Saturday, 2 March 2019

Terapi diri... di halaman sendiri

Diam tak diam dah setahun berlalu sejak saya meninggalkan title sebagai isteri dan ibu bekerja. Masuk tahun 2019 ni bermakna dah masuk tahun kedua saya 'dok saja'. Kata je dok saja tapi tak sempat duduk pun. Asyik sibuk memanjang.....

Sejak dah tak bekerja ni barulah ada lebih masa untuk berehat-rehat di halaman rinduku. Pabila dah ada masa ni mulalah sibuk nak mengubah-suai pasu-pasu dan pokok-pokok bunga yang berselerak selama ini. Jadi terpaksalah saya buat azam baru untuk lebih bertanggungjawab terhadap pokok-pokok ini. Selama ni saya cuma siram dan bubuh baja sekali-sekala sampai ada yang mati kelayuan. Maka bermulalah agenda mengalih dan menyusun semula pasu-pasu yang besar gedabak sekitar laman. Ada yang berat sangat tak mampu nak angkat, terpaksalah saya tunggu anak bujang balik kerja suruh tolong angkatkan. Memandangkan kita ni bukanlah pakar dalam landskap maka banyaklah agenda cuba jaya yang terpaksa di buat. Sekejap angkat susun kat sana, lepas tu angkat susun kat sini pulak. Tak kena dek pandangan saya angkat dan susun kat tempat lain pulak. By tengahari dah berpeluh sampai ke kaki. Apa nak dikata.... kita anggap sajalah sebagai exercise diri....

Saya memang suka pokok bunga putih atau kuning cair.

Pokok bunga melur kampung.

Pokok bunga melur kampung ni asalnya terselit-selit kat tepi pagar dan tumbuh menjalar sepanjang pagar. Walaupun saya suka dengan bunganya yang sangat wangi, saya tak berapa arif tentang penjagaan pokok bunga melur ni. Saya dah tanam sejak pindah ke rumah ni. Lepas tu biar je hidup sendiri. Saya cuma siram dan bubuh baja pabila perlu sahaja. Alhamdulillah pokok ni pandai hidup sendiri. Baru ni saya bagi nafas baru. Saya letak kayu pancang dan tarik batang-batang yang menjalar tu, belit pada kayu biar depa tumbuh menegak. Alhamdulillah dah nampak perubahan positif.

Selama ini saya cuma minat pokok-pokok berbunga putih dan kuning sahaja. Baru-baru ni terasa macam bertambah pulak minat pada warna-warna lain.

"Hidup kan penuh dengan warna-warni... jangan limitkan minat kita...."

Saya baru mula berjinak dengan bunga ros. Sebelum ni pernah juga tanam pokok bunga ros tapi asyik arwah saja sebab kurang belaian. Kata orang, pokok ros ni terlebih manja. Alang-alang penjagaan memang tidak menjadi. Kalau nak tanam juga haruslah kena lebih berdisiplin. Maka kita sahut cabaran dengan azam baru. Alhamdulillah berkat kesabaran, pokok-pokok ros saya dah mula menampakkan hasil.

Mula-mula saya alihkan pasu dan letak di tempat panas. Sebelum ini saya letak kat tempat teduh sebab kengkonon nak bagi hawa sejuk. Setelah banyak membaca, baru tahu rupa-rupanya pokok bunga ros ni suka pada cahaya matahati, terutama diwaktu pagi. Maka bertungkus-lumuslah saya mengangkat pasu-pasu tu ke tengah halaman supaya mendapat cahaya matahari yang cukup. Saya siram setiap hari, pagi dan petang. Selepas beberapa ketika pokok bunga tu mula nampak segar. Kemudian saya buat pemasuan semula, buang akar-akar lama dan tambah tanah baja.

Fasa 1: Pokok bunga ros baru nak pindah pasu. Ada tujuh pasu semuanya.

Setiap hari saya akan trim dan buang daun-daun yang rosak. Memang sentiasa ada daun yang rosak, bewrwarna kuning dan bertompok-tompok hitam. Sungguh.... menjaga pokok bunga ros ini memerlukan disiplin yang tinggi dan penuh dengan limpahan kasih sayang. Setiap kali ada masa saya akan bersembang dengan mereka. Huhu.... nenek-nenek sangat.  

Fasa2: Sentiasa trim dan buang daun-daun yang rosak. Bubuh baja bunga dan siram setiap hari.

Tambah pokok kemboja sebab bunganya wangi.

Fasa3: Pokok dah mula mengeluarkan pucuk baru.


......Dan mula berbunga.

Alhamdulillah

Setelah melihat keindahan bunga-bunga yang mula mekar di halaman rinduku ini maka mulalah minat kepada pokok bunga ros ni merebak ke pokok lain pulak. Mengada pulak nak menambah koleksi pokok bunga. Baru-baru ni pi berjogging di Taman Tasik Perdana, terjumpa pulak pokok bunga hydrangea. Harga RM30 sepasu. Tak pasal-pasal saya angkut bawa balik sepasu. Kata orang, menjaga pokok hydrangea ni lebih rumit daripada menjaga pokok bunga ros. Tapi kita gagahi jua. Mudah-mudahan ia menjadi terapi yang indah.....

Tetiba tambah tanggungjawab nak jaga pokok hydrangea pulak

Sejak dah berjinak dengan bunga-bungaan ni, melarat ke pokok daun berkaler pulak. Sebelum ini saya suka pokok berdaun hijau dan mudah ditanam sahaja. Tiba-tiba pulak nak tanam pokok ati-ati. Tengok kat nursery bunga Keramat baru-baru ini macam cantik pulak. Depa jual RM8 sepasu. Saya beli lima pasu. Balik je terus tanam kat tanah.

Fasa 1: Lima pasu pokok ati-ati selamat dipindahkan kt tanah. 

Alhamdulillah pokok ati-ati ni mudah ditanam. Baru je tanam dah tumbuh subur. Semakin ditilik semakin banyak pulak idea dalam kepala. Maka saya pi tambah lagi koleksi pokok ari-ari ni. Cari kat Haji Nursery pulak. Depa jual RM5 sahaja untuk sepasu. Harga kat sini memang agak murah sikit berbanding di Keramat. Tapi agak jauh dari rumah saya. 

Fasa 2: Tambah lagi pokok ati-ati. Alih semua pasu pokok lidah jin tu.

Walaubagaimanapun saya masih belum dapat merealisasikan impian taman herba. Kawasan tepi rumah saya ni agak panas sepanjang hari. Kalau saya tak sempat nak siram maka mati kelayuanlah mereka. So baru-baru ni saya buat DIY projek baru. Berbekalkan pengalaman budak kampung masa kecik-kecik dahulu saya pacak beberapa batang besi terpakai dan ikat plastik hitam ala-ala kat nurseri bunga. Maka dapatlah mereka sedikit perlindungan dari terik mentari.

Haruslah perlukan penambaikan.

Beratur...pokok bunga telang, pucuk putat, belalai gajah, limau purut, kunyit, selasih, cili api, bayam brazil dan pandan.

Selepas ini bolehlah teruskan dengan projek DIY tanaman herba pulak. Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk merealisasikan impian selama ini. 

PS: Terapi minda dan jasadi...

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...