Tuesday, 17 August 2021

Rendang ayam umi.

"Sedap la rendang Umi..."

"Umi pakai rempah apa buat rendang?"

Saya jarang pakai rempah ready made. Biasanya saya akan blend bahan-bahan sendiri. Bahan asas haruslah ada serai, lengkuas dan kunyit hidup segar dari laman dapurku. Saya blend semua bahan bersama halia, bawang merah dan bawang putih serta cili boh. Lepas tu panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan blend tadi. 

Tumis bahan rempah dulu. 

Ayam, saya potong 12 dan basuh hingga bersih. Tunggu hingga bahan tumis pecah minyak baru masukkan ayam dan sekeping asam gelugur.

Masukkan ayam, kacau rata hingga ayam kecut.

Bila ayam dah kecut, tambah santan 500ml.

Kacau rata.

Tambah sedikit air.

Bila dah mendidih, letak kerisik dan kacau rata. Lastly masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut, segar dari laman dapurku serta garam dan gula secukup rasa.

Kuah akan merecik hingga keluar.

Kacau sentiasa supaya tidak berkerak.

Rendang ayam is done.😊

Boleh dimakan bersama nasi panas, pulut kuning, ketupat nasi/pulut atau lemang. Juga boleh diratah begitu sahaja.😊

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Moga Allah bantu.🌹

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...