Friday, 11 December 2015

Seronok seronok juga, tanggungjawab jangan lupa!

Bermain dengan kucing memang seronok. Bercakap dengan kucing juga seronok. Bagi kucing makan pun seronok. Apa yang tak seronok? Memelihara dan menjaga kucing. Kalau setakat suka-suka, main-main, ambik gambar, rakam video, bagi makan setiap kali depa mengeow semua orang pun boleh. Nak menjaga kebersihan tempat tidur mereka, pastikan makanan cukup dan cuci najis setiap kali depa buat hal memerlukan kesabaran dan komitmen bukan calang-calang manusia. Ia memerlukan seorang manusia yang sanggup bergelumang dengan rutin harian yang amat membosankan. Dan saya bukan lah manusia itu. Saya dah penat. Sangat penat. Dengan perangai Abuni yang suka berak merata dan perangai Ali yang suka hati dia je nak pancut memana, saya dah up to the limit. Tak boleh nak tolerate lagi. Mereka harus dihantar ke tempat lain yang lebih sesuai. Takut kesabaran saya hilang kang ada yang arwah tiba-tiba.

Memelihara dan menjaga kucing adalah umpama menjaga manusia juga. Semua orang yang terlibat harus memainkan peranan dalam tugasan penjagaan ini. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian sebelum mengambil keputusan memelihara dan menjaga kucing ini. Jangan fikir seronok sahaja. Fikirkan tanggungjawab yang hadir bersama dalam keseronokan itu. Apabila dikenangkan kembali, barulah saya faham kenapa arwah mak mertua saya dulu amat pantang kalau ada mana-mana kucing masuk ke rumah. Melintas depan rumah pun tak boleh, akan dihalau jauh-jauh. Nak pelihara jauh sekali walaupun kami anak beranak memang sukakan kucing. 

"Jange bui masuk. Jange bui make kkucing tuh. Kekgi ia tok se kelik wat susoh kito....."


Sekarang baru saya faham. Arwah mak mertua saya memang mempunyai pandangan jauh. Sekiranya kami bela kucing semasa dia masih ada sudah tentu dialah manusia yang terpaksa berkorban itu. Sudah tentulah secara tidak langsung dia yang terpaksa memelihara dan menjaga kucing-kucing tu sebab dia yang akan sentiasa duduk rumah. Kami anak beranak tak ada kat rumah. Keluar pagi, balik petang. So awal-awal lagi arwah dah buang punca masalah yang mungkin berlaku. Juga ujian yang bakal dihadapinya.

Benarlah kata orang, pengalaman mendewasakan kita. Pengalaman itu datang dalam pelbagai cara. Mungkin dengan hanya mendengar dan berkongsi pengalaman dengan orang yang telah melaluinya. Ada perkara yang kita tak perlu lalui sendiri untuk merasai pengalamannya. Contohnya penangih dadah. Tak perlu pun nak cuba jadi penagih untuk mengakui bahaya dadah. Ada perkara yang terpaksa kita lalui sendiri untuk merasai pahit manis kehidupan. Yang kita panggil ujian hidup. Contohnya the ups and down dalam persahatan, pekerjaan, karier dan kehidupan rumahtangga. Mungkin dengan hanya melihat sekeliling ataupun melalui capaian internet.....

So sekarang ni saya dah melalui pengalaman memelihara dan menjaga kucing. Sungguh ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya bukan penjaga yang baik. Menginjak usia emas ni dah terasa kudrat saya yang dah mula menyusut sedikit demi sedikit. Dah tak larat nak membasuh dan mengemop lantai rumah setiap hari. Dengan deria bau saya yang sensitif terhadap aroma urin dan tinja kucing ini saya terpaksa melepaskan kucing-kucing itu ke tempat yang lebih sesuai. Semoga apa yang telah lakukan selama ini menjadi amal soleh di sisi Allah...... Amin

PS: Sesiapa yang berhajat nak memelihara dan menjaga kucing dinasihatkan mencari info yang sesuai sebelum melaksanakan hajat tersebut. Persiapkan diri dengan tanggungjawab sebelum bermimpi dengan keseronokan....Huhu macam persiapan nikah pulak.



No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...