Wednesday, 20 October 2021

Bleeding lagi, postmenopausal bleeding katanya.

Selepas setahun menopos tiba-tiba bleeding dah kenapa? Mula-mula keluar tu awal pagi Jumaat, macam spoting je tapi menjelang petang dan malam ianya mula heavy dan darah turun agak banyak. Esoknya makin banyak hingga saya terpaksa pakai pad nightime yang besar lebar tu. Itupun terpaksa salin every two hours.

Saya terus google untuk tindakan seterusnya. Mengikut saranan dan nasihat daripada google... bleeding after menopause memang tak boleh diambil mudah. So petang tu juga saya terus ke A&E Hospital Ampang Puteri. Lepas diambil fakta kes sedikit sebanyak, check suhu, timbang berat badan dan ukur tinggi terus depa suruh saya baring kat day ward, yellow zone. Masa tu dah pukul 4.30 petang dan semua klinik doktor pakar dah tutup sebab hari Sabtu depa buka klinik half-day sahaja.

Kemain blood presure... macam orang darah tinggi, asbab jalan kaki dari dari tempat parking kereta gamaknya. Normally tekanan darah makcik tak tinggi mana pun.

Dah terbaring kat day-ward.

Doctor suggest untuk masuk ward sebab darah banyak keluar. Lagipun senang untuk berurusan dengan specialist for monitoring dan tindakan selanjutnya. Tapi disebabkan kami ambik insuran (Pru BSN) maka depa kena komfemkan dengan syarikat insurans dulu samada boleh cover atau tidak. Yang penting pastikan kad insuran sentiasa ada bersama kita. Apa-apa pun hubby sanggup je nak tanggung semua kos andaikata insurans tak cover. So kami teruskan sahaja dengan semua procedure kemasukan ke ward. Mula-mula depa pasang drip untuk masukkan ubat bagi menghentikan pendarahan. Bila masuk ubat tu tetiba rasa pening lalat dan terasa seakan berayun dalam buaian. Nurse suruh pejam mata dan rehat selama 30 minit.

Bila syarikat insuran dah komfem boleh cover kos, terus hubby upgrade bilik ambik yang single dan tambah bayaran sendiri. Untuk kemudahan dan privasi isteri terchenta katanya.  Sebelum masuk ward depa buat swab test for covid-19. Alhamdulillah negatif. So malam itu saya bermalam di ward maternity seorang diri sambil merenung ceiling. Sebenarnya boleh je kalau hubby nak teman tapi kena buat swab test dulu untuk pastikan negatif covid. Tapi once dah masuk tak boleh keluar hingga saya discaj. Dah macam kena warded berdua pulak. Kejam pulak rasanya nak kena kurung begitu. So saya decide untuk masuk seorang sahaja. Lagipun saya rasa masih boleh bertahan untuk uruskan diri sendiri.

Dinner seorang diri... makan separuh sahaja.

By pukul 8:30 malam doktor datang untuk komfemkan schedule scan untuk esok harinya. Pukul 6.30 pagi esoknya, usai solat subuh nurse datang untuk masukkan ubat untuk hentikan pendarahan lagi. So saya sambung rasa pening lalat macam semalam selama 45 minit pulak. 

Ubat apa ntah depa guna untuk hentikan pendarahan. Lupa nak tanya nurse.

Lepas dah setel rasa pening tu baru boleh bangun dan breakfast dengan tenang. Alhamdulillah saya masih berselera makan. Cuma boring sebab makan sorang-sorang. Lepas dah sarapan depan bagi ubat iron tablet untuk tambah darah pulak. 

Nasi lemak for breakfast.

Ubat tambah darah... macam iron tablet.

By pukul 10:00 pagi nurse panggil untuk buat scan di klinik pakar. Alhamdulillah walaupun hari Ahad (cuti umum) doktor pakar tetap datang kerja untuk tengok pesakit. 

Klinik pakar kosong tanpa staf tapi masih berfungsi dengan bantuan nurse daripada ward maternity.

"Kita scan kot atas dulu tengok apa-apa abnormality. kalau tak nampak baru kita seluk ikut bawah pulak.." Sabar jelah makcik ni bila teringatkan hal seluk menyeluk masa nak bersalin dulu-dulu..

Bila buat scan je terus nampak dinding uterus tu agak tebal. Biasanya dalam 4mm sahaja tapi saya punya tebal 8.2mm.

