Saturday, 24 September 2016

Jalan-jalan KB, berdua je kot.....

Sejak akhir-akhir ni kerap pulak hubby ke Kelantan. Macam duduk sebelah rumah je. Salah satu sebabnya menguruskan harta pusaka yang tak setel-setel hingga hari ini. Sebidang tanah peninggalan arwah ayah Hubby. Nama pun peninggalan. Memang pening je lah memanjang. Saya malas nak masuk campur urusan depa adik beradik. Hanya  menjadi teman setia hubby di mana perlu. Seriously peneman. Tak masuk campur langsung apa-apa perbincangan.

Untuk kesekian kalinya pada pertengahan bulan Ogos baru ni hubby ke sana lagi. Kali ini hanya saya menjadi peneman setia. Sudah lama kami tidak bersembang dan berbicara santai berdua-duaan. Selama ini, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Sebagai isteri yang memahami saya tidak demanding. Namun begitu saya merasakan memang lah patut suami isteri pergi bercuti berdua-duaan. Kembali mengeratkan kasih sayang supaya tak ada pihak ketiga yang cuba menumpang dalam perkahwinan yang dibina.  
Bersembang santai sementara menunggu boarding. 
Berkongsi 3 biji roti + 2 cawan air panas.

Hubby semangat nak suruh saya cuba makanan kegemarannya, Colek Kelantan special. Selama tinggal di Kelantan sebelum ni tak pernah pulak saya mencuba menu ini. Seperti yang dirancang sebaik sahaja menjejakkan kaki di bumi Kota Bharu kami terus ke Stadium Sultan Mohammad IV, menuju ke gerai 'colek' Kelantan yang femes tu. Rupanya ala-ala rojak buah dengan sengkuang dan timun tapi tanpa nenas. Depa tambah taugeh, keropok lekor, keropok keping dan popia goreng. Tuang sos manis dan sos pedas. Memang sedap. 
Bersembang santai lagi bersama 2 piring colek + 2 gelas air
Kos hanya RM11.70 berbanding di KLIA tadi.
Tetiba muncul pihak ketiga cuba mengganggu ketenangan kami...
Tempat lepak hubby zaman dulu-dulu.....
Saya teruja dengan hasil seni di bawah tangga stadium.  

Sebenarnya disekitar kawasan bawah tangga sekeliling dinding stadium tu di penuhi hasil seni lukisan tentang kempen anti-keganasan terhadap wanita.

"Banyak sangat ke kes-kes keganasan terhadap wanita di negeri Che Siti Wan Kembang ini?"
Tanya saya dalam hati. Jawapan yang masih belum saya temui hingga kini.

Kami mendaftar masuk di Hotel Perdana sebelum maghrib. Kebetulan pada masa tu berlangsung majlis perasmian program Hari Saidatina Khadijah @ Hari Wanita (14-17 Ogos), maka ramai lah tetamu kat hotel tu. Kami dapat bilik agak hujung. Penuh privasi gitu.....:

Esoknya pepagi lagi kami terus ke pejabat peguam untuk urusan tanah yang tertangguh. Seperti biasa saya hanya menjadi pemerhati. Tak perlu nak menyibuk kengkonon nak cari pengalaman. Bukannya saya ada apa-apa harta peninggalan pun. Saya sendiri pun tiada harta untuk ditinggalkan untuk anak cucu nanti. Pepandai lah depa cari rezeki memasing. 
Seperti biasa bila ke Kota Bharu tidak sah jika tidak ke KB Mall. Dan seperti biasa juga hubby akan mencari kedai buku. Kebetulan empunya SMO tu kenalan hubby maka ke situ lah destinasi kami yang pertama. Capai beberapa naskah yang berkenan. Mulanya nak belikan buku fixi untuk Nina tapi tak pasti pulak yang mana yang belum dibaca. Kata hubby boleh je nanti cari kat KL....
Barisan buku Fixi, kegemaran terkini puteri bongsuku.
Berkali-kali datang sini tak pernah pulak berkesempatan nak pusing-pusing ibu negeri Serambi Mekah ni.
Tak pasal pasal dapat surat saman polis. RM150 pulak tuh. Sama mahal dengan harga sewa kereta sehari. Suspected mengganggu lalu lintas. Baru suspek je pun. tidak terbukti lagi kesalahan tu berlaku. Tapi sebab saman polis, kesian pulak pada empunya kereta sewa tu. Kang apa-apa hal niaya pulak depa kena bayar sendiri. Kami tinggalkan saja amaun bayaran saman tu kepada syarikat sewa kereta tu. Apa-apa hal depa setel sendiri. Untung-untung tidak terbukti kesalahan duit tu dapat kat depa free-free je. Halalkan je lah. Kalau saman MPKB dalam RM30 je kot.


PS: Musafir kelana di hujung usia.....

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...