Walau dah beberapa kali datang Perlis tapi masa kami terhad untuk pergi dan balik sahaja. Kata orang, Perlis ni haluih ja. Tak sampai sehari pun dah boleh cover semua area kat Perlis tu. Tapi seringkali kalau kami pi Perlis banyak masa habis dengan acara makan-makan sahaja. Sebenarnya walau ke mana pun, agenda utama adalah makan dan makan. Kalau ada pun hanya aktiviti sampingan sementara menunggu waktu makan sahaja.
Sebaik tiba di bandar Kangar daripada Alor Setar hari tu kami terus daftar masuk hotel. Agenda seterusnya haruslah mencari dinner. Kali ni kami pi cari kat kawasan Kuala Perlis. Rupa-rupanya di waktu malam suasananya sangat meriah dengan lampu-lampu dan gerai menjual seafood dan pelbagai makanan masakan Thai. Pilih je gerai mana yang nak masuk. Rata-rata makanan lautnya lebih kurang je. Tak ingat dah restoran apa yang kami masuk. Not bad dan agak murah berbanding KL. Yang penting Nina dapat makan kerang bakar.
Kemain macam nak kenduri |
Setelah puas menjamu selera, on the way balik hotel terjumpa pulak orang jual durian tepi jalan. Apa lagi, kita sambung dessert pulak. Disebabkan hubby tak biasa makan durian tepi jalan maka saya anak beranak sahaja menjamu selera dengan durian kampung dengan senang hati. Memang Nina dah sebut nak makan durian sejak dari KL lagi. Dah alang-alang masuk kampung kita terima jelah rezeki yang Allah hidangkan. Nak malu apa.... kitakan orang kampung. Durian harga RM8 sekilo dengan tangkai masih bergetah, mana nak dapat kat KL. .
Segar dari ladang. |
Puas hati dapat pekena durian kampung. Malam tu tidur lena dengan haruman durian. Esoknya pepagi hari kami dah check-out sebab nak tiba awal di Maktab. Sebelum tu stop over dulu cari sarapan.
Teh tarik dipagi hari |
Lepas kenyang perut kami terus ke maktab untuk pendaftaran. Tingkatan lima dah tukar blok. Dapat pulak tingkat satu, bilik hujung pulak tu, jenuh jugak la nak punggah barang-barang. Alhamdulillah kawan-kawan Nina memang sahabat sejati. Semua pakat tolong angkut barang naik tangga masuk bilik. Satu bilik muat 4 orang. Depa dah buat undian untuk pilih katil awal-awal lagi. Jadi masa angkat barang tu boleh terus letak kat tempat masing-masing.
Beberapa cubaan ke Padang Besar sebelum ini asyik tergendala sahaja walaupun jarak dari sekolah Nina tak sampai sepelaung. Dalam 20km gitu. Kebetulan kami nak testing akaun bank Nina, elok pulak bank terdekat terletak di padang Besar. Jarak lebih kurang ke Kangar sahaja tapi macam tak best pulak nak patah balik. Baiklah kita explore tempat baru. Begitu kata helahku. Alhamdulillah kali ini tercapai hajat nak pusing-pusing tengok kawasan Padang Besar. Masa kami tiba suasana agak lengang jadi sempatlah bershopping dengan tenang. Barang-barangnya memang murah, kalau pandai tawar menawar boleh dapat lagi murah. Saya tak de nak cari barang sangat pun. Hanya pilih beberapa jenis kerepek dan buah tangan. Selebihnya saya hanya melihat-lihat suasana sahaja.
Konon tak shopping tapi beg plastik kiri kanan. |
Makcik melawat kawasan |
Kami tak duduk lama sebab nak cepat-cepat tinggalkan Nina kat asrama. Lepas tu nak gerak ke Alor Setar semula sebab dah janji nak pulangkan kereta sewa pada jam 6.30 petang. Flight ke KLIA pukul 8.30 malam. So sempatlah makan ringan-ringan sambil menikmati suasana asrama sambil melayan budak gedik tu.
Alhamdulillah kami tiba airport on time. Selepas pulangkan kereta sewa, sempat lagi pekena pastri, kek dan air panas sebelum boarding. Sungguh.... pi mana pun tak sah kalau tak makan.
Croissant and cheese cake. |
PS: Agenda percutian yang penuh dengan acara makan-makan....lagi
No comments:
Post a Comment