"Okay komfem ada something dalam uterus tu. Usually 3 benda je... fibroid, polyps or cancer..." sangat berterus terang doktor tu explain. Kemudian doktor terangkan semua procedure operation, kesan sampingan serta risiko dan siap tunjuk live video lagi. Kita angguk-angguk je tanda faham. 

Replika uterus yang ada atas meja doktor.

Siap dengan diagram and explaination.

Lepas tu saya terus sign borang consent dan kembali ke ward semula. Oleh kerana saya nak kena operate esoknya, maka puteri bongsu saya decide untuk teman Umi di ward. So by petang tu hubby hantar untuk buat swab test dulu. Kena bayar RM160 untuk sekali test. Lepas tu tunggu 2 jam baru dapat result. Alhamdulillah negatif. Kemain excited dapat tidur berdua-duaan dengan Umi, siap bawa bekalan makanan banyak-banyak serta laptop untuk buat assignment dan kelas online. Ala-ala staycation gitu. Sungguh... tak perlu stress sebab setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Kita sentiasa hope for the best dan gunakan masa yang Allah lapangkan sebaik mungkin. 

Hubby bekalkan bubur dan nasi ayam sebab esoknya dah nak kena puasa.

Tambah dengan makanan hospital lagi.

Pukul 9:00 malam nurse bagi air garam ala-ala julap untuk kosongkan usus. Kena minum 2 botol. Satu botol pada pukul 9:00 malam dan lagi sebotol pada pukul 11:00 malam pulak. Rasa diaaaaa... Ya Rabb, Tuhan saja yang tahu. Jenuh mengucap saya nak habiskan sebotol. Lepas tu kena minum air kosong 1 liter untuk flush out. Lepas sejam... saya dah mula rasa memulas dan mula ulang alik ke toilet. Hingga pukul 11:00 malam bila kena minum lagi sebotol, tekak saya langsung tak boleh nak terima. Tapi terpaksa gagahkan juga. Habis sahaja sebotol ditambah dengan dua gelas air saya terus rasa macam nak pitam, tekak rasa loya dan perut rasa nak meletop... terus termuntah membuak-buak. Atas bawah keluar... kelakar pulak bila difikirkan. Alhamdulillah lepas tu badan rasa ringan dan saya dapat tidur dengan selesa. By pukul 4:00 pagi Isnin, saya bangun untuk makan roti dan minum air. Lepas tu kena puasa hingga tiba waktu operation.

Air garam julap.

Pukul 9:00 pagi saya dibawa untuk ujian ECG. Alhamdulillah keputusannya baik. By pukul 10:00 pagi nurse masukkan ubat untuk lembutkan bukaan uterus. Dia macam ala-ala nak suruh kita ada mild contraction untuk bersalin supaya senang nak masukkan alatan masa operation nanti. Insya Allah dengan teknik pernafasan yang betul prosedur tu tidak menyakitkan sangat. By pukul 12:30 tengahari saya dah bersedia untuk ditolak masuk ke bilik pembedahan.

Kita ceria-ceria dan berdoa yang baik-baik saja.


The happy and strong Queen and Princess.

Saya sempat melihat rupa bentuk bilik bedah dengan lampu bulat-bulat dan dua screen monitor yang besar dengan segala peralatan operation sambil sematkan dalam minda wajah-wajah yang saya sayang. 

"Saya akan cucuk dua ubat ye. Yang first ni, after one minute puan akan rasa dizzy dan blur. Bila saya cucuk yang kedua ni puan akan tidur...." lembut je doktor bius tu bagitahu. 

Saya ingat doktor bius suruh mengucap dan selawat. Saya akur, kemudian terus blank. Sedar-sedar saya dah berada di bilik recovery. By pukul 4.15 petang nurse dah tolak saya masuk ke ward semula. By pukul 6:00 petang saya dah boleh bangun, minum air dan solat jamak Zohor dan Asar. By pukul 8:00 doktor datang dan terangkan apa yang telah dilakukan. Alhamdulillah semua proses berjalan lancar.

Hasil pembedahan.

Pada hari Selasa, walaupun cuti umum sempena Maulidur Rasul, doktor masih datang menjalankan tugas. By tengahari saya dah boleh balik rumah semula. Sementara menunggu follow-up dalam masa 10 hari lagi, doktor bekalkan pelbagai ubat untuk saya kembali sihat. Ada ubat tahan sakit, ubat untuk hentikan pendarahan, ubat tambah darah dan ubat untuk stabilkan hormon. Mudah-mudahan dengan sedikit usaha, Allah akan mudahkan urusan seterusnya.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...