Sunday, 16 January 2022

Booster dose vaksin Covid-19

Dalam dua tiga minggu ni ramai kawan-kawan yang dah dapat booster dose untuk vaksin Covid-19. Alhamdulillah saya dan hubby tidak terkecuali. Dua minggu lepas kami dah dapat temujanji. Depa bagi notification dalam MySejahtera untuk ambik booster dose di klinik kat Taman Melawati. Kami berdua dapat temujanji pada hari yang sama walau pada waktu berbeza dan klinik berbeza. Semua pun tak jadi masalah sebab kliniknya berdekatan sahaja dan depa boleh slot in bila-bila masa sahaja asalkan pada hari yang telah ditetapkan. Appoinment hubby pada pukul 4.30 petang di klinik Jaya, sementara appoinment saya pada pukul 7.30 malam di klinik Idzham.  

Semangatnya makcik nak pi cucuk.

Tapi kami keluar rumah pada pukul 3.30 petang, setelkan urusan hubby dahulu, lepas tu ke klinik Idzham pula. Di hadapan saya hanya ada seorang patient sahaja jadi urusannya sangat cepat. Masuk klinik... tunjuk appoinment dalam Mysejahtera... depa scan dan minta IC. Sebelum tu isi borang consent. Dalam masa 5 minit doktor dah panggil untuk cucuk. Rasa macam kena gigit semut je. Alhamdulillah semua urusan selesai dalam masa 10 minit sahaja. Walaupun dapat jimat banyak masa tapi kurang meriahnya berbanding masa cucuk dose 1 dan 2 di PWCT dulu... anak-anak siap buat IG story dan berposing sakan.


Booster done.

Malam tu tiada kesan sampingan yang tidak diingini. Hanya terasa ngilu di tempat cucuk, namun masih dapat tidur dengan lena. Esoknya tangan yang dicucuk terasa lenguh dan berat tapi masih boleh bertahan. Alhamdulillah tiada demam. By hari kedua badan dah sihat seperti sediakala dan boleh beraktiviti seperti biasa. Apa-apa pun yang penting kita sudah berusaha untuk menangani penyakit akhir zaman ini. Kita hanya berusaha. Allah jua yang menentukan segalanya. .

PS: AZ+AZ+Pfizer:25X katanya. Semoga Allah memudahkan urusan kita semua. Amiin

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...