Minggu ini saya memulakan projek menjahit baju mak pengantin untuk kenduri kahwin puteri bongsuku. Sebenarnya bukan rajin sangat pun. Tapi dek kerana susah sangat nak mencari baju siap yang sesuai dengan body nenek yang luar-biasa ini maka terpaksalah kita paksa-rela rajinkan diri. Dan hari ini elok sedap menjahit, tiba-tiba pulak mesin stuck, tak bergerak. Jenuh pulak saya cuba jaya, bukak segala skru yang ada dan pakai topi engineer in action.
Mesin jahit ni dah lama. Bila dicongak, tolak, tambah rupa-rupanya dah hampir 20 tahun usianya. Saya beli semasa masih di rumah Selayang lagi. Dah banyak jasanya dalam menjahit baju saya dan anak-anak. Sekarang ini dengan lambakan baju pelbagai fesyen yang mampu milik saya pun semakin malas nak menjahit kecuali bila perlu sahaja.
Projek tergendala sebentar. |
Bukak bahagian bawah dulu... tengok apa yang patut. |
Semua nampak okay. |
Bukak bahagian bobin pulak... hmm semua pun macam okay. |
Bahagian 'penyambung' ke bahagian operasi jarum mesin. |
Sambil itu saya sembur dengan WD-40 di mana perlu. Namun ianya masih stuck, keras tak bergerak walaupun enjin mesin macam takde masalah. Dalam kepala saya mula berkira-kira dengan beberapa plan tindakan. Yang penting baju mak pengantin harus disiapkan dalam minggu ini juga. Dan paling penting saya harus kekal tenang…
Sambil melihat mesin jahitku dengan pandangan sayu saya mula mencari (Google) kedai/orang yang boleh repair mesin jahit dalam masa yang singkat. Kebetulan saya ada janji-temu mengeteh dengan kawan-kawan Gojezes, saya letak tepi dulu masalah mesin jahit bertuah itu. Saya keluar jumpa kawan, sembang borak sambil makan. On the way balik saya singgah kedai hardware beli minyak mesin sebagai jalan terakhir. Sampai sahaja di rumah saya terus sambung aktiviti baik-pulih yang tergendala sebelum ini.
Minyak mesin RM4.50 sebotol. |
Dengan penuh kesabaran saya buka penutup mesin dan titiskan minyak di celah-celah penyambung besi dan semua bahagian yang berputar. Masih dalam mood cuba jaya, saya pasang semula wayar, pasang penutup dan skru.
Pasang semula penutup bahagian bobin. |
Alhamdulillah mesin jahitku kembali bergerak seperti biasa. Mudah-mudahan saya sempat menghabiskan jahitan baju mak pengantin untuk dipakai pada hari bersejarah nanti. Aamiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment