27hb Disember 2025
Pada hari Sabtu yang lepas kami memenuhi undangan majlis perkahwinan anak kepada kawan hubby. Mereka dah berkawan sejak dari sekolah menengah di negeri Cik Siti Wan Kembang dahulu. Depa buat kenduri di dewan MISTIQA, Seremban.
Kami turun dari rumah di Ampang dalam pukul 10:30 pagi dengan harapan dapat tiba di sana dalam pukul 11:45 pagi jika tiada aral melintang. Rupa-rupanya perancangan Allah melebihi segalanya. Kami tersangkut dalam jalan jam dan tiba di sana hampir pukul 1:00 tengahari. Sangkaan saya, kami akan bersesak dengan para tetamu jemputan sebab biasanya pukul 12:30-1:00 tengahari adalah waktu puncak para tetamu tiba ditambah lagi dengan kedatangan/perarakan masuk rombongan pengantin. Rupa-rupanya salah tekaan saya. Rombongan pengantin dijangka tiba selepas waktu Zohor. So semasa kami tiba suasana agak tenang dan kami dapat duduk makan dengan selesa. Yang penting dapat bergambar dengan tuan rumah sebagai kenangan.
![]() |
| Hubby dan kawan sekolah menengahnya. |
![]() |
| Dengan tuan rumah yang peramah. |
Terimakasih kepada tuan rumah yang menyediakan pelbagai juadah. Mengikut pengumuman (yang tak henti-henti) dari pengacara majlis, para tetamu boleh menikmati laksa kuah pekat, cendol, air balang, ais krim, dan macam-macam menu yang saya pun dah lupa. Semua juadah tu terletak agak jauh dari meja kami, segan pulak makcik nak bangun duduk, bangun duduk mengambil makanan. Kami hanya makan nasi dan semangkuk bubur kacang yang dihidang di sebelah meja kami. Cukuplah buat makcik dan pakcik pencen yang nak cut sugar.
![]() |
| Nasi putih, ayam goreng pedas, daging salai masak lemak, pajeri nenas, acar buah, ikan kering dan ulaman. Lengkap sepinggan secukup rasa. |
![]() |
| Bubur kacang yang yummy. |
Usai menjamu selera, cadangnya nak mengopi di bandar Seremban tapi cari punya cari macam tak best pulak. Beberapa kali kami pusing-pusing keliling bandar akhirnya kita berhenti rehat di Taman Tasik Seremban. Cuaca agak nyaman dengan langit mendung so bolehlah kita melihat-lihat kawasan dengan tenang walau nampak gerimis mendatang. Sebenarnya cuaca begini lebih selesa berbanding jika cuaca panas.
![]() |
| One for the memory. |
![]() |
| Tetiba rasa bulatnya diriku ini. |
Kami tidak berlama-lama di sini memandangkan masih jauh perjalanan untuk balik Ampang. Kalau masa datang tadi mengambil masa lebih dua jam untuk tiba, kami tidak mahu mengambil risiko terperangkap dalam jam bila pulang nanti. Lagipun keadaan cuaca menampakkan bila-bila masa sahaja hujan bakal turun. So ayuhlah kita pulang.
Alhamdulillah rezeki masih memihak kepada kami dan perjalanan balik pun agak lancar. Walau banyak kenderaan tapi kami berjaya tiba di rumah dalam masa satu jam setengah sahaja. Home sweet home. Semoga ada rezeki untuk menghadiri kenduri yang lain pulak. Aamiin. 🌹
Sekian.😊






























































