makan kita balik rumah, me-time at the comfort of own home. Semoga Allah permudahkan hubby di perantauan dan selamat kembali pulang selepas selesai semua urusan. Aamiin.🌹

Sekian. 😊

Sunday, 9 November 2025

Jalan-jalan TRX dengan Anak Sulong

 30hb Oktober 2025

Sejak akhir-akhir ini banyak kali hubby keluar kawasan. Adakala saya tidak ikut serta. Bila Ummi tinggal seorang untuk beberapa hari haruslah ada anak-anak akan take turn tolong meneman. Maka bolehlah kita isi masa me-time hang-out dengan anak-anak. Benarlah kata orang, bila anak-anak dah besar merekalah yang akan jadi best friend kita as along as tidak mengganggu tugas asasi dalam keluarga mereka sendiri.

Kali ini hubby outstation untuk satu malam. So saya keluar dengan anak sulong. Kebetulan dia ada kerja di Ampang, bolehlah terus lajak ambik Ummi keluar makan-makan, jalan-jalan, sembang-sembang our-time di TRX

“Iman nak try kedai Jepun di Malaysia pulak. Dulu pernah makan kat Jepun. Sedap. Depa baru bukak cawangan di Malaysia. This time nak try kat sini. Lepas ni tak payah gi Jepun dah kalu rasa nak makan…” Ayuhlah kita mencuba.

Cantik laluan di luar TRX.

Di luar kedai makan Honolu.

Buku menu Honolu Premier.

“Halal ke?” Haruslah kehalalan makanan menjadi soalan utama saya. Tapi kita percaya sahaja bila melihat cop sijil halal di buku menu mereka. Namun saya akan hanya memilih menu yang betul-betul diyakini sahaja.

Beef Ramen, sedap jugak.

Enjoying the food.


Dumpling… Ummi’s favourite ever.

Kami banyak bersembang sambil makan. Kebetulan handphone anakanda kehabisan bateri, so kami tumpang caj di kaunter kedai. Maka bolehlah kita makan dan bersembang gadget free. Sedar tak sedar dah hampir dua jam kami melepak di kedai Honolu. Oleh kerana masih banyak yang perlu dibualkan, kita sambung mengopi di Paris Baguette pulak.

Sambung ngopi @ Paris Baguette.

Merakam memori…

Alhamdulillah, setel seharian me-time tanpa hubby. Lain kali kita dating dengan anak-anak yang lain pulak. Semoga Allah permudahkan urusan hubby dan selamat kembali pulang selepas selesai segala urusan. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Thursday, 6 November 2025

Pokok Bunga Kertas dan YTT

Antara pokok heavy duty yang masih bertahan di halaman rindu saya adalah pokok bunga kertas putih dan merah serta pokok YTT. Hampir sebulan yang lepas saya pangkas semua daun serta potong dahan dan ranting. Saya gembur tanah dalam pasu dan bubuh baja. Kemudian saya susun tiga pasu berderet dan namakan mereka tiga sekawan.

17/10/25: Kita susun pasu tiga sekawan.

20/10/25: Pokok tiga sekawan mula mengeluarkan tunas baru.

27/10/25: Pucuk-pucuk daun mula membesar.

Dan hari ini (5/11/25), selepas hampir sebulan dipangkas, dibaja, dibelai dan disiram setiap hari pokok tiga sekawan ini telah memberi kegembiraan berganda kepada tuannya. 

Pokok YTT berbunga penuh.🥰

Bunga kertas putih.

Bunga kertas (sepatutnya merah) sedang mabuk daun namun kita tetap sabar menanti bunganya keluar.

Alhamdulillah. Semoga pokok-pokok lain juga akan mengikut jejak tiga sekawan ini. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Monday, 3 November 2025

Scaling Gigi & Cabut Gigi Geraham Bongsu

Dah beberapa lama dah gigi geraham atas sebelah kanan ni asyik rasa ngilu setiap kali tergigit benda keras. Dalam bulan Januari tahun ini saya dah jumpa dentist tapi katanya tiada masalah, gigi masih cantik, tampalan masih okay dan tiada lubang. Katanya kalau nak tahu lebih lanjut kena buat scan kot-kot ada root decay yang tak nampak dengan mata kasar. So saya hanya bertahan dan berhati-hati bila mengunyah benda keras.

Namun sejak akhir-akhir ini gigi itu asyik sakit sahaja bila menggigit/mengunyah apa sahaja makanan, hatta makanan yang lembut. So mahu tidak mahu terpaksalah saya ke dentist semula selepas hampir setahun. 

Saya target untuk berjumpa dengan doktor tertentu. Kebetulan hari ini dia bertugas sesi petang maka saya keluar rumah pukul 2 petang dan menjadi patient pertama bila depa bukak klinik pada pukul 2:30 petang.

Klinik pun lengang.

Doctor nasihatkan untuk cabut sahaja sebab gigi bongsu biasanya tidak penting. Lagipun tampalannya macam dah retak so tak perlu nak simpan lagi. Saya cuak juga memikirkan kesan cabutan gigi kepada diri sendiri. Lagipun saya datang seorang diri. Takut pulak memberi kesan kepada pemanduan balik nanti. Lagipun makcik ni old fashion, benda selagi boleh guna kita nak guna. Tapi bila difikirkan balik, eloklah kita utamakan kesihatan yang lain. Penat jugak nak menahan sakit setiap kali tergigit. Dan bila doktor meyakinkan tiada masalah untuk saya bawa kereta selepas cabut gigi, maka ayuhlah kita singkirkan benda-benda yang mengganggu ketenangan jiwa selama ini.

Saya minta doktor buat scaling dahulu sebab dah setahun tak buat scaling. Lepas dah cuci bersih baru kita cabut. 

Saya suka doktor yang seorang ini sebab kerjanya sangat berhati-hati. Sebelum cabut, doctor sapu ubat bius di geraham keliling gigi. Kemudian doktor cucuk ubat bius di kiri kanan gigi pulak. Terasa sedikit sakitnya semasa doktor cucuk jarum bius. Doktor biarkan dalam lima minit untuk ubat bius itu berkesan. Lepas itu bermulalah operasi mencabut gigi geraham bongsuku. Jenuh jugak doktor nak goyangkan pangkal gigi itu sebab akarnya masih elok dan kuat dan tiada sebarang kerosakan. Saya dapat melihat proses mencabut gigi dari biasan cermin lampu di siling. Sambil itu tidak henti-henti saya berselawat dan mengucap syahadah. Dah macam nak beranak pulak gayanya.

"Okay dah siap..." Alhamdulillah tanpa sebarang rasa sakit, tiba-tiba doktor tunjukkan gigi yang sudah dicabut.

Done. Nampak tampalan lebih 30 tahun yang lepas. Doctor zaman dulu guna simen warna hitam untuk tampal gigi berlubang. Sebab tu masa kecik-jecik dulu kami panggil simen gigi.

"Lepas satu jam dah boleh makan makanan lembut dan sejuk. Jangan ambil makanan panas. Kalau sakit boleh makan ubat tahan sakit." Pesanan doktor yang sangat jelas.

On the way balik saya singgah beli air Cendol Monster, cukup memenuhi kriteria makanan lembut dan sejuk. 

Cendol pulut special.

Mudah-mudahan tiada lagi gigi yang sakit selepas ini. Aamiin.🌹

{Cerita sebelum ini }

Sekian. 😊

Study @Coffee Beans & Lunch Nasi Padang

  21hb November 2025 Setiap minggu akan ada satu atau dua hari saya akan menemani hubby buat kerja di kedai kopi. Kalau rajin saya akan buat